22 April 2010

Keputusan Hulu S'gor diketahui 11 malam

6 Jamadil Awal 1431H.

Keputusan pilihan raya kecil bagi kerusi parlimen Hulu Selangor dijangka diketahui 11malam, kata Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar dalam satu kenyataan pada hari ini..

Bagaimanapun katanya, perkara itu bergantung kepada pelbagai faktor termasuk semua 136 peti undi tiba di pusat pengiraan mengikut jadual iaitu 9 malam.

"Sekiranya semua 136 peti undi tiba di pusat pengiraan pada 9 malam maka kita jangka dapat umumkan keputusan itu 11 malam.

"Tetapi kita tak dapat pastikan sebab mungkin akan berlaku pengiraan semula undi di pusat pengiraan undi," katanya kepada pemberita, di Hulu Selangor hari ini.

Wan Omar berkata undi pos untuk pilihan raya kecil itu juga telah diagihkan kepada pasukan polis dan tentera dan mereka yang terlibat akan mengundi pada esok dan Jumaat ini.

Proses membuang undi pos akan dijalankan di ibu pejabat polis daerah dan kem tentera di Kuala Kubu Bahru, katanya.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kita pakat kempen agar undi pos dikira selepas prosess penbuangan undi pada hari tersebut juga, tak perlulah ada orang tolong pangkahkan,,,setuju tak...