27 April 2010

BN menang biasa, kalau Pakatan Rakyat menang luar biasa.

11 Jamadil Awal 1431H..

Barisan Nasional telah disahkan menang kerusi P 094 Parlimen Hulu Selangor dengan majoriti 1,725 undi berbanding 198 majoriti yang diperoleh calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Pilihan Raya Umum 2008 lalu.

BN yang diwakili P. Kamalanathan memperoleh 24,997 undi, sekali gus menewaskan calon Pakatan rakyat , Datuk Zaid Ibrahim yang memperoleh 23,272 undi.Secara umunya saya tegaskan bahawa kemenangan BN adalah sesuatu yang biasa yang sewajarnya boleh dicapai dengan kerahan seluruh jentera parti dan kerajaan untuk menghadapi PKR dan pakatan Rakyat yang cuma menggunakan jentera parti sahaja.

Bayangkan dalam masa sesingkatnya sebanyak RM 64 juta projek ditawarkan sebagai modal kempen BN . Saya tidak pasti dari mana peruntukan itu diambil sedangkan jumlahnya itu cukup besar bagi sebuah parlimen dalam keadaan kerajaan kononnya ditekan oleh PM 1Malaysia supaya berjimat.

Logiknya Hulu Selangor boleh bertukar menjadi sebuah kawasan yang lebih maju dan baik dari parlimen lain kalau masa kempen lebih lama lagi. Tentunya bukan 64 juta tetapi lebih dari itu kerana setiap hari kempen BN berlaku terhamburlah tawaran projek dan janji-janji manis dari BN.

Selain itu walaupun BN nampak sibuk juga diwaktu malam berkempen namun sebenarnua semua saluran TV telah menjadi bahan kempen yang paling efektif untuk penduduk di Hulu Selangor.

Kehadiran jumlah yang ramai dalam setiap ceramah Pakatan Rakyat tidak boleh dijamin adakah mereka yang hadir itu adalah pengundi. Namun kempem BN melalui radio dan TV sampai kesemua rumah penduduk tidak mengira siapakah mereka.

Semua tawaran dan kononnya kebaikan BN diwar-warkan setiap saat di radio dan TV, sedangkan sebaik manapun kebaikan yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat dipersenda dan dinafikan maklumat sebenar oleh media.

Itupun BN cuma menang tipis dengan jumlah pencapaian sebenar yang pernah dicapai pada satu masa dulu sehingga calonnya boleh menang dengan majoriti lebih 10,000.

Sebab itu walaupun Najib menyifatkan kemenangan parti itu dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor hari ini sebagai satu "perubahan besar." dan keputusan pada kali ini bererti sudah ada peralihan sokongan kepada BN.

Namun saya tegaskan bahawa Hulu Selangor sebenarnya adalah bukti bahawa BN masih ditolak oleh rakyat. Jumlah kekalahan tipis calon PKR membuktikan jentera PKR dan Pakatan Rakyat masih berbisa dan satu ancaman yang besar kepada BN.

Maka saya tegaskan bahawa satu fenomina biasa dengan kemanangan calon BN namun jangan mendabik dada dengan kemenangan itu kerana rakyat Hulu Sealngor mulai hari ini sedang menunggu janji-janji yang ditabur di situ.

Ditunaikan atau tidak bukan soal kami tetapi BN sesungguhnya menghadapi suasana yang lebih sukar dalam piliharaya kecil di Parlimen Sibu pada bulan hadapan. Apa pula kata BN kalau di kalah ditempat dia menang . Kita tunggu dan lihat episod berikutnya.

DRS. KHALIL IDHAM LIM
ADUN TITI SERONG.

16 ulasan:

PAS TAMAN PAYA JARAS PERMAI berkata...

Ulasan kekalahan di Hulu Selangor

Sememangnya kekalahan adalah sesuatu yang memeritkan. Namun begitu anggaplah ia sebagai satu pengajaran dan peringatan agar jangan leka dan lalai dengan kemenangan yang telah dikecapi. Dalam hal ini pastpjp telah menjangkakan kekalahan dipihak PR atas beberapa faktor:

1. Isu hindraf

Kekalahan besar BN dlm pilihanrya 2008 adalah disebabkan kemarahan masy India atas penahanan beberapa aktivis hindraf di bawah ISA. Demi mendapatkan kembali sokongan masy India, Najib telah membebaskan mereka dan memberi layanan yg baik terhadap mereka. Keadaan ini berjaya mengembalikan sokongan masy India terhadap BN. Jadi, mereka sudah tiada isu yang perlu dipendamkan untuk memusuhi kerajaan BN.

