30 April 2010

Sudah Tiba Masanya Saya Sokong Pakatan Rakyat - Tamrin Ghafar

15 Jamadil Awal 1431H

Bekas Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Thamrin Ghafar (gambar) menyifatkan sudah tiba masa bagi beliau menyokong Pakatan Rakyat setelah melihat penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa berleluasa yang dilakukan oleh pimpinan Umno dan Barisan Nasional selama lebih 50 tahun mentadbir negara.

Bercakap kepada Suara Keadilan baru-baru ini anak mantan Timbalan Perdana Menteri, Tun Ghafar Baba itu berkata beliau sendiri tidak bersetuju dengan banyak dasar yang dilaksanakan kerajaan Umno-BN yang tidak memberi manfaat kepada rakyat dan negara.

"Saya dah mula sedar bahawa banyak isu yang saya sendiri tidak boleh terima tentang dasar Umno dan Barisan Nasional. Saya rasa sudah sampai masanya saya terpaksa mengubah sikap," kata Thamrin yang juga adalah bekas Pengerusi MARA.

Kehadiran beliau pada dua majlis utama semasa kempen pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor telah mengejutkan penyokong Pakatan Rakyat.

Thamrin pertama kalinya hadir pada majlis Pidato Perdana anjuran Pemuda Pakatan Rakyat di Sg Buaya 24 April lalu dan juga ceramah 'grand finale' di Stadium Mini Kuala Kubu Baharu bersama-sama pimpinan Pakatan Rakyat./Kelab Greenboc/-

17 ulasan:

sydeen aka saidin berkata...

insaf sebelum terlambat

Tanpa Nama berkata...

Ingat Thamrin! Kau bekas wakil rakyat aku!Aku tahu apa yang kamu telah buat kepada PAS!Cakap jangan ikut sedap! Bertobatlah bersungguh2 kepada Allah!Allah tahu apa ada dalam hati mu.Umno ni memang derhaka kepada Allah!Jangan berbalik semula!Kita mesti menyokong islam kerana aqidah! Jangan ikut semangat tapi dengan iman.Kita akan selamat!.Jangan sokon perjuangan islam kerana hendakkan sesuatu!Nabi Mohd tak tawarkan apa2 kepada kita melainkan iman dan syurga Allah.Nabi tak tawarkan projek!Nabi tawarkan syurga kepada umatnya, tak kira melayu, cina,india, negro atau pun orang putih.Siapa ikut dapat syurga.Siapa tak ikut dapat neraka Allah!Bagitu juga PAS tak tawarkan projek! Pas tawarkan syurga Allah! Ini bukan rahsuah tapi ia adalah jaminan Allah dan nabi Mohd saw! Ingat tu wahai Tharim!Jumpa lagi. Moga2 anda selamat didunia dan di akhirat!

yi berkata...

semoga masih ramai lg yang akn sedar.

Tanpa Nama berkata...

Baguslah. Namun perlu ketegasan dan ketahanan kerana UMNO akan cari kesalahan walau sebesar zarah utk menggagalkan usaha Tamrin Ghafar. Kalau tak ada mereka akan ada-adakan.

Tanpa Nama berkata...

Baguslah tu Tamrin mudah2an Allah merahmatimu dan bersama2 berjuang menegakkan Keadilan utk rakyat.

Tanpa Nama berkata...

Bagus la kalau dah sedor....elok sangat la tu ubah haluan dari yang buruk kepada yang elok...apa cerita anak sedara nye yang nama zahid mat arip tu? banyak ke dia dapat habuan?dulu bukan main lagi jadi Pemuda Keadilan Yang "Gagah" segagah badannye,...sudahnya JILAT balik najis UMNO....tak kemana pun deme ni..

Tanpa Nama berkata...

syabas!

Tanpa Nama berkata...

Syabas Tamrin;andainya engkau ikhlas jangan lompat katak pula bila tak ada jawatan. Dalam PR tidak ada perkataan harta rampasan melainkan harta yang dimenafaatkan(makna harta kita adalah milik bersama rakyat) macam Khalifah Abu Bakar Radiallahhuanhu.

Boleh diuji BN khASNYA UMNO selalu kata pemimpin PR Khasnya PAS korup tetapi yang dilihat orang UMNO yang kena Dakwa. Harap tamrin dapat mengawal nafsu dan emosi ingin gah. Kalau tamrin yang telah sedia kaya dapat menafaatkan kekayaan walau secebis kepada setiap insan namun biarlah ianya bermakna.

Unknown berkata...

Selamat datang diucapkan kepada saudara Tamrin dalam PR

Unknown berkata...

Salam perjuangan kepada saudara Tamrin dalam PR, tahniah!

Tanpa Nama berkata...

Dah tua badan dah sakit baru nak sedor. Masa muda-muda dulu ko pun lebih kurang sama ngan yg lain. Tapi takpe la sekurang-kurangnya sedor la juge ye!

Raziq Najab berkata...

TAHNIAH!!!

SEMUGA KAMU IKHLAS & KEKAL DALAM PERJUANGAN KEBENARAN KEADILAN ISLAM!
MEMANG BIASA DAH TERANTUK BARU TENGADAH

PERGI JAHANAM DENGAN UMNO!!!

chendrawasih berkata...

Alhamdulillah atas kesedaran Tamrin di harap anda benar2 ikhlas dgn PR krn PR bukan parti kaya raya mcm UMNO/BN berjuang dlm PR perlu pengorbanan yg jitu jika tidak mudah layu, berjuang lah kerana rakyat dan bukan kerana poket, ikhlas dlm perjuangan, ikhlas dlm beribadat insyaAllah ada ganjaran nya dari Allah SWT dan doa dari rakyat smuga anda diberkati Allah dlm perjuangan utk rakyat,yg lepas biar lah menjadi sejarah, InsyaAllah,

Tanpa Nama berkata...

Ini contoh org yg tak mengenang budi, dulu pernah jatuh bangkrap, oleh kerana menghormati bapa beliau kerajaan telah menolong melangsaikan hutang beliau. Kalau saya ada kuasa saya tak akan terima orang macam ini dalam PR, kerana orang mcm ini hanya mahu mengaut keuntungan saja dan kalau dah tak dapat apa2 beliau akan kata macam2 kat kita....wahai barisan tertinggi PR tolong lah fikir2 kan...............

Tanpa Nama berkata...

Saya sepatutnya tak boleh cakap ayat allah ini kerana saya berugama buddha. Kerana atas tuhan harap saudara Tamrin dah sedar atas apa yang BN dah buat selama 52 tahun ini masih tak lambat lagi bagi U utk tolong PR rampas Parlimen dari BN. Selamat perjuang dgn PR.

Tanpa Nama berkata...

Selamat berkubur la PR..Anwar Ibrahim akan menjahanamkan Orang Melayu..Kami akan halau Melayu dari Tanah Melayu sendiri..Sapu Melayu..Sapu Melayu..

Raziq Najab berkata...

RASANYA UMNO YANG SEDANG GALI KUBUR MEREKA SENDIRI... UMNO/APCO!. PENUH DENGAN PEMIMPIN PEMBUNUH PERASUAH PEMBUAT MAKSIAT!
PERGI JAHANAM DENGAN UMNO!!!
HUMBANKAN MEREKA KE LONGKANG PADA PRU13 NANTI!