7 Jamadil awal 1431H.
Hazayani Zakaria
KUALA LUMPUR, 21 April: Dewan Muslimat PAS Pusat menyifatkan pemimpin Umno/Barisan Nasional (BN) sebagai 'talam dua muka' apabila bertindak mengungkit segala kisah lampau calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim hanya kerana beliau meninggalkan BN dan menyertai Pakatan Rakyat (PR).
Ketua Penerangannya, Salbiah Abdul Wahab berkata, ternyata Umno/BN sudah ketandusan isu sehinga bertindak meyerang peribadi calon sedangkan mereka tidak akan mempeduli segala sikap buruk seseorang itu apabila ianya berada dalam Umno/BN
"Inilah Umno/BN yang mempunyai talam dua muka. Meludah ke langit sambil ekor bergelumang dengan tahi.
"Kalau yang minum arak, yang membunuh, yang kuat menerima rasuah, yang suka berjudi, berfoya-foya dan segala perangai buruk dan sifat-sifat buruk itu ada pada para pemimpin Umno/BN, tidak mengapa.
"Tetapi kalau sifat buruk ini ada pada calon Pakatan Rakyat pada waktu dahulu, calon ini dibelasah habis," katanya kepada Harakahdaily.
Beliau berkata, para pengundi di Parlimen Hulu Selangor perlu menyedari sikap hipokrit Umno/BN itu dan menerima hakikat bahawa Zaid kini bukan lagi Zaid ketika berada dalam Umno/BN dahulu.
Beliau turut mengingatkan para pengundi agar tidak terpengaruh dengan segala janji manis yang ditabur Umno/BN pada pilihan raya kecil kali ini sebaliknya bertindak sebijak mungkin dalam menghadapi godaan Umno/BN.
"Pengundi Hulu Selangor dan rakyat seluruhnya semakin disajikan dengan propaganda yang memualkan dan tawaran-tawaran yang indah dan manis oleh BN.
"Wang ditabur untuk meraih simpati pengundi, kononnya itu wang poket mereka. Kepada para pengundi, kalau susah menolaknya, ambillah wang tersebut kerana itu adalah wang kutipan cukai rakyat yang sepatutnya dipulangkan kepada rakyat dalam bentuk bantuan dan kebajikan. Tetapi pemimpin Umno/BN telah menggunakan hasil kutipan tersebut secara tidak bermoral," katanya.
Justeru, katanya Muslimat PAS menyeru agar para pengundi membuat pilihan yang tepat dengan memilih calon PR pada pilihan raya kecil ini dan mengakui bahawa PR benar-banar mengambil berat kebajikan rakyat.
"Dewan Muslimat ingin mengajak dan merayu para pengundi, insya Allah, Pakatan Rakyat ingin menawarkan kebajikan yang seutuhnya untuk rakyat.
"Rakyat telah boleh menerima hakikat kerajaan yang baru dua tahun ini memang memikirkan kebajikan dan kemudahan rakyat berbanding 50 tahun BN memerintah negara ini khususnya di negeri Selangor ini.
"Kepada para pengundi, gunakan kuasa sakti anda untuk menolak Barisan Nasional pada 25 April ini," katanya.
Harakahdaily/-

5 ulasan:
UMNO memeng tak boleh percaya, dinegeri pakatan rakyat, mereka gunakan orang UMNO untuk menindas rakyat dan melempar tuduhan kepada kerajaan pakatan rakyat
UMNO dah jadi barua Yahudi, lihat bagaimana Mahfuz dipenjara kerana pasukan kriket yahudi datang kemalaysia
lihat sekarang bagaimana UMNO mengenakan Anwar yang beragama islam semata-mata nak bela yahudi APCO
Itu BN. Kalau PAS yg dapat modal tu lagi teruk BN kena bantai........... paku dulang paku serpeh?????????????????
Alahai.... la ni berkampung di Hulu Selangor... Beri selagi boleh... Cuba lihat Bukit Gantang/Selambau/. Hai, ada sesiapa menjenguk... buat lah apa2 pun bagi tujuan perasmian.
MEWAH... di Hulur Selangor ni 1 HARI banyak nak RASMI.... Hanya badut yang tutup mata akan pangkah BN.
Catat Ulasan