27 April 2010

Adun Bukit Lada dilantik Timbalan Speaker Dun Kedah

12 Jamadil Awal 1431H.

ALOR SETAR, 26 April: Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedah meluluskan perlantikan Adun Bukit Lada, Ahmad Izzat Shauki (gambar) sebagai Timbalan Speaker Dun, hari ini.

Perlantikan Ahmad Izzat dicadang oleh Adun Sungai Limau yang juga Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan disokong oleh Adun Pengkalan Kundor, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi dan diluluskan dengan sebulat suara.

Rombakan barisan Exco Kedah baru-baru ini menyaksikan penyandang jawatan tersebut, Adun Ayer Itam, Abdul Ghani Ahmad telah dipilih untuk menganggotai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah.

Pilihan raya umum yang lalu menyaksikan Ahmad Izzat memenangi kerusi Dun Bukit Lada apabila menewaskan Datuk Ariffin Man dari Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 208 undi.

Pada ketika ini, Pakatan Rakyat menguasai 20 kerusi di Dun Kedah, manakala BN (13) dan Bebas (dua).

Satu lagi kerusi, iaitu Kota Siputeh masih kekal kosong berikutan Adunnya hilang kelayakan kerana melanggari Undang-undang Tubuh Kerajaan Kedah pada Ogos tahun lalu.

Harakahdaily/-

Tiada ulasan: