29 April 2010

Adun BN manipulasi soalan kerana politik sempit

14 Jamadil Awal 1431H.
Mohd Shubihi

ALOR SETAR, 28 April: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa (gambar) menyifatkan beberapa Adun BN memanipulasikan soalannya kerana politik sempit mereka.

Beliau hari ini tampil menjelaskan isu kekecohan yang berpunca daripada soalan bertulis yang dikemukakannya semasa persidangan Dun Kedah, 26 April lalu.

Menurut beliau, soalan 'panas' yang meminta penjelasan berkaitan bidang kuasa Tuanku Sultan sebagai Ketua Agama Islam yang perlu dihormati telah mengundang pertikaian wakil-wakil Barisan Nasional (BN) yang tersalah tafsir maksud soalan yang dikemukakannya.

“Saya meletakkan soalan ini agar semua pihak mendapat penjelasan sebenarnya berkaitan bidang kuasa Tuanku Sultan yang mutakhir ini dilihat tidak dihormati oleh pihak-pihak tertentu.

"Soalan itu bertujuan mendapatkan batas sempadan supaya semua pihak dapat menghormati kuasa Tuanku Sultan dalam hal-hal berkaitan pentadbiran agama Islam yang diketuai oleh baginda kerana kebelakangan ini terdapat campur tangan terutama dalam soal perlantikan imam dan pegawai masjid.

"Turut diutarakan supaya dijelaskan kepada pihak tertentu yang menuduh kerajaan negeri akan memecat imam-imam apabila berusia 60 tahun," jelasnya.

Nasir berkata, wakil-wakil BN telah memanipulasikan soalan tersebut demi kepentingan politik sempit yang akhirnya mengakibatkan berlaku pertikaman lidah di antara mereka dengan wakil-wakil Pakatan Rakyat.

"Soalan tersebut cukup jelas dan tidak langsung berniat untuk mempertikaikan bidang kuasa Tuanku Sultan tetapi telah dipolitikkan oleh wakil BN yang bimbang akan dibuktikan mereka adalah pihak yang mengganggu gugat pentadbiran agama di negeri ini," katanya.

Menurutnya lagi, soalan yang dikemukakan adalah ekoran dari tindakan Adun Bakar Bata, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah yang mencampuri urusan pentadbiran agama Islam dalam hal berkaitan imam dan pegawai masjid, baru-baru ini.

Nasir tetap mempertahankan pendapatnya bahawa soalan itu tidak langsung menyentuh dan mempertikaikan bidang kuasa atau menghina Tuanku Sultan Kedah jika ia dibahaskan.


8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Umngok mmg bonggok

Kuda Perang berkata...

Sebab ADUN2 UMNGOK xhabis mengaji..

Tanpa Nama berkata...

Pas Lagi HamPAS

Tanpa Nama berkata...

sebenarnya ubn tidk pernah mempertikaikan kuasa sultan apalagi melanggar arahan2 dari pihak istana akan tetapi PR yang selalu mempertikaikan arahan istana seperti di Perak dan terbaru di Hulu Selangor dlm kempen PRK agar masjid tidak dicemari oleh ceramah2 politik tetapi tidak diendahkah........sepatutnya PR muhasabah diri sebelum menuding jari pada orang lain. Terbaru Datuk Zaid ibrahim akan membuat bantahan atas keputusan PRK Hulu S`gor konon nya piliharaya tidak adil. Mcm nak adil lagi. 10 piliharaya kecil BN cuma menang 2 manakala PR menang 8. Adakah yang PR menang 8 itu adil............... fikir2kan............

Tanpa Nama berkata...

umno tu apa ..,,,sarkas ka....kah kah kahak tuih ,,bodoh punya adun bn...

Raziq Najab berkata...

NAMA PUN UMNO!!! PARTI YANG PERNAH DIHARAMKAN ZAMAN MAHATHIR DULU...
MEMBELIT LEBIH DARI ULAR!
JUMPA PEMIMPIN UMNO DENGAN ULAR TANGKAP PEMIMPIN UMNO DULU!!!

Tanpa Nama berkata...

umno

depa ni baguih...semua buat

smbhyg pun buat
posa pun buat
zakat pun buat
ngaji quran pun buat
sedekah pun buat
kebajikan pun buat
minum arak pun buat
judi pun buat
tgok nasib pun buat
sembah patung pun buat
jumpa dukun/ bomoh pun buat


HABIH semua depa buat

APNO.....APCO + UMNO


HEHEHEHEHEH.... :)

Tanpa Nama berkata...

kepada penyokong UBN,
tak yah nk fikir2...sememangnya UBN terkenal dgn dengan derhakanya terhadap Sultan....dah banyak dah rekod...PR menang banyak sebelum ni kerana rakyat sedar..bukannya 'bongok'....hulu selangor kalah...menang secara tidak 'gentlement'....dengan pengundi hantunya,tabur duit juta2,pindah pengundilah...macam2 lagi lah..
Beralih pada DUN kedah...soalan macam tu punya mudah pun tak boleh nak paham...menagaji sampai darjah berapa ni..susah punya cerita la saudara....belajaq dulu definisi 'HINA' la saudara UBN....