2. Isu 3 ADUN

Seperti yg sedia maklum ketiga-tiga ADUN dlm P094 adalah dikuasai oleh BN dgn majoriti yg cukup selesa iaitu lebih 6000 undi. Atas alasan itulah Muhyidin menjangkakan kemenangan adalah sekitar jumlah tersebut. Kemenangan PKR dlm pilihanraya yg lalu adalah protes rakyat Hulu Selangor ke atas Palanivel. Ini kerana lebih 1400 undi yg rosak. Itu adalah jumlah yg cukup besar. Namun sekarang undi itu sudah kembali ke pangkuan mereka.

3. Isu PKR

Isu ini adalah cukup getir dan perit untuk diatasi oleh PKR. Dgn lompatan oleh Zahrain, MP Nibong Tebal, Kulim Bdr Bharu serta yg paling terkesan ialah Dr Halili Rahmat selaku anak jati Hulu Selangor telah menghakis kepercayaan rakyat Hulu Selangor terhadap kepimpinan DSAI. Keadaan ini mencalarkan maruah serta integriti PKR selaku parti tunjang di Selangor. Ditambah dgn asakan yg cukup hebat oleh Najib selaku Pengerusi UMNO di Selangor.

4. Isu Calon

Pembunuhan karakter yg keterlaluan oleh BN melalui kempen mereka telah mencalarkan imej Zaid selaku calon PKR. Ini telah menjadikan pengundi2 melayu di kwsn FELDA tidak memberikan undi yg cukup baik kepada Zaid. Apatah lagi paparan peribadi Zaid sebelum ini telah membuatkan org2 melayu FELDA tidak mengundi beliau (sdgkn pemimpin UMNO yg masih bergelumang dgn najis arak mereka tak sedar)


5. Isu Rasuah Pilihanraya

Kesungguhan Najib begitu ketara apabila berjaya 'mengebom' penduduk Hulu Selangor dgn habuan wang yang cukup besar di saat2 akhir. Ditambah dgn bantuan mahathir (lidah bercabang) itu telah mengembalikan nostalgia org2 lama terhadap UMNO. Fenomena ini berulang dgn apa yg mereka lakukan ke atas penduduk Manik Urai. Bygkan drp 1400 undi majoriti dlm PRU 2008 telah menyusut kepada hanya '56' undi shj dalam PRK 2009. Sdgkan kawsn itu telah dperintah sejak 20 tahun yg lalu oleh PAS...jadi tak hairanlah dgn apa yg telah berlaku di Hulu Selangor.

6. Isu SPR

Badan yg dianggap tidak 'menyebelahi' mana2 pihak ini adalah juga faktor penyumbang kepada kekalahan PKR. Melalui pemindahan 14000 pengundi ke kwsn lain telah memberikan ruang yg cukup luas kpd UMNO untuk mengekalkan undi mereka dlm PRK ini. Ini dapat dilihat melalui usaha2 yg cukup terancang dlm memastikan kemenangan kepada BN.


Namun begitu, kalau ditinjau undi yg diperoleh PR tidaklah semakin kecil tetapi semakin bertambah...

2008(23,177) - Zainal Abidin Ahmad
2010(23,272) - Zaid
Bertambah 95 undi

Jadi bukanlah rakyat tidak menyokong PR tetapi pertambahan undi tidaklah sebanyak undi BN. Apatah lagi undi rosak pun sudah 731 berbanding tahun 2008 adalah 1461 undi

Apa-apa pun pastpjp berharap agar PR bekerja dengan lebih keras lagi untuk memenangi hati rakyat..mungkin apa yg dilakukan selama ini masih belum mencapai apa yg dinginkan oleh pengundi.

sekian...

MIBU BULAN. berkata...

Faktor kekalahan PKR.....
Undi POS.....
Undi Mulayu di kawasan Felda...
Walaupun menang BN hilang keyakinan Pengundi Cina
Pengundi India hanya sedikit peningkatan.....
Yang lebih menakjubkan.....
Mereka telah "MEMELAYUKAN KAMALANTHAN".... disaat kemenangan Kamalanathan tidak ada seorangpun pemimpin MIC ada bersama..... Yang kelihatan PM,T/PM...Rais Yatim.....

Tok Puntum berkata...

Jelas sikap majoriti orang melayu yang gagal berfikir secara rasional. Orang melayu sanggup berbelanja di kedai runcit kaum lain yang bukan islam sedangkan ada kedai runcit melayu di kawasan yang sama semata-mata kerana kedai melayu itu terjual satu barang yang mahal lima sen berbanding kedai lain atau mungkin tokeh kedai melayu tersebut terlupa nak senyum pada mereka. Atas sikap inilah mereka memberi undi kepada bukan islam kerana gagal memaafkan dosa lama calon melayu islam yang sudah bertaubat. Secara sedar atau tidak sedar mereka ini bertindak melebihi penciptanya, Wallahualam.

Tanpa Nama berkata...

Inilah hakikatnya...

Pihak yang membela rakyat, ditolak oleh rakyat...

Pihak yang inginkan rakyat untuk membela mereka, disanjung dan diangkat oleh rakyat....

