30 April 2010

Kempen di alaf baru, di mana kelemahan kita ?

15 Jamadil Awal 1431H.
Oleh: WFAUZDIN NS

Pakatan Rakyat boleh dikatakan sentiasa menjuarai setiap program ceramah mereka. Tidak pernah Bn terutamanya Umno yang dapat mengatasi sambutan dan kehadiran orang ramai di dalam ceramah anjuran PR. Paling terkini, di Hulu Selangor baru-baru ini program ceramah dari PR jauh lebih hebat dari Bn walaupun PM sendiri yang turun bersama mantan PM. Dalam bab ini, kita sentiasa menang.

Namun demikian, apakah kita masih merasakan program ceramah adalah faktor utama akan memberi kemenangan akhirnya? Jika di era 70 an dan 80 an mungkin ada benarnya, tetapi di zaman sekarang mungkin kita boleh kaji semula. Jika dilihat berdasarkan pengalaman, kehadiran orang ramai di dalam ceramah PR terutamanya sewaktu kempen pilihanraya kebanyakannya adalah datangnya dari luar kawasan mengundi. Oleh yang demikian, kesannya tidak begitu memberangsangkan untuk menarik pengundi-pengundi menyokong kita.

Tidakkah kita boleh berfikir kaedah lain yang lebih berkesan? Kempen dari rumah ke rumah yang WAJIB diketuai oleh pemimpin besar sekurang-kurangnya MP atau Adun dari PR perlu turun bersama sepanjang tempoh berkempen. Setiap kumpulan mesti diketuai oleh pemimpin besar ini agar setiap kempen atau hujah boleh diberikan dengan betul dan tepat. Ada kemungkinan sebelum ini terdapat jentera kempen yang hanya diwakili oleh pimpinan bawahan tidak mampu untuk menerangkan isu-isu besar atau melawan hujah-hujah yang mungkin dikemukakan oleh pengundi. Pemimpin-pemimpin besar di dalam PR tidak lagi boleh hadir berkempen di bawah-bawah khemah untuk memberikan ceramah sahaja. Mereka perlu turun setiap hari menemui pengundi-pengundi yang dikenalpasti pendokong tegar Umno/Bn.

PR juga mesti aktif di dalam mengadakan aktiviti masyarakat. Aktiviti seperti bersukan, perkhelahan, hiburan yang tidak melalaikan dan banyak lagi aktiviti yang boleh mendekatkan kita kepada golongan yang tertutup minda ini. Kebanyakan mereka jahil untuk menilai perjuangan kita kerana mereka sering disajikan dengan laporan dari media haprak seperti TV3 suku dan Utusan Meloya itu. Pendekatan berjanji sewaktu pilihanraya juga tidak releven untuk kita sebagai pejuang rakyat. Kita tidak perlu berjanji seperti yang puak-puak mereka itu lakukan. PR mesti lakukan kerja tidak mengira masa. Jangan menanti rakyat yang susah mengadu pada kita, sebaliknya kita mesti mencari di segenap pelusuk kawasan rakyat yang memerlukan bantuan kita.

Aktiviti memakmurkan tempat ibadat juga amat penting. Bukan bertujuan untuk berpolitik secara kepartian di dalam masjid tetapi kita mesti tunjukkan betapa kita tidak pernah memisahkan agama dan politik. Bagi negeri-negeri yang kita kuasai, peranan pimpinan negeri penting untuk tidak terlalu mengawal atau mengetatkan peraturan sehinggakan pimpinan kita sendiri tidak boleh bercakap di dalam masjid hanya kerana tiada tauliah. Berapa orangkah selama ini dari pimpinan kita yang mengajar ajaran sesat di dalam masjid? Pelik dan ajaib, di dalam Negeri Selangor yang kita perintah, Tuan Guru Nik Aziz tidak boleh bercakap di dalam masjid. Hairan dan pelik, YB Khalid Samad pun dipersoalkan apabila memberi khutbah atau berucap di dalam masjid? Bijakkah kita berbuat demikian? Yang pentingnya, adakah mereka itu ingin menyesatkan umat? Cuba kita lihat Imam atau Khatib di negeri-negeri yang mereka kuasai, kita naik jemu dan bosan dengan cerita 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, dan banyak lagi tajuk-tajuk khutbah mereka. Tiada kena mengena dengan politikkah itu?

