10 Mei 2010

SPR tolak spekulasi mengenai ADUN Kerdau

24 Jamadil Awal 1431H.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof hari ini menolak spekulasi mengenai keadaan ADUN Kerdau, Datuk Zaharudin Abu Kassim (gambar) yang sedang dirawat di unit rawatan rapi Hospital Sultan Ahmad Shah di Temerloh.

RTM melaporkan awal minggu ini bahawa ADUN BN itu telah menjalani pembedahan ekoran kebocoran usus pada 3 Mei 2010.

Beliau telah dikejarkan ke hospital awal pagi berkenaan, selepas mengadu sakit perut ketika bersarapan di sebuah restoran.

Zaharuddin dilaporkan berada dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan selama tiga jam.

Exco kerajaan negeri Pahang, Hoh Khai Mun turut mengesahkan bahawa keadaan ADUN Kerdau itu tidak membahayakan.

Menurut Hoh lagi, Zaharudin mengalami masalah komplikasi jantung selepas menjalani pembedahan tersebut.

Katanya, ADUN Kerdau itu akan dipindahkan ke Institut Jantung Negara di Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut.

Zaharudin, 63, menang kerusi DUN Kerdau dalam pilihan raya umum 2008 dengan majoriti 1,615 undi, menewaskan calon PAS, Hassanudin Salim.

Kawasan tersebut mempunyai pengundi yang terdiri daripada 89 peratus Melayu, 6 peratus Cina, 3.7 peratus India dan 2.5 peratus lain-lain kaum.

Keadaan kesihatan Zaharudin yang kritikal minggu ini telah mencetuskan khabar angin pagi in mengenai kemungkinan pilihan raya kecil membabitkan kawasannya.Malatsiakini/-

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Didoakan segera sembuh n sihat. Tetapi dalam politik malaysia, kematian wakil rakyat akan mendatangkan keuntungan yang berlipat ganda di akwasan tersebut, peruntukan dan projek macam empang pecah. Mencurah-curah , tapi bukan rasuah..rakyat di dahulukan.

Tanpa Nama berkata...

semoga sihat kembali....kerajaan dah tak dak duit nak buat prk...spr terpaksa buat undang undang baru bagi menolong umno nanti...

Tanpa Nama berkata...

besat gak adun meninggal reeki mencurah-curah.realiti di negaraku MALAYSIA...