22 April 2010

Muhyidin masih berkempen dengan cara kotor, persenda kekayaan dan moral Zaid.

6 Jamadil Akhir 1431H.


Pengarah jentera BN di Hulu Selangor yang juga Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yasin masih meneruskan kempen kotornya dengan mempersendakan moral dan kekayaan calon Pakatan Rakyat, Zaid Ibrahim. sebelum ini Muhyidin dikatakan berjanji untuk menghentikan kempen cara berkenaan namun nampaknya dia memang jenis tidak boleh dipercayai.

“Dia tidak merokok, tak minum,” katanya kepada 500 orang pada ceramahnya di Ulu Yam Bharu, semalam apabila bercerita tentang ketokohan Kamalanathan. Satu kenyataan yang semacam ingin menyindir Zaid. namun benarkah dia telah mengesahkan bahawa Kamalanathan tidak minum.

“Seseorang calon semestinya seorang yang tidak membuat perkara yang tidak bermoral, sesuatu yang bertentangan dengan agamanya,” kata Muhyiddin dan ceramahnya itu.

Walaupun berikrar tidak akan berkempen menyerang peribadi calon, Muhyiddin sebelum ini juga telah mempersoalkan kekayaan Zaid.

Mengulas pengumuman PKR yang memilih Zaid sebagai calonnya, Muhyiddin mendakwa bekas menteri itu dipilih kerana kekayaan.

Dakwaan itu menyebabkan Zaid mencabar Muhyiddin bersama beliau mengisytiharkan aset masing-masing.

Kekayaan Zaid sekali lagi ditimbulkan secara tidak langsung oleh Muhyiddin dalam ucapannya semalam apabila beliau berkata Kamalanathan seorang pemimpin yang tidak tahu hidup secara mewah.

“Tidak semua orang di Hulu Selangor hidup dalam kekayaan,” katanya dalam nada menyindir cara hidup Zaid jika dibandingkan dengan kebanyakan pengundi di kawasan itu.

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

PRK yang lepas-lepas si mahyud ni tak pulak serang peribadi orang. Kali ni lain macam aje aku tengok. Dah sesak kot!

Tanpa Nama berkata...

masalahnya mahyudin nak kata kat orang,dia tu bersih ke?,tak minumke?,takmain pempuan ke? same je dia tu

yes berkata...

Yang lain lain dalam UMNO tu bagaimana pula?

Tanpa Nama berkata...

bismillah... nampak tentang arak dihebohkan.. ini isu agama sebab dtk Zaid org islam.... Tapi Kamalnathan tu macam bersih betul.... kalau kata bukan Islam cam ne pula nak sokong... Rasanya Dtk Muhyiddin nak letak isu pendidikan moral/pendidikan Islam... Pukul rata sama. Pakat2 pikir secara ilmiah, rasional dan berhemah.

Mozas berkata...

Uniknya cara Zaid bersukan kuda, jauh berbeza dari Tuanku Mizan dan Tun M! Baca sini:

http://satulimatiga.blogspot.com/2010/04/uniknya-cara-zaid-bersukan-kuda-jauh.html

Tanpa Nama berkata...

apa cerita Ezam enam kotak sekarang ni, asyik jaja enam kotak ja sejak keluar PKR...kotak satu ada katak, kotak 2 ada katak, kotak 3 ada katak, kotak 4, ada katak, kotak 5 , ada katak, kotak 6 ada umno....

Tanpa Nama berkata...

manusia yang bernama umno tu umnolah jugak. bersifat hipokrit sampai ke mati. fikir dulu sebelum memilih parti yang terang2 rasuah dan anti hudud(islam), kaki perempuan dan maksiat, kaki pukul dan entah berapa banyak lagi maksiat dan dosa, menipu rakyat, diri sendiri kaya rakyat dibiar miskin, polisi-polisi yang menguntungkan kroni2 dan poket sendiri, dasar bermuka-muka depan rakyat cakap lain, sama sendiri buat lain, memperalatkan sultan dan raja atas nama ketuanan melayu, mengapi2kan sikap perkauman dengan menakut-nakutkan bangsa lain pada pas dan islam. sanggupkah anda berdepan dengan Allah di akhirat nanti apabila dipertanggungjawabkan atas anda pemimpin yang anda pilih untuk mentadbir negara diberi kepada puak2 ini? Lu fikirlah sendiri.