Mudah-mudahan kita lebih sedar bahawa kita bukan lagi parti di zaman 70 dan 80 an lagi. Kita berada di alaf baru yang memerlukan pendekatan baru. Jika kita masih lagi bergantung kepada cara lama, tidak hairan satu masa nanti kita akan ketandusan penyokong sedikit demi sedikit. Kita mesti berbeza sekarang kerana kita telah memegang beberapa negeri. Jika mahu mentadbir secara `lurus' pun biarlah bertempat. /wfauzdin.blogspot.com

12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kalau pemimpin pas (TGNA) tidak boleh berceramah dalam masjid, pemimpin umno juga jangan dibenarkan baru lah adil. POLITIK UMNOAPCO (SEKULAR) MEMANGLAH TIDAK BOLEH MASUK KEMASJID SEBAB MENDOKONG DASAR-DASAR (PERJUANGAN KAFIR)YAHUDI DAN NASARO. APA HAL POLITIK ISLAM PUN TAK BOLEH JUGA? IKUTLAH APA YANG NABI AJAR (JANGAN KURANG AJAR).

SAYA SARANKAN AGAR KETUA AGAMA BAGI NEGERI-NEGERI TU HENDAKLAH JADI ORANG ALIM (BERILMU) BARU DAPAT BEZAKAN YANG MANA SALAH DAN BETUL ATAU YANG BOLEH DAN TAK BOLEH. JANGANLAH IKUT TANGKAPMUAT SAJA. JANGANLAH KETUA AGAMA INI LEBIH YAHUDI DARI YAHUDI. WALLAHUALAM.

Tanpa Nama berkata...

Salam YB..

Ramai pemikir dalam PR.. Sila kumpulkan informasi dan data dari pemikir2 dari golongan graduan Psychology, Pengurusan Gelagat Organisasi,Public Relation dan Pemasaran dll untuk mencari cara terbaik bagaimana nak pasarkan "Produk" PR supaya semua rakyat ada "AIDA".. Attention, Interest,Desire,Action.. terhadap Pakatan Rakyat.

Kita tak boleh hanya berfikiran yang bidang Politik saja yang menyebabkan org "beli" produk kita. Contoh: Org makan di restoran bukan sebab makanannya yang sedap saja. Banyak faktor pempengaruh lain seperti bersih, layanan baik,cepat,kedudukan premis, senang parking,susunatur perabut,cahaya lampu,entertainment(Astro Bola, Wrestling, dll),harga,kenalan dan banyak lagi. Dah lama saya fikirkan yang minda kita kena kreatif dan innovatif. Maaf saya hanya beri ulasan berasaskan bidang dan pengalaman saya.. Tuan boleh cuba initiate satu diskusi dalam internet untuk cadangan, pro dan cons cadangan2 tu dan hujah2 yang ada kredibiliti dan membina.

rizuan mh berkata...

bagusla kalau sedaq no...selama ni hampa dok kutuk dok bangkang ja hasil kerja kebajikan yg kerajaan pusat dok buat..la ni kuasa dah kat tgn hampa, so buat la keja..dulu hampa dok rasa hampa lebih layak jd pemimpin, la ni Allah dah bg apa yg hampa nak sangat..tp syg, hampa lalai leka..rakyat dah mula menilai dan akan menghukum pulak pasni..adios

Tanpa Nama berkata...

jebathebat:
benar kata YB sudah masanya kempen malam akhir kita buat tapi selepas semua pimpinan besar dalam PR turun berkempen dari rumah ke rumah comfirm kalau pimpinan besar PR turun satu rumah comfirm jiran2 sebelah akan turut serta untuk mendengar...ceramah-ceramah di malam akhir boleh dikurangkan ataupun bermunajat di malam akhir kempen ada kesannya

Tanpa Nama berkata...

Apa maksud politik ? Tidakkah khutbah seperti dasar kerajaan juga mempolitikkan masjid ?

Tanpa Nama berkata...

Apa yang saudara katakan itu adalah benar, pada pendapat saya boleh kah kita adakan sesi soal jawab bersama rakyat setempat.Mungkin itu berkesan juga untuk kita rapat dengan rakyat.

Tanpa Nama berkata...

Minta maaf Yb kadang-2 saya copy and paste post Yb

Tanpa Nama berkata...

Saya terkejut membaca Facebook saya hari ini. Rakan-rakan facebook memaklumkan bahawa seorang pemuda Umno mengugut untuk membunuh Mursyidul Am Pas, Tok Guru Nik Aziz.

