2 Jