Suruhanjaya Pilihan Raya sebentar tadi mengumumkan pilihan raya kecil parlimen Sibu ditetapkan pada Ahad, 16 Mei ini.
Menurut pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, penamaan calon pula ditetapkan pada Sabtu, 8 Mei.
Beliau membuat pengumuman itu selepas mengadakan mesyuarat hampir tiga jam di pejabat SPR di Shah Alam.
Abdul Aziz berkata, Perkara 54(1) Perlembagaan Persekutuan telah mensyaratkan supaya kekosongan kerusi yang berlaku perlu diisi dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan.
Kerusi parlimen Sibu kosong berikutan kematian ahli parlimennya yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Robert Lau Hui Choi, minggu lalu.
Lau, 68, dari SUPP memenangi kerusi tersebut pada pilihan raya umum 2008 dengan majoriti 3,235 undi. Beliau menewaskan calon DAP Wong Ho Leng dan calon PKR Lim Chin Chuang.
Dia mendapat 19,138 undi manakala Wong mendapat 15,903 undi dan Lim (812).
Lau mewakili parlimen Sibu sejak 1990.
Dalam pilihan raya umum 2008, parlimen Sibu mempunyai 53,679 pengundi, dengan majoriti kaum Cina (60 peratus), Melanau (20 peratus), Iban (18 peratus) dan Orang Ulu (1.1 peratus).
Keluarga Lau memiliki kumpulan KTS - sebuah konglomerat yang terbabit dalam industri pembalakan dan media.
Kumpulan KTS memiliki beberapa akhbar termasuk Borneo Post dan Oriental Daily News. Malaysiakini/-

14 ulasan:
mana berani buat PRK serentak.. ehehehe takut..
SPR pun ejen UMNO
SPR dah jadi barua UMNO bolehlah letak calon
Tumbangkan BN di Sibu dan Hulu Selangor
najib patut bubar parlimen sebab tak berani bubar dun perak
BN dan UMNO sudah tak diperlukan lagi di malaysia, menyusahkan rakyat dengan insuran yang mahal dan saman ekor
harga barang makin mahal, rakyat patut jual mahal dan jangan undi BN
pemuda dimalaysia benci BN yang meningkatkan pengangguran terutamanya lepasan IPT
UMNO makin kaya, lepasan unversiti makin hidup melarat
takkan rakyat malaysia nak sebodoh di bagan pinang, menang pilihanraya harga gula naik??????
rakyat bawahan makin ditindas UMNO dan BN, rakyat mampus dulu, pemimpin UMNO hidup mewah
betul tu, masa majoriti pas dimanek urai jatuh, tambang bas pula naik harga, nampaknya pengundi BN makin tak tahu berfikir!
pimpinan Najib makin dibenci rakyat
tolak UMNO dan BN yang menjadi talibarut APCO, rakyat diabaikan, yahudi didahulukan
Catat Ulasan