19 April 2010

UMNO sudah habis modal untuk berkempen di Hulu Selangor

3 Jamadil Awal 1431H.

Bermula dari tindakan Muhyidin menipu dan berbohong kepada penduduk Hulu Selangor dengan kononnya calon adalah anak tempatan sehingga ke hari ini saya mendapati UMNO dan BN sudah tidak ada modal untuk berkempen secara demokrasi di Hulu Selangor.

Bayangkan apabila Muhyiddin sudah menjadi juru tafsir yang ternyata membuktikan sekali dia bercakap menampaknya sebenarnya dia tidak ada wawasan dan kelayakan untuk meningkat lebih tinggi dalam arena politik negera. Tidak tahulah dia belajar dimana dengan menafsirkan nama calon BN adalah gabungan dari nama Melayu Kamal, Cina Alan dan India Nanthan.

Rasanya budak sekolah rendah juga tergelak besar kepada menteri yang jaga sekolahnya itu bila tiba-tiba Muhyiddin menafsirkan Kamalanathan yang kononya mencerminkan 1Malaysia dari namanya itu.

Lebih seronok kalau Muhyiddin tawarkan kepada pengundi di Hulu Selangor untuk menjadikan Kamalanathan sebagai maskot 1Malaysia. Mana tahu kalau ada yang tertarik ?

Jelas BN sekarang tidak ada modal kempen bila Pengarah Pilihanrayanya tidak bercakap tentang misi dan visa masa depan Hulu Selangor yang akan dibawa oleh calonnya tetapi bercakap mengenai perkara remeh temeh dan tafsiran karut.

Tambahan pula sekiranya benar nama 1Malaysia ada kepada calon BN, kenapa tidak cuba tafsirkan nama pengasas mazhab 1Malaysia iaitu Najib. Setakat ini saya tidak ada idea untuk menafsirkan, dan kita serah kepada Muhyiddin untuk menfsirkannya, dia pakar dalam bidang itu.

Selain itu serangan peribadi yang melampau kepada Calon Pakatan Rakyat menggambarkan BN sudah tidak ada modal.

Mempersoalkan calon PR yang dituduh tanpa bukti minum arak seperti yang disebutkan oleh Ali Rustam semalam adalah susuatu yang sangat malang dalam majlis kempen terbuka BN. Kerana tindakan menyerang peribadi adalah tindakan orang yang sudah hilang marauah dan jati diri. Islampun melarang perkara sedemikian.

Berapa ramaikah pemimpin Pakatan Rakyat yang minum arak berbanding dengan pemimpin UMNO dan BN ? kalau soalan ini di tanyakan kepada orang yang masih waras pemikirannya pasti jawapannya saudara juga boleh menjawabnya.

Ternyata PR masih konsisten dengan kempen yang bertenaga dan menawarkan sesutu untuk membela nasih pengundi di Hulu Selangor. Kesabaran dan kesungguh seluruh jentera Pakatan Rakyat dari PKR, PAS dan DAP untuk memenangkan calon nya adalah atas dasar tawaran bahawa kita mesti melakukan perubahan besar dan ianya mestilalah bermula di Hulu Selangor.

Ianya diyakini mampu dilaksanakan oleh calon Pakatan Rakyat Zaid Ibrahim.

Kalau begitulah cara kempen BN sejak awal setelah penamaan calon, nampaknya BN sudah menunjukkan ianya sudah tidak ada modal untuk berkempen apalagi untuk memajukan rakyat di Hulu Selangor..

Semuga kita tidak mengukut trend BN yang menyerang peribadi calon dan pemimpin PR.

14 ulasan:

Anak Bugis berkata...

UMNO parti yg mengamalkan rasuah, bukan hanya rasuah politik dan politk wang, malah rasuah pembangunan, bila itu sudah menjadi darah daging dan diangkat pula menjadi pemimpin, maka lahirlah pemimpin berjiwa lemah, gelap minda, muga rakyat di P094 yg diberi peluang membuat pilihan, "menyapu" BN keluar dari Hulu Selangor

Tanpa Nama berkata...

mungkin ini kot tafsir nama pm
N= Nostalgia
A= Altantuya
J= Jadi
I= Igauan
B= BN

gunalan berkata...

umno kaki kahlwat pun boleh jadi pm apa salahnya zaid pada suatu masa dulu pernah ambil alkohol tapi kini dah taubat dan pernah menuaikkan ibadat haji.

Tanpa Nama berkata...

minum arak..minum arak jugak..gamba kj duduk di meja yang menempatkan botol2 arak memang saya pernah lihat..gamba zaid ibrahim ni minum arak..nak jugak kalau ada..tapi isu arak ni kalau nak buat berkempen...alahai....YB ingat YB..PM pun pernah mengeluarkan kata2 yang agak mempersenda dan menghina keluarga Allahyarham Zainal Abidin..dengan menyatakan BN meminjamkan Hulu Selangor..apa?? ingat calon PKR tu menang kawasan tu sbb dipinjam kan ke??memang itu satu kiasan..tapi..tak sesuai ayat tu..

Ujang berkata...

Mahyudin adalah pemimpin politik bukan dari golongan bangsawan atau elite jika dibanding dg Hishamudin atau Najid. Pemikiran beliau adalah kesambungan idealime melayu yang masih kuat.
Mungkin ada baiknya pemikran ini jika Mahyudin bercakap berdasarkan pola pemikran rakyat Malaysia yang terbuka. Ia mungkin berjaya menarik sokongan Melayu kepada UMNO. yang menjadi halangan, adalah golonjgan bukan Melayu akan menyokongnya atau mereka akan bertindak macam mana Anuar Ibrahim diperlakukan sehingga golongan bukan Melayu tidak menyokong untuk mengundi Pembankang dalam PRU 1999.