Mohd Safuan Hilmi, 24 yang mengaku graduan UiTM dan kini bekerja di Syarikat Prasarana Negara Berhad membuat ugutan mahu membunuh Nik Aziz dalam komennya di satu wall perbincangan dalam facebook.

“Belum lengkap lagi sebab seekor lagi barua tak mati iaitu Nik Aziz. Tunggu aku pi bunuh Nik Aziz dulu baru lengkap. Setan tu tak layak duduk kat muka bumi ni lagi”

“Senang bunuh orang. Tikam jer. Aku sanggup dihukum gantung jika aku dapat bunuh Nik Aziz al Dajal tu”….begitulah kata-kata biadap pemuda Umno ini.

Tanpa Nama berkata...

Salam
Satu pendekatan yang amat baik dan kena cari pendekatan2 lain lagi seperti kahwin dengan puak2 umno tegar seperti zaman org arab sebar islam ke kepulauan melayu, tapi silap2kan puak kita pulak jadi umno

Tanpa Nama berkata...

Depa pun dah advance...

http://www.youtube.com/watch?v=q9Jg7Xm1C6I&feature=player_embedded

Tanpa Nama berkata...

bagus ulasan-ulasan tuan di atas

mehzalan berkata...

Salam, Y.B.

Janganlah berputus asa. Jadikan ini landasan untuk kita memperbaiki diri kita dan kepimpinan kita. Kaedah yang kita gunakanah hari ini sudah menampakkan kesanya jgn diubah. Teruskan kaedah yang biasa kita buat. Tambah mana2 yang perlu seperti cara penyampaian, taburan kepimpinan dalam setiap satu kawasan mengundi, selaraskan kaedah dan penekanan isu semasa berkempen.

Susun saf-saf kepimpinan dengan kemas bersama2 dengan jentera- jenteranya. Luruskan saf bukan takat dlm solat jer, tapi juga dlm politik.

Berpoloitiklah cara Rasulullah ( S.A.W) berpolitik. Sentisa menjaga adab dan kaedah berpolitik. Jika Rasulullah sangup menyuap dengan penuh kasih sayang setiap hari wanita Yahudi yang buta dan amat membenci Baginda, begitu juga dengan kepimpinan kita. Mulakan dari hari ini. Kenapa perlu tunggu hari esok atau next by election baru nak kempen itu dan ini.

Cuba tanya Y.B. Hj Nizar dan diri YB sendiri serta YB2 yg lain. Berapa ramai org di kaw. YB yg X dpt makan dan berlapar. Berapa ramai yg memasak batu untuk menidurkan anaknya yg kelaparan.

Tahukah kamu semua rumah mana yg mempunyai anak perempuan sebaik isteri Sultan Muhammad Al Fateh dan menantu Saidina Umar R.A.???

Ambil buku nota kecil dan catitkan bilangan, nama, alamat dan bil ahli keluarga mereka. Jika belum ada dalam senarai YB2 semua. Kamu nilaikanlah sendiri standard kerja kamu. Berapa kali kamu melakukannya, kalau belum itulah kebobrokan kamu semua. Masih ada masa untuk melakukannya sebelum amanah ini Allah tarik dari kamu semua.

Atau YB2 semua sibuk membesarkan rumah dan sibuk menjadi pelobi projek atau sibuk mengenyangkan perut menghadiri dinner2 yang dianjurkan oleh pelbagai pihak, lepas tu terus ngantuk dan tertidur dlm ulitan kereta mewah yg YB2 beli atau dapat selepas bergelar YB.?????

kalau macam ni lah perangainyer, cepat-cepatlah bertaubat. Kalau pun rakyat x t tu tahu dan x nampak apa yg tuan2 YB2 buat, Allah Yang Maha Tahu dan Nampak tu , tahu & nampak apa yang dibuat oleh kamu2 semua. Bertaubatlah sebelum terlambat.

Ingatlah wahai semua pejuang2 Islam, berjuanglah cara Rasulullah S.A.W. berjuang. Berpolitiklah cara Rasulullah berpolitik. Jangan terikut-ikut rentak perjuangan musuh dan rentak politik mereka. Kita ada cara kita sendiri. Perjuangan kita ada dosa ada pahala. Teruskan perjuangan walaupun kita hanya akan menang lg 1000 tahun. Ingat Y.B. dan kepimpinan PAS semua, matlamat tak pernah menghalalkan cara. Takbir....