Jikalau semua pihak pembangkang and pihak kerajaan berpakat dan bersatu, padan muka rakyat? "Agihan atasan saja"

Tanpa Nama berkata...

isu ke 7...
org felda memng suka didungukan BN...
depa x pernah srik...

Tanpa Nama berkata...

semua points yang dijelaskan oleh pas taman paya
ditambah yang kita lani lawan israeel ...
dan masih lembab lagi orang melayu dan
orang india yang mudah dibeli ...
dan bagi zaid brahim kepayahan skit
untuk jadi pembangkang dan pejuang

Tanpa Nama berkata...

apa yang berlaku sebenarnya beribu pengundi PKR telah dikeluarkan dari daftar pengundi oleh SPR dengan UMNO

Tanpa Nama berkata...

Gerakan BERSIH harus digerakkan semula sebelum PRU13, jangan biar SPR bermaharajalela dengan UMNO

Tanpa Nama berkata...

Ya Allah...Engkau bukakanlah hati dan minda orang Melayu terutama di kg2 tak kira dimana jua agar mampu dan dapat membezakan yang mana Jahat dan yang mana Baik yang sebenarnya.Amin Ya Allah

Orang Melayu terutama di kg teruk sgt nie.....ishkh3x :(

Tanpa Nama berkata...

Syabas.... Para pengundi P 094 kerana memilih 'Be End'. Kalian memang pengundi bijak... Nantikan pembangunan/habuan 'janji pilihan raya' Next PRU kasi balik PKR...

Tanpa Nama berkata...

Barang kali kita telah kurang bermunajat kepada Allah setelah mencapai kemenangan demi kemenangan, menyebabkan Allah memberikan sedikit peringatan dengan kita. Jadi ambil ikhtibar dari Surah At Taubah 25-26 bagi kita menghadapi siri-siri pilihanraya di masa hadapan. Kita boleh berusaha namun yang menentukan kemenangan yang muktamad adalah Allah, jadi sentiasalah kita mengingatiNya.

Sewajarnya kita menang di Hulu Selangor, namun Allah menangguhkan kemenangan ini agar kita mengambil iktibar tentang kelemahan-kelemahan yang masih miliki selain mahu kita terus bermunajat untuk memperolehi pertolonganNya.

Kita wajar meminta alim ulama (cth: TGNA) untuk menyeragamkan amalan kita dalam memohon kemenangan di PRU 13 dari Allah. Sebagai contoh, permintaan TGNA untuk ahli-ahli untuk membaca surah tertentu semasa Kelantan menghadapi saat getir kehilangan kuasa dalam PRU dan ketika PRK Manik Urai.

Sememangnya kita tak mampu mewujudkan kekuatan seumpama tentera Sultan Muhammad Al Fateh mahupun Ahli Badar, namun jika kita ikhlas, insyaAllah Allah akan membantu memberikan kemenangan seperti yang diberikanNya dalam PRU 12.

Tanpa Nama berkata...

pengundi p94 cerdik. kenapa dinafikan kemenangan mereka. adat bertanding ade menang dan ade kalah. yang kalah terimale hakikat mereka tak diperlukan.

Tanpa Nama berkata...

ikut akal aku yang bodoh ni ,,,nak tanya sikit ..mai kot mana undi yang banyak undi BN tu kalau dah ramai orang cina undi PKR...takat melayu tak kan depa boleh menang kot,,...undi hantu ka pa...!!!!

memang sah hantu...

Shahnizat bin Sakiran berkata...

Jangan salahkan orang. Cuba muhasabah diri dulu... Kita ni demokrasi. Janganlah dikutuk orang yang tak pangkah pkr. Cuba letak calon pas, belum tentu orang cina sokong.. Cina Islam mungkin sokong la.

Cuba berlapang dada kenapa kalah... Pkr tak kemana-mana tanpa PAS. Begitu juga PAS takkan kemana tanpa PKR dan DAP. Sudahnya nanti jadi BN versi PR...

Tanpa Nama berkata...

Kita juga jgn marahkan kepada pemikiran melayu yg masih sempit semata-mata kerana sudah ramai melayu yg dah mula sedar dan bebas mindanya...

Persoalannya sistem pengadilan jenis apa yg kita pakai bagi mencari pemimpin?

Sedar tak kita bahawa kita dipaksa utk menerima pemimpin yg jahil yg sememangnya tidak layak menjadi pemimpin dgn cara pengadilan yg ada skrg...

PR kuasai sokongan tapi mereka kuasai sistem...

PR perlu fikir bagaimana utk menyelesaikan masalah ini, kalau tidak PR tetap akan begitu dulu, kini dan selamanya...

Tanpa Nama berkata...

yang ada kesilapan lalu depa tak mau pangkah, yang dok sentiasa sah2 dok begelomang dgn air setan depa dok undi plak,sapa dok undi BN memang la bengap..