14 Jamadil Awal 1431H.
Bekas ketua pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ezam Mohd Nor adalah antara empat orang yang akan dilantik sebagai Senator.
Menurut The Star Online, mereka yang lain termasuk timbalan presiden MIC Datuk G Palanivel, pengerusi eksekutif firma Rahim and Co, Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman dan ketua Wanita Umno Pagoh, Noriah Mahat
Mereka akan mengangkat sumpah jawatan di hadapan presiden Senat, Tan Sri Abu Zahar Ujang di Dewan Negara, Isnin depan.
Ezam juga adalah bekas setiausaha politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang terkenal kerana pernah mengakui mempunyai enam kotak yang dikatakan mengandungi dokumen mengenai salah laku pemimpin kerajaan.
Dia bagaimanapun kemudian menafikan perkara itu sebaliknya mendakwa kotak itu suatu pembohongan dan dijaja sebagai modal politik sejak 1999 selepas Anwar dipecat daripada Umno dan kerajaan.
Selepas meninggalkan PKR dan menyertai Umno, Ezam berkata dia bukan saja dikutuk kerana meninggalkan perjuangan mereka tetapi juga digelar ahli parti itu sebagai "Ezam Kotak".
Sementara itu, bagi timbalan presiden MIC, Datuk G Palanivel, ura-ura yang beliau akan dilantik sebagai senator bukan lagi rahsia.
Perlantikannya itu dikatakan sebagai menghargai pengorbanannya yang tidak dicalonkan pada pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor tetapi sebaliknya menyokong calon kompromi, P Kamalanathan.
Selain dilantik sebagai senator, Palanivel juga dijangka akan diberikan jawatan sebagai timbalan menteri.Malayskaini/-

18 ulasan:
maka tertunailah perjuangan beliau selama ini, tak kiralah cara apa sekalipun... tunggu dlm pkr tak dapat apapun. inilah perjuangan melayu masa kini, mesti ada masyuk... kalau dulu sanggup keluar masuk penjara, kerana yakin anuar akan berjaya... tapi bila dah tak nampak jalan, mula melarikan diri. apa yang berlaku sekarang itulah realitinya. dan kalau orang inilah yang akan memimpin negara di masa depan, InsyaAllah, negara akan tinggal pokok getah dengan pokok kelapa sawit, itupun kalau tidak laku untuk di jual.
aku setuju sgt2 dgn tanpa nama di atas mengenai ezam al kotaki
Kepada Izam ala Kazam, sekarang mungkin kamu gembira dengan apa yang kamu dapat, tetapi jika Allah mengasehi kamu , ketika kamu berumur 60 tahun keatas kamu akan rasa menyesal. Sekiranya kamu tidak rasa menyesal tentang apa yang telah kamu lakukan kerana harta dunia, maka faham faham sahajalah.
'BIAR LAH SI LUNCAI TERJUN DENGAN LABU-LABU NYA'. PERJUANGAN YANG DITUNTUT DAN PERJUANGAN YANG DIREBUT? pucuk dicita ulam mendatang itu lah ungkapan yang sesuai untuk "Budak lurus tetapi memilih jalan sesat ini" PKR seharusnya menilai kepimpinan mereka sekarang, kalau ada lagi yang memilih perjuangan poket, tembolok, perut, uncang, karong dan seumpama dengan nya elok lah dilepaskan sebelum PRU 13 ini, dalam PR tidak berkehendakkan sampah-sampah kepada perjuangan yang dituntut, golongan ini boleh membantutkan perjalanan ke Putra Jaya. Kalau ikut Saidina Umar " orang yang khianat/belut dalam perjuangan /peperangan elok dibunuh sahaja". Rasanya PKR perlu tanamkan semangat perjuangan serta tarbiah mengikut fitrah insan yang waras dan sempurna akal. wallahualam.
Hancurkanlah orang2 seperti Ezam ini....
Ucapannya di dalam Dewan Negara dijangkakan adalah kotak, kotak, kotak, kotak, kotak, kotak,kotak, kotak, kotak,kotak, kotak, kotak,kotak, kotak, kotak,kotak, kotak, kotak,kotak, kotak, kotak,kotak, kotak, kotak,kotak, kotak, kotak,kotak, kotak, kotak,kotak, kotak, kotak,kotak, kotak, kotak,kotak, kotak, kotak,kotak, kotak, kotak,kotak, kotak, kotak,kotak, kotak, kotak,kotak, kotak, kotak,kotak, kotak, kotak,kotak, kotak, kotak,kotak, kotak, kotak,kotak, kotak, kotak,kotak, kotak,
Ezam kotak...ezam kotak...1juta kali...mati nanti masuk kotak (keranda la tu) semua masuk kootak...kecuali kena bom c 4
ezam kotak ,,,????? kotak apa ha...
