10 Mei 2010

ADUN Titi Serong ziarah Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS Pekan Baru di Hospital.

25 Jamadil Awal 1431H.

Drs. Khalil bertanya khabar dan berkata sesuatu kepada Ng Mee Hak yang telantar di Hospital dalam lawatanya bersama Isteri.


SUNGAI PETANI , 09 Mei :- Ahli Dewan Undangan Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim bersama dengan isteri telah meluangkan masa untuk menziarahi Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS Pekan Baru, Ng Mee Hak yang sedang dirawat di Pusat Perubatan Pantai disini hari ini.

Hadir sama bersama beliau ialah beberapa orang kakitangan pejabat ADUN Titi Serong.

Menuruh Isteri pesakit tersebut, suaminya adalah seorang tukang rumah dan terjatuh dari tangga semasa memasang 'plaster syiling' pada hari Jumaat yang lepas. Kecederaan yang dialami oleh suaminya bertambah serius apabila salah seorang rakan sekerja yang jatuh sama telah menimpa badan dan kepala suaminya.

Kecederaan yang dialami ialah patah tulang hidung dan pembedahan telah berjaya dilakukan .

Dalam kenyataan ringkas Drs. Khalil selapas lawatan itu, beliau mengharapkan Ng Mee Hak cepat sembuh dan kembali berkerja dan bertugas seperti biasa kepada parti.

Menurut Drs. Khalil, Ng Mee Hak yang lebih dikenali dengan panggilan Aahak adalah petugas yang gigih membantu parti sejak pilihanraya pada tahun 2008 sehinggalah sekarang.

Isteri ADUN Titi Serong, Pn. Nor Ainah bertanya sesuatu kepada Isteri pesakit.

Tiada ulasan: