25 April 2010

Hulu Selangor : Gelangang telah dibuka, rakyat tentukan siapa pemenangnya hari ini .

10 Jamadil Awal 1431H.

Tempoh berkempen yang telah tamat pada jam 12 malam tadi menyaksikan suasana kempen paling buruk dalam perkiraan saya sebelum dari ini. bayangkan sebagaimana kita maklum Barisan Nasional sejak awal menggunakan serangan peribadi kepada calon Pakatan Rakyat sejak calon kita ZAid Ibrahim di umumkan.

Tindakan yang disifatkan oleh Tok Guru Nik Aziz sebagai tindakan orang bodoh itu adalah gambaran yang membuktikan BN sudah sangat terdesak dan bimbang dengan gelombang Isu yang dibentangkan oleh penceramah Pakatan Rakyat.

Seperti yang dijangkakan BN telah semaksima mungkin untuk membelanjakan wang dari kocek wang rakyat untuk dijadikan umpan untuk menarik undi di Hulu Selangor. Satu tindakan yang biasa berlaku setiap kali PRK.

Dalam keadaan semua badan adan agensi kerajaan diarahkan berbelanja dengan berhemat , saya tidak pasti dari manakah wang yang turun ke Hulu Selangor.

Selain itu jani-janji manis yang BN taburkan tidak kurang rancaknya. Mee segera yang disifatkan membazir oleh pemimpin UMNO sebelum ini sudah dilupakan malah datang dengan lebih banyak jenama dan perasa.

Terkahir BN memancing undi untuk pengundi di Felda Sungai Buaya dengan Najib Razak, berkata bayaran pendahuluan RM 1000 yang melibatkan peruntukan keseluruhan RM5 juta kononnya akan menamatkan penantian 15 tahun bekas peneroka Sungai Buaya dan waris mereka berhubung isu pampasan tanah tertunggak. Najib berkata bayaran itu diberi dalam bentuk RM1,000 tunai dan bakinya RM 49,000 dalam bentuk bank draf.

Tidak kurang janji BN dengan lebuhraya bertingkat .Pembinaan projek pembinaan persimpangan bertingkat Sungai Buaya di Lebuh Raya Utara-Selatan yang menelan belanja kira-kira RM85 juta, didakwa oleh Menteri Kerja Raya sebagai projek lazim bagi kerajaan dalam usaha menyediakan kemudahan asas kepada rakyat.

Itulah antara kempen-kempen pembangunan yang BN tawarkan kepada rakyat. Namun kerana BN tidak yakin dengan penerimaan rakyat dengan politik lama itu, kerana itulah isu peribadi Zaid terus menerus dimainkan oleh BN .

Apapun pengundi di Huliu Selangor saya kira sangat arif dan matang dalam perkara ini. Kempen Pakatan Rakyat telah mampu melonjakkan jumlah undi sehingga saya jangkakan dapat memenangkan calon pakatan Rakyat.

Rakyat Hulu Selanmgor sudah sangat insaf dan sedar dengan pembohongan dan dosa BN dan UMNO. Tambahan pula calon BN Kamalanathan tidak mampu menampilkan Imej sebenar sebagai tokoh yang mampu membela rakyat Hulu Selangor.

Kelmarin Zentrum Future Studies Malaysia memberikan 78 peratus undi Cina memihak kepada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya ini. Kajian Zentrum menunjukkan 61 peratus masyarakat Melayu memilih BN manakala sokongan kaum India adalah sebanyak 54 peratus.

Hasilnya, badan yang dipimpin oleh Dr Abu Hassan Hasbullah ini menjangkakan PKR akan menang dalam pilihan raya ini dengan mendapat 51.7 peratus dan BN 48.3 peratus. Ini keputusan pada dua hari sebelum mengundi iaitu pada 23 April.

Sebelum itu, Zentrun memberikan kemenangan kepada BN antara 63 hingga 54 peratus sehingga pada 23 April kajian Zentrun menunjukkan PKR akan menang.

Kempen malam tadi diakiri dengan kehadiran dan doa dari Tok Guru Nik Aziz, dua hari suntuk beliau berada di sini untuki membantu calon Pakatan Rakyat. Kesan dan lonjakan undi dengan kehadiran ini tidak dapat dinafikankan dan mungkin boleh mencapai jumlah 5 pratus hingga 10 pratus.

