7 Jamadil Awal 1431H.
Sekembalinya dari lawatan ke luar negara Pengerusi BN yang juga PM 1Malaysia terus turun berkempen di Hulu Selangor. Saya sempat menyaksikan beberapa petikan dari ucapan najib yang disiarkan dalam Berita Pagi di TV 3.
Antara yang tergelak besar bila Najib dengan ucapan bersemangatnya mendakwa ada pihak semasa lawatannya yang bertanyakan mengenai Model Ekonomi Baru (MEB) yang didakwa oleh pemberita dalam bacaan beritanya "barat berminat dengan MEB".
Selain itu dia mendakwa rahsia yang disifatkan ada semua dalam poket yang dia dapat dengan Zaharin dan Zul Nordin yang ikut rombongan bersamanya di US. Saya tidak pasti apakah rahsia yang dimaksudkaannya, dengan katanya biarlah dia sahaja tahu dan orang berkenaan tahu dan Allah yang tahu.
Bagi saya kalau ianya penting sangat, baiklah Najib umumkan rahsia-rahsia itu supaya boleh menjadi bahan penting dan penyebab untuk memenangkan calon BN Kamalanathan. nanti menyesal kalau sudah kalah baru hendak dedahkan.
Namun saya juga yakin Najib juga menyedari banyak rahsianya ada dalam poket pimpinan Pakatan Rakyat. Juga Allah maha mengetahui apa yang kita semua lakukan. kalau secara jujur Najib bercakap tahu rahsia orang lain, apalagi kejujuran sangat dituntut untuk menyedari apa yang pernah kita lakukan dalam hidup ini.
Setiap insan tidak pernah terlepas dari melakukan kesilapan dan dosa, cuma yang penting adakah kita telah insaf dari ketelanjuran itu seperti yang sanggup dilakukan oleh calon Pakatan Rakyat Zaid Ibrahim. Tindakan menyerang peribadi masa lampau beliau menyerlahkan kejujuran beliau dengan mengakui kesilapan itu dan mengatakan dia telah memohon ampun kepada Allah SWT.
Kita tunggu kalau Najib akan bercakap apa yang ada dalam poket nya sebelum pengundian pada 25 April ini. Atau poketnya akan tembus sendiri kerana tersimpan bnayak sangat rahsia peribadi yang selama ini kita tunggu untuk sama-sama bercakap kalau ianya perlu kita cakapkan di Hulu Selangor.

13 ulasan:
Nak tahu jawapan Najib mengenai APCO.
Masihkah kau ingat penipuan najib tak kenal saiful,tak penah jumpa altantuya dan tak 1 malaysia xsama satiu israel. pastu bila oang tunjuk bukti kaleh kenyataan PM ape tu. ketua penipu semua pengikut penipu jangan caya wahai yang ada akal. cari bukti.
Anwar x bukti oang Umno caya.
Apa jadingan Negaraku ni....
Tuan,sya dpt tau anggota polis/tentera yg dah bertukar ke tempat lain dipanggil mengundi (undi pos) hari ini dan esok. Pada PRU 12 yg lepas anggota polis/tentera tersebut mengundi ditempat baru mereka. Tp knapa mereka dipangil lagi mengndi di ulu slangor?? 'UNDI POS HANTU' ? Hrp siasat perkara ni.......
penyokong yahudi memang penipu macam yahudi juga, APCO simpan rahsia besar najib
dedah rahsia altantuya sama, kalau najib berani
dedahkan juga najib pembohong tak kenal altantuya
kakakaka... org barat minat MEB... akakaka..
penipu....
najib cakap dia ada semua rahsia pasai DSAI...
tapi dia dah lupa 1 dunia tahu pasai kes dia..
tunggu pendedahan...
dari Hulu Selangor Pakatan Rakyat ke Putrajaya, insyaallah
kalau BN rasa nak menang takkan najib dan ayam pencen chedet pun turun padang
bukan setakat 1 malaysia, malahan 1 dunia nak ditipu najib
nampak gaya hulu selangor bakal jadi kubur UMNO/BN, insyaallah
dedah nama bomoh umno yang nak jampi masa persidangan dewan perak dulu. mana nama bomoh yang buat sivarasa terlekat pungkoknya pada kerusi speaker sampai kena angkat dengan kerusi sekali.
dedah nama cepat......
ps, kempen sampai sabtu. belum habis lagi daa....
Catat Ulasan