Bagi mereka, perniagaan, budaya dan pelajaran yang penting dan ianya tidak salah pun. Ia yang akan berlaku pada Mahyudin jika beliau tidak bertindak dg bijak dalam perkara ini.

Di malaysia, golongan bukan Melayu semakin kuat kuasa penentu. Ini tidak sihat. Buktinya, apabila Tun Mahathir mengubak akta Pelajaran menghapus kuasa Menteri Pelajaran untuk menutuk mana2 sekolah aliran cna atau tamil, mereka masih tidak menyokong BN seperti apa yang berlaku sekarang.Persoalanya, adakah ia harus berlanjutan....kita majoriti Melayu dikawal oleh mereka hingga apa yang kita punya mereka punya, apa yg mereka punya adalah mereka punya.Wassalam

Zack Kampung berkata...

nampaknya dah ada bog yang kena block.

anakjati kualakurau berkata...

Aku jangka .. BN akan menang .. siri ceramahnya ..di P094 menarik ramai penonton .. dgn penceramah yang berkakilebar .. cukup memberi kesan kpd rakyat kat hulu tu .. tak percaya .. layan sendiri di video malaysiakini... ngkorang mesti kata BN akn menang ... menangis

Tanpa Nama berkata...

Kalau nak disebut kesilapan manusia pada masa lalu, bukan menjadi ukuran. Islam telah menyatakan dalam sirah yang terkenal pembunuh yang telah membunuh 100 nyawa, diterima taubatnya. Apa yang dilaku calon PKR itu semasa dalam UMNO, tapi beliau telah berhijrah dan memperbaiki kesilapan lalu. Moga PR terus mengekalkan kerusi P094, InsyaAllah.

CUCU PEJUANG berkata...

HANYA TINGGAL BEBERAPA HARI LAGI KEPUTUSAN PILIHANRAYA KECIL HULU SELANGOR KITA KETAHUI.MASING-MASING MENGASAH 'TAJI'.BUAT PETUGAS PAKATAN RAKYAT,TERUSKAN SEMANGAT JUANG ANDA.JANGAN MENGALAH DENGAN UJIAN INI.BIAR PUTIH TULANG JANGAN PUTIH MATA!DOA KEJAYAAN SENTIASA MENGIRINGI PERJUANGAN IKHLAS MURNI....TAKBIR!!!

Tanpa Nama berkata...

Moga kemenangan terus bersama kita..jentera PR perlu perkemas gerak kerja,jangan terlalu awal dan leka untuk meletakkan kemenangan di tangan kita selagi kemenangan belum betul-betul sah milik kita..Takbir!!

Tanpa Nama berkata...

Alahai mahyudin, dia tu dah merapu cakap macam tu sebab dia ingat orang kat ulu selangor tu masih ulu... berfikiran macam fikiran dia. Jadi gunakanlah sentimen nama untuk menutup kepura-puraan umno yang kuno lagi apco @ yahudi. Dia ingat orang lupa banyak tanah-tanah di johor yang dah terlepas kat orang asing dan dia kaya raya. Mana boleh percaya orang macam ni wahai pengundi-pengundi ulu selangor....

Tanpa Nama berkata...

Sukar utk PR pertahankan kerusi P094 ini atas sebab-sebab berikut:-

1. kemenangan PR masa dulu kebanyakannya melalui undi protes penyokong BN (esp MIC).
2. kawasan ini tegar dengan keBNannya. Buktinya ketiga-tiga DUN dikuasai BN.
3. calon kompromi BN ada tarikan dari pengundi melayu walaupun beliau bukan melayu.
4. protes dari penyokong PKR (dan PAS) atas pencalonan Zaid.
5. Agak tak terjangkau dek akal bagi penduduk di sini Zaid yg dikenali sebagai kurang kekampungannya akan jadi MP di tempat mereka.
6. aset-aset dan jentera kerajaan seluruhnya telah dimanipulasi oleh BN bagi pastikan kemenangan.
7. kredibiliti Anwar Ibrahim yg kian terhakis termasuk isu moralnya.

Adalah suatu kejayaan bagi PR kalau kalah dgn majoriti kurang 1000 undi.

Tanpa Nama berkata...

apa2 pon kptsn..kena trima seadanya..usaha tetap usaha..jgn sng2 mngalah..PR msih di hati rakyat..kami mahasiswa mahasiswi mnyokong penuh PR( bg2 sp2 y xskong umno la,kpd sp2 y skong umno,wat derk je k,hihi)..cma kmi xdpt trun bkmpen coz dlm exam week skg..pape pon,kami sntiasa mndoakn kejayaan PR..INNALLAHUMA'ANA..(^_^)v

ana ansarullah berkata...

kepada pakatan rakyat, terutama petugas2 Pas yg tlh sedaya upaya mencurah tenaga di setiap pilihanraya kecil spnjg 2009(wpon dikhianati oleh YB yg melompat), pasakkan dalam hati, kita berjuang kerana Allah..jika hati terasa lemah, akalmu pula meragui matlamat pjuangan, ingatlah kembali 'doa rabitah' yg kita baca bersama dgn sepenuh pgharapan kpdNYA setiap kali solat bjemaah..moga tautan hati kita semakin utuh, dan keyakinan kita kepda pjuangan ini kerna Allah semakin mekar..bukankah doa adalah senjata 'padu' kita setelah usaha kita galas di bahu bsama taklifan amanah?yakinlah wahai sahabat sepjuangan.. antara dua pasti terjadi , Menang atau SYAHID..moga ALLAH mmberkati segala usaha kita..