29 April 2010

MB Kedah: Mohd Nasir tak perlu mohon ampun

14 Jamadil Awal 1431H.

Ahli dewan undangan negeri (Adun) Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa, daripada Pas tidak perlu memohon ampun kepada Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berhubung soalan beliau pada persidangan dewan itu Isnin lalu yang didakwa mempersoalkan kuasa baginda sebagai ketua agama Islam Kedah.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, berkata maksud sebenar soalan Mohd Nasir adalah mengenai kuasa raja yang tidak dihormati dan bukannya mempertikaikan kuasa raja sebagai ketua agama.

"Yang timbul isu itu sebab wakil rakyat Barisan Nasionl tak faham," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di Alor Star hari ini.

Azizan berkata, perkara berkenaan telah dibincangkan dengan Tuanku Abdul Halim semasa beliau menghadap baginda pada majlis perasmian Merdeka Beach Resort di Pantai Merdeka pagi semalam.

"Tak payah jelaskan kepada Tuanku sebab baginda dah faham dan semalam pun saya hubungi pula setiausaha sulit Tuanku dan depa (beliau) kata, abaikan saja," katanya.

Dua hari lalu, persidangan menjadi panas apabila Mohd Nasir mengajukan soalan yang dianggap oleh Adun Barisan Nasional sebagai mempertikai kuasa Sultan Kedah dan ini memaksa Speaker Datuk Abdul Isa Ismail membuat keputusan dua soalan itu tidak perlu dijawab.

Mohd Nasir bertanya sejauh manakah bidang kuasa Sultan sebagai Ketua Agama Islam Negeri dihormati oleh Kerajaan Pusat dan setakat manakah tahap tidak boleh campur tangan Kerajaan Negeri Kedah dalam pentadbiran hal ehwal agama Islam.

Berikutan itu, Persatuan Kerabat DiRaja Kedah menuntut Mohd Nasir memohon ampun kepada Sultan Kedah dan memintanya menarik balik soalannya itu secara rasmi dalam persidangan Dewan. Bernama/-

4 ulasan:

Abu Muttaqin Al-Kurauwi berkata...

Tahniah UMNO. Cubaan cantik...tapi...miss gol.Cuba lagi UMNO.Untuk YB Nasir,tunjukkan karisme anda. Kita baru berjumpa di Larut, Perak..Ana pengerusi majlis semasa YB berucap. Ana tengok YB punyai karisme yang hebat...anugerah Allah.Untuk UMNO...cuba lagi runtuhkan kerajaan PR Kedah...kalau tak pandai...belajar daripada Bang Mat Sabu...he...he...(jangan marah Bang Mat)...

Tanpa Nama berkata...

ore umno ni meme payoh nok pehe..pah tu suko putar belit..sapa ari kiamat tu kijo dio

Tanpa Nama berkata...

Rakyat perlu baca soalan faham baru buat komen. Kalau tak fahan jangan buat apa-apapun.
Kalau nak buat kenyataan awam biarlah bijak jangan jadi orang seat lagi menyesatkan.

Saya percaya soalan itu akibat terlalu biadap BN pusat dengan ejen tempatan mencabul "Hak kuasa Sultan dalam banyak hal terutama dalam urusan Agama yang masih dibawah kuasa Sultan bukan Pemimpin BN perseketuan melalui JAKIM ke atau JPM (Agama)nya.
BN pusat amat goyah dengan keterampilan pimpinan negeri yang di Ketuai oleh Dato' Azizan (MB)
orang kedah kena kerja kuat bagi melemah BN Kedah. mungkin bagi o kerusi sebab merekalah orang yang paling biadap melaga pemimpin Kerajaan Kedah dengan Istana.

Raziq Najab berkata...

PAHAM TAPI BUAT2 YAK PAHAM!
UMNO KAN UMNgOk!!!
...Kalau jumpa pemimpin Umno dengan ular ketuk kepala diorang dulu baru diorang paham!