16 Jamadil Awal 1431H.
Tiga orang dari Melayu, Cina dan India yang mendakwa mewakili tiga kaum itu di Selangor membuat laporan polis ke atas ahli parlimen Bukit Gantang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin kerana didakwa menyampaikan ceramah politik yang berbau hasutan semasa kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor
Nizar didakwa membuat hasutan itu semasa berceramah di hadapan masyarakat Cina di Kg Baru Kalumpang pada 17 April lepas dan kenyataan beliau mengenai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa di dalam ceramah itu telah dijadikan video klip dan tersebar di internet
Zulkarnain mendakwa perbuatan menghasut orang Cina di penempatan Cina adalah perbuatan politik yang melampau dan kenyataan yang dikeluarkan oleh Mohamad Nizar itu didakwanya berniat jahat.
Saya kira semua maklum apa itu ceramah dan kempen kalau bukan ajakan dan pujukan, dan dalam bahasa lain dipanggil hasutan untuk mengajak pengundi memberikan sokongan.
Demikianlah yang dilakukan oleh Nizar dan termasuk juga pemimpin UMno yang lain, semuanya ada untuk menarik pengundi di Hulu Selangor.
Namun apa yang diucapkan oleh penceramah Pakatan Rakyat penuh dengan fakta dan bukti untuk menyakinkan rakyat termasuklah kepada orang cina di Hulu Selangor.
Saya kira laporan BN mengenai isi ceramah tidak lengkap bila tidak disekalikan dengan laporan yang sama terhadap semua orang cina yang telah mengikuti ceramah Pakatan Rakyat di Hulu Selangor khususnya ceramah yang dilaporkan. Tuduhlah mereka kerana sudah percaya dengan hasutan.
Yang penting laporan diatas menggambarkan BN sudah sangat terdesak bila kaum cina hampir keseluruhanya sudah mengucapkan selamat tinggal kepada BN. Langkah ini dilihat untuk membendung apa yang dianggap "hasutan" di PRK Sibu pada pertengahan bulan ini.
Semuga semuanya tidak patah semangat dengan lapOran itu dan kerjakanlah usaha untuk menghasut siapa saja bagi memastikan BN cepat ditumbangkan.
DRS. KHALIL IDHAM LIM
ADUN TITI SERONG.

5 ulasan:
Kenapa tak buat laporan sama kat presiden pertubuhan katak samalaya (perkasa) yang menghunus keris serta menghasut semangat kononnya melayu dah tercabar? Ex pemuda umno pun penah buat benda sama masa perhimpunan agong, mungkin sbb itu bukan kempen pilihanraya jd 3 wakil tu tak buat laporan. Apa dah jd dgn minda bangsaku hari ini?
Semuga semuanya tidak patah semangat dengan lapOran itu dan kerjakanlah usaha untuk menghasut siapa saja bagi memastikan BN cepat ditumbangkan
Amin ya rabalalamin.
PERGI JAHANAM DENGAN UMNO!!!
PERSETAN DENGAN BN!
SAMA2 KITA HUMBANKAN MEREKA PADA PRU13 NANTI... INSYAALLAH!
Kalau dah memang biasa buat kerja tak baik/jahat..ada-ada saja hal yang dibuatnya...Itulah kerja orang jahat..! Kita hendaklah menjauhi golongan ini...supaya kita selamat dunia dan akhirat...Takbirrrrrrr...
Salam YB!, tahniah kepada semua kaum cina yang telah bertindak dan mengucapkan selamat tinggal kepada beEnd, tak lupa juga dengan kaum india yang turut sama berubah. Sebahagian melayu bengap yang sukar berhijrah adalah harta bernilai bagi umnoapco/beEnd, sebab kalangan ini adalah golong yang tidak bermaklumat dan jahil murakkab. Kekuatan umnoapco ialah rakyat miskin yang suka menadah, jahil tak boleh menilai buruk baik, berkepentingan (mengharapkan habuan). didoakan semoga golongan ini diberikan hidayah dan lembutkan hati mereka agar dapat mengikuti pengajian kitab dari guru-guru yang murshid, moga-moga dapat merobohkan benting kejahilan yang menguasai diri mereka. Amin, wallahualam.
Catat Ulasan