16 April 2010

ZAID IBRAHIM KAYA TAPI TIDAK BERBOHONG

1 Jamadil Awal 1431H
Oleh: WFAUZDIN NS

MEMANG benar calon PR Dato' Zaid kehidupannya tentu lebih selesa sedikit daripada Adun PAS Manek Urai yang dahulunya seorang penjaja atau pemborong ikan. Lumrah manusia, ada yang kaya dan ada yang miskin tetapi kekayaan Dato' Zaid seperti yang mereka perkatakan tidak sampai sehingga tersenarai 10 terkaya di Malaysia. Siapa jutawan Melayu yang tersenarai di dalam 10 terkaya itu? Jika hendak tahu tanyalah Najib kerana saudara sedarah sedagingnya ada di senaraikan.

Masalah apanya jika si kaya atau si miskin menjadi calon untuk memperjuangkan rakyat? Apa yang penting mereka tidak menambahkan kekayaannya atau memakan hasil dari sumber yang haram, mencekik darah rakyat atau mementingkan diri sendiri. Saya memuji sikap berani Dato' Zaid yang mencabar Muhyiddin dan juga seluruh menteri kabinet Bn untuk menyenaraikan kekayaan atau harta masing-masing untuk menentukan siapa sebenarnya yang kaya melalui jalan haram. Sebelum ini Muhyiddin memberi alasan bodoh dengan menyatakan pemilihan Dato' Zaid adalah kerana kekayaannya bukan disebabkan ketokohannya.

Kita juga mempertikaikan mengapa sanggup dan tergamaknya Muhyiddin `menipu' rakyat di Hulu Selangor? Beberapa hari sebelum ini Muhyiddin telah menyatakan bahawa calon dari Bn yang pastinya anak tempatan. Tiba-tiba petang tadi beliau mengumumkan P. Kamalanathan sebagai calon Bn. Awal mula pertama mula Muhyiddin telah berbohong. Baca di sini.

Apakah rakyat di Hulu Selangor masih percaya kepada semua janji Muhyiddin beberapa hari kebelakangan dan yang akan datang ini? Jika Muhyiddin menganggap Dato' Zaid seorang yang kaya, ini bererti Muhyiddin seorang `miskin'. Mana lebih mulia, orang kaya yang jujur dan tidak berbohong daripada si miskin yang suka berbohong? SEndiri jawablah. / wfauzdin.blogspot.com

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

'Si miskin' itu mendekati KEKUFURAN.

Admin berkata...

Benar, kami menyokong artikel ini!

akulajuki berkata...

umno dengan bohong ni berkait rapat. kalau tak pandai bohong dan menipu mana boleh jadi umno. Dato' Zaid Ibrahim yang keluar umno tu pasal tak pandai nak bohong dan menipu ler. Satu lagi Dato' Zaid ialah manusia yang tak sanggup nak tipu diri sendiri.

Tanpa Nama berkata...

sekarang ini kalau tak menipu bukan pemimpin UMNO

Tanpa Nama berkata...

SALAM,

MASIHKU INGAT PILIHANRAYA KAT MANEK URAI ISU ROYALTI PETRONAS...PAS CAKAP DUIT ROYALTI UNTUK RAKYAT, UMNO KATA WANG EHSAN UNTUK RAKYAT...
YG MANA SATU BETOL?

MUHYIDDIN AKHIRNYA BERJANJI NAK BAWA CEO PETRONAS UNTUK MEMBERITAHU HAL SEBENARNYA KEPADA RAKYAT SAMA ADA WANG ITU PATUT DI GELAR WANG ROYALTI ATAU WANG EHSAN...

TUNGGU PUNYA TUNGGU KETIKA ITU(WAKTU ITULAH) KINI DAN MUNGKIN AKAN DATANG, CEO PETRONAS KEMANA, JAMBATAN KE MANA, SEMUA JANJI2 ENTAH KEMANA...SEMUA NYA BOHONG-MENIPU RAKYAT...

TAPI RAKYAT SEKARANG BEZA DGN RAKYAT DAHULUKALA, KITA AKAN INGAT SAMPAI MATI DAN KITA AKAN TUNTUT...

BERANI KERANA BENAR, BANYAK BOHONG SEBAB TU TAKUT NAK BAWA CEO PETRONAS BERI PENERANGAN TU...

Tanpa Nama berkata...

Salam dr dlm Gua Bkt Putus, G.Semanggoi.

Jin said: " Boss! kesat ayaq mata tu...!".

" Aku bukannya apa, Jin. Cuma kesal dgn apa yg dok jadi la ni. Hg tau dak, ramai sgt org2 kita yg susah. Bukan depa malas. Cuma, suma peluang nak idup org lain kebas. Yg dok kebas pulak, bukannya org susah. Org kaya!, berkedudukan, bina pengaruh dgn duit. Dah la ekonomi dpt kat depa, politik pun depa sapu. Tak kira pemerintah ataupun pembangkang. Depa suma tengok kat kita pada masa hari ngundi saja".

"Miskin macam kita, bole jadik calon ka, Boss!".

"Hg tunggu sampai kiamat pun, tak mungkin Jin!!".

Tanpa Nama berkata...

Tengoklah muka siZaid yang mencebik tu. Rakyat Kota Bharu pun tidak menghiraukan dia. Kesian rakyat Hulu Selangor. Dapat sisa!

shaiful berkata...

pakatan pertahan zaid minum arak.itu dulu katanya.tp saya masih ingat ketika pilihanraya bagan pinang, tan sri isa dihentam hebat oleh pembangkang kerana isu rasuah.saya ingin bertanya pakatan.apa beza arak dengan rasuah?adakah arak lg mulia pada rasuah?.adakah taubat zaid diterima tetapi taubat tan sri isa tidak diterima?inilah kuasa Allah sbnrnya.apabila kita mengaibkan org akhirnya kita diaibkan.