Kegagalan Timbalan Presiden MIC Datuk G Palanivel untuk hadir di majlis pengumuman calon BN P Kamalanathan mencetuskan persoalan sama ada beliau kecewa kerana tidak terpilih mewakili BN.
Ketika Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Kamalanathan sebagai calon BN Hulu Selangor, tidak kelihatan langsung kelibat Palanivel yang sebelum ini disebut-sebut akan dipilih.
Seorang lagi pemimpin MIC yang turut dispekulasikan V Mugilan bagaimanapun hadir dan bersalaman dengan Kamalanathan.
Ditanya berhubung perkara itu, Muhyiddin yang juga timbalan pengerusi BN mengakui bahawa Palanivel mungkin “sedikit kecewa”
“Mungkin beliau ada tugas lain atau sedikit kecewa. Kalau kita sendiri pun, mungkin ada perasaan sebegitu,” katanya dalam sidang media selepas mengumumkan pilihan BN di hadapan kira-kira 1,000 penyokong di Bukit Beruntung.
Muhyiddin juga berkata, beliau mahu Palanivel terus membantu bagi memastikan kemenangan BN di kawasan parlimen tersebut. Malaysiakini/-

4 ulasan:
ada ,,,saya nampak dia yb...tapi muka chong aje
mANA Palanivel?
Ada! Tak pi mana pun. Dok pening kepala, tidoq tak lena. Angguk dak geleng pun dak. Lama2 kepala pun teleng!
Biasa la tak terpilih mesti sedih...TPM pun akui..ini pun nak posting ke...tak de isu lain ke YB...perjuangkan isu rakyat..jadilah wakil rakyat berhikmah..menang pun bukan selalu...guna sebaik mungkin amanah ini...
kenapa la terus trg benor jawapan TPM tuh...kot ye pun cover2 skit ler..x yah ler ckp Planivel tuh kecewa ke hapa..nmpk sgt x profesionalnye..
Catat Ulasan