25 April 2010

Jadikah debat pada malam ini ?

9 Jamadil Awal 1431h.

Kelmarin Naib Presiden PKR Azmin Ali mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berdebat dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini, sekali gus mengesahkan ura-ura program tersebut yang diiklankan melalui kain rentang di pelbagai tempat.

Debat Datuk Seri Anwar dan Najib di laporkan mendapat permit polis sudah dapat. Namun menjadi persoalannya sekarang adakah debat itu jadi dan Najib atau wakilnya datang malam ini pada jam 9.00 malam ditempat seperti yang ditetapkan.

Najib dipersilakan hadir dengan membawa penyokongnya di stadium mini Kuala Kubu Bharu bagi berhujah tetang kewajaran kerajaan melantik Apco Worldwide sebagai firma perunding kepada kerajaan Malaysia.

Hebahan media mengenai program kempen calon PKR Datuk Zaid Ibrahim pula menunjukkan Anwar, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Zaid akan juga hadir pada ceramah di situ.

Bagaimanapun, seorang pegawai pejabat perdana menteri dilaporkan menafikan Najib akan menyertai majlis debat itu.

Sementara itu, Setiausaha Agung PKR ketika ditemui pada ceramah yang sama di Sungai Buaya berkata, walaupun tiada sebarang surat rasmi dihantar bagi menyatakan cabaran itu, ia sudah cukup untuk “berkomunikasi” dengan Najib.

“Saya percaya Najib pun tidak masuk pejabat sekarang,” katanya ketika ditanya tentang cabaran yang hanya dibuat melalui pentas ceramah dan kain rentang sahaja

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

AllahuAkhbar

Ledang72 berkata...

Takkan najib berani nak debat psl APCO ni, dia kena bwk Enud Barak dan Shin Bet le klu dia nak debat isu ni dengan DSAI. Rosmah lak dah gi cuti kt Paris sbb rambut dia kn simbah air di Hulu Sgor. Jangan harap najib ni

si luncai berkata...

mane najib berani, tak teloq punya PM

Tanpa Nama berkata...

Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
Haram jika kita bersahabat dengan Azazil,Syaitan dan Hantu kerana mereka akan sesat akidah Islam kita tapi Halal disisi Islam (pendapat pemimpin UMNOBN APCO) kalau kita bersahabat dengan Israel APCO kerana orang orang Yahudi Israel APCO akan membantu menjana ekonomi Malaysia .Kerana itu Kerajaan pimpinan 1 Malaysia mengajikan Yahudi Israel APCO kalau tidak rakyat Malaysia akan mati kelaparan kalau tidak dapat bantuan kebijaksana Yahudi Israel untuk menjana ekonomi Malaysia.hj jamaludin

Tanpa Nama berkata...

UMNO ni mana la berani debat...kat mana pun debat pasti kalah...dasar pengecut..

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih Hj Jamaludin @ tanpa nama (24/4/10 1:18 pm). Begitulah iman yang dianuti pihak-pihak umno. Apa juga bawaan dari ketua-ketua semua betul, same je mereka-mereka ni dengan jahiliah sebelum Islam.