Hmmmmmmmmmm... Raja Sesumpah sudah masyuk
Dari KA2:
Itulah kata Tok Guru Nik Aziz kalau nak cerca orang jangan melampau. Nanti takut suatu masa nanti kita akan jadi sahabat kepada dia.Dan bila nak puji sesorang jangan puji yang melampau,puji yang terlalu tinggi,nanti takut suatu masa nanti, kita akan jadi musuh kepada dia. Inilah yang banyak terjadi kepada ahli2 politik hari ini yang celupar mulut mereka.Dulu dia kata umno macam2 sehingga kita jijik mendengarnya.Saya rasa malu nak sebut di sini tentang cercaan mereka.Hari ini dia masuk umno!Dia puji umno! Bagitulah yang terjadi kepada Ezam!Bagitulah juga kepada pemimpin2 PAS dan ahli parti2 yang lain yang celupar mereka yang mencerca umno dengan cara yang melampau dan celupar mulut mereka.Tapi hari ini dia masuk umno! dan memuji umno.Dia sumpah umno berbakul2.Kita jijik dan tak sanggup mendengarnya!Bagitu juga yang berlaku kepada beberapa pemimpin umno yang mencerca PAS dengan kata2 yang busuk.Tapi hari ini, mereka yang memuji PAS dan masuk PAS. Oleh itu penganglah kata2 Tok Guru ini.Banyak hikmatnya.Sebab itu Tok Guru Hj Hadi dan Tok Guru Hj. Nik Aziz jarang sekali bahkan tidak pernah menyebut nama musuh politik mereka dalam ceramah mereka.Mereka sebut secara umum.Mereka tidak mencerca.Bahkan mereka menjawab dari sudut Alquran dan sunnah nabi.Mereka menyebut secara umum dan tidak melampau.Sebab itu tok guru boleh menyokong penuh Zaid Ibrahim dalam pilihan raya Ulu Selangor sebab tok guru tak pernah menyebut komen pribadi Zaid dalam ceramahnya semasa mereka berlainan parti.Pas tidak buka kisah peribadi Zaid semasa pilihan raya Kota Baru semasa Zaid dalam umno walau pun cerita itu diketahui oleh pihak PAS. Pas tidak menyerang peribadi Zaid. Sebab itu kita selamat dalam keadaan ini, bila kita pegang kepada kata-kata hikmat tok guru ini.Ingatlah kita nak selamat di akhirat!Nanti menyesal pula di sana dan tiada gunanya!
Kalu dapat elaun...
Elaun Haram!
Sebab menyokong & membantu golongan haram...
Wallahua'lam.
perjuangan bukan berlandaskan fikrah. Cakap tak serupa bikin. Saya banyak vcd ucapannya tak ada masa nak upload kat youtube
Anon 4/28/2010 4:37 PM , Ni politik cara Cina (bukan cina islam).. Yang penting untung, peduli apa dengan maruah.
Anon 4/28/2010 6:55 PM, Apa nak diherankan, dlm DAP pun ada kisah yg sama bila seorang ahli yang baru sgt mendaftar telah "dilantik" ke jawatan VP dan seterusnya menjadi senator dlm jangkamasa yang singkat. Dlm PKR pulak seorg ahli yang baru masuk dan dikenali satu masa dulu sebagai seorg yg busuk dlm berpolitik, tetiba dicalonkan dlm PRK dan mengetepikan pejuang2 sejati yang dah lama berhempas pulas.. Dlam Gerombolan malas lah nak ulas.. Tp hakikat politik dlm dunia dekuasai kapitalis zaman ni ialah, siapa cepat dia untung...
Anon 4/29/2010 7:04 AM Setuju dengan anda, bila bersengketa janganlah berlebih2an. Harap penyokong PAS janganlah jd keterlaluan, supaya perjuangan kita lebih diredhoi..
Tahniah UMNO dan PERKASA. Menang sorak kg tergadai. tak pasai-pasai MIC dapat kota senator... well done
wahai kuda perang....yg bercerita pasal kotak ini bukan ezam tapi anuar ibrahim. pasal apa nk marahkan dia. Kau orang ini kalau tak menyebelahi kau orang semua kata tak baik. Nanti jika nik aziz sokong bn pun mungkin kau orang akan kutuk dia.........masyaallah..........
ezam dapat senator...
palanivel mungkin dapat jadi menteri...
KAMALnathan dapat jadi ahli parlimen..
melayu UMNO Hulu selangor... dapat apa ?
sampai bila nak jadi bodoh... guna akai la...
wahai tanpa nama (5/01/2010 4.22 am) Melayu selangor...dapat apa? Bagaimana pula dengan melayu pulau pinang yang diperintah oleh DAP? Melayu Pulau Pinang dapat ape pulak? Habuk pun tarak..............jangan suka2 komen kalau tak tahu fakta..........wallahualam..........
Selalu selalulah pergi ke masjid ikuti tafsir al-Quran. Kemudian kita nilai tindakan politik di negara kita. InsyaAllah kita dapat menilai banyaknya perkara tak betul dilakukan oleh org yg berkuasa, terutama UMNO. Org PAS pula kena tahan penderitaan yg telah lama ditanggung. Inilah perjuangan. Memang kadang kala kita tak tahan sgt dgn kaum UMNO ni... tapi kena sabar dan bertawakkal.
Catat Ulasan