Kalau benar kajian dan jangkaan saya diatas, InsyaAlah Calon pakatan Rakyat kan ditabalkan sebagai Wakil Rakyat baru sebelum lewat malam ini.

DRS. KHALIL IDHAM LIM
ADUN TITI SERONG.

22 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

insyaallah BN akan tumbang dinmalaysia, dasar BN rakyat mampus dahulu, pemimpin UMNO kaya raya

Tanpa Nama berkata...

SPR adalah UMNO dan UMNO adalah SPR, penipuan daftar mengundi berleluasa

Tanpa Nama berkata...

Rakyat perlu tolak BN tanda penolakan terhadap penindasan UMNO dengan insuran, minyak dan kos hidup yang mahal

Tanpa Nama berkata...

insyaallah pemuda menolak penuh BN, ramai siswazah menganggur era najib

Tanpa Nama berkata...

rakyat mengutamakan pakatan rakyat sejak rampasan kuasa di perak, BN nak tipu daftar pengundi supaya boleh menang, tapi BN tak mampu melakukan dalam PRU13

Tanpa Nama berkata...

TGNA menyokong penuh pemilihan zaid sebagai calon yang bertaubat dan insaf, BN masih masih makan wang rakyat lagi

Tanpa Nama berkata...

peluang cerah menunggu untuk menumbangkan BN diputrajaya, insyaallah BN akan terhapus

Tanpa Nama berkata...

PKR sedang mendahului di hulu selangor, sama-sama kita doakan rakyat dan orang yang dizalimi terbela dengan tumbangnya BN

Tanpa Nama berkata...

Orang muda jangan undi BN, apa BN bagi kepada pemuda hanya sedikit imbuhan masa nak pilihanraya, lepas pilihanraya makan angin keluar asap

Tanpa Nama berkata...

UMNO ketanduasan idea menyerang peribadi zaid, kalau zaman awal islam sahabat nabi s.a.w. pun diserang UMNO kerana sejarah lalu, UMNO anti umat islam

Tanpa Nama berkata...

jangan sokong UMNO, jangan undi BN, pro yahudi APCO anti islam, majoriti umat islam dalam tahan ISA

Tanpa Nama berkata...

Tumbangkan UMNO dan BN, beri peluang Pakatan Rakyat perintah malaysia, banayk perubahan boleh dilakukan, pesakit tak perlu minta sedekah macam sekarang

Tanpa Nama berkata...

Rasuah berleluasa kerana pemerintah menutup rasuah dikalangan mereka

Tanpa Nama berkata...

UMNO mengkayakan pemimpin, rakyat hidup melarat, insuran makin mahal, saman berleluasa untuk kutip wang kepada BN

Tanpa Nama berkata...

Tahniah kerana PAS menunjukkan komitmen yang tinggi dihulu selangor, PAS pada landasan yang betul untuk memerintah malaysia, jangan biar UMNO penjahanam negara memerintah malaysia lagi, Islam didahulukan

Tanpa Nama berkata...

selagi BN perintah malaysia kehidupan rakyat makin melarat, keluarga najib makin kaya raya

Tanpa Nama berkata...

Calon pilihan UMNO dihulu selangor menentang calon pakatan rakyat

Tanpa Nama berkata...

Tumbangkan UMNO selamanya........

Tanpa Nama berkata...

Dibagan pinang UMNO taja makhal sakhti, nak jatuhkan samy vellu dan MIC

Tanpa Nama berkata...

UMNO mengamalkan perkauman sempit, calon MIC pun mereka nak pilih

abah aman berkata...

InsyaAllah. Takbir!

Tanpa Nama berkata...

"Hanya jauhari mengenal manikam"...
"Sudah terang lagi bersuluh"...

Wahai pengundi khasnya di Hulu Selangor.... sedarlah.... bangunlah.... Beeritakan kepada mereka yang masih terlena bahawa selama ini kita semua telah di gelapkan oleh BN.... bukan sehari bukan 15 tahun tapi telah lebih 50 tahun....

"UNDI ANDA PENENTU MASA DEPAN ANAK-ANAK ANDA"