29 April 2010

PAS sokong calon DAP, hantar jentera pakar

14 Jamadil Awal 1431H.
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 28 April: PAS akan menggerakan jentera pakarnya dari Semenanjung tanah air untuk bersama-sama jentera di Borneo bagi menggempur BN pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad berkata, PAS menyokong penuh pemilihan Pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng (gambar) sebagai calon Pakatan Rakyat pada PRK itu.

"PAS mengucapkan tahniah dan menyokong pencalonan Pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng bagi pilihan raya kecil Parlimen Sibu 16 Mei nanti.

"Wong yang juga Adun Bukit Assek merupakan pilihan terbaik untuk Pakatan menambahkan kerusi Parlimen di Sarawak," katanya dalam satu kenyataan.

Pada masa ini, Pakatan hanya mempunyai seorang ahli parlimen sahaja dari Sarawak iaitu Chong Chieng Jen bagi Parlimen Bandar Kuching.

Walaupun Wong tewas kepada mendiang Datuk Robert Lau Hoi Chew yang menang dengan majoriti 3,549 pada pilihan raya sebelum ini, namun DAP mempunyai pengundi tegar hampir 16,000 orang di situ.

Pakatan Rakyat, jelasnya mempunyai jentera yang kuat lebih lebih lagi dengan penyertaan Parti Nasional Sarawak (Snap).

"PAS akan terus membiarkan BN bagai ayam berak kapur melihat begitu positifnya kerjasama jentera Pakatan yang kini lebih kuat dengan penyertaan Parti Nasional Sarawak (SNAP) menjelang PRK Sibu nanti," katanya lagi.

Menurutnya, sokongan rakyat mula meningkat sejak DAP mencipta kejutan pada tahun 1982 dengan memenangi kerusi Bandar Sibu melalui Ling Soe Ming, yang mengalahkan Tan Sri Dr Wong Soon Kai yang juga Timbalan Ketua Menteri Sarawak ketika itu.

Rekod lama ini juga, jelasnya tidak boleh dipandang sepi kerana statistik sokongan masyarakat Cina akhir-akhir ini lebih condong kepada Pakatan seperti yang ditunjukan dalam PRK Hulu Selangor baru-baru ini.

"Tidak mustahil Sibu yang dihuni 60 peratus pengundi Cina akan memberikan kemenangan kepada Pakatan bagi mengukuhkan suara masyarakat Sarawak yang tertindas sejak sekian lama," ujarnya lagi.

Dengan tidak memandang rendah pengaruh wakil SUPP bagi BN, Robert Lau Hui Yew katanya, Pakatan akan berusaha memenangi baki 40 peratus pengundi di Sibu yang terdiri dari 20 peratus Melayu-Melanau, Iban 18 peratus, 1.1 peratus Orang Hulu dan 0.9 peratus lain-lain.

PAS juga, tambahnya melihat bahawa pengundi bukan Cina ini juga sebagai aset penting bagi memastikan Pakatan mampu merampas kerusi itu dengan lebih selesa.


12 ulasan:

Kuda Perang berkata...

Sapu kerusi Sibu.

Tanpa Nama berkata...

Salam YB, tahniah diucapkan pada PAS krn hantar rombongan menolong DAP di Sibu. Semangat abang adik antara kita akan menjayakan pilihanraya ini. Lagi pun org China akan undi PAS, walaupun org Melayu tak mau kasi tolong sama PAS lagi

Tanpa Nama berkata...

Apa cite PAS ni....Sikit2 sokong..sikit2 sokong. Jangan sokong membawa rebah sudah lah. Saya simpati dengan parti pas ni yang tersepit dengan antara dua hala. Sebenarnya pas ni serba salah, tak sokong salah, sokong pun salah. Oleh itu saya berharap pas perlu membincangkan perkara ini dengan AJk tertinggi parti...........

Tanpa Nama berkata...

PAS berada pada landasan betul, insyaallah Pas dan pakatan rakyat akan menang besar dalam PRU13

Tanpa Nama berkata...

Tahniah kerana Pas menunjukkan komitmen yang tinggi dalam pakatan rakyat

Tanpa Nama berkata...

UMNO bukan pejuang islam tetapi pas bersama pakatan rakyat mempunyai matlamat yang jelas memperjuangkan islam

Tanpa Nama berkata...

Hulu selangor akan jatuh ketangan pakatan rakyat PRU13 termasuk malaysia insyallah

Tanpa Nama berkata...

BN menang dihulu selangor bukan kerana sokongan melayu tetapi kerana penipuan daftar pemilih oleh SPR?

Tanpa Nama berkata...

Jelas UMNO lebih bersifat perkauman berbanding pas yang memperjuangkan islam

hamba allah berkata...

moleklah.sokonglah.semoga kita 1 melayu & 1 islam menjadi hamcur berkecai kerana terpaksa menuruti kehendak 1 kafif.fikir-fikirkanlah.ya allah selamatkan negaraku ya allah.

Raziq Najab berkata...

MUDAH2AN PR MENANG DI SANA!
PERGI JAHANAM DENGAN UMNO/BN!!!

Tanpa Nama berkata...

umno ni degil.undang alquran dia tak ikut.undang2 yang cipta dia tak ikut.Mufti2 penakut untuk menegur!Nanti awak jawab di depan mahkamah Allah! Jangan sedap terima gaji, nak jaga periuk nasi! Nanti semua ulamak2 bisu ini akan menyesal di depan Allah di akhirat!Ingan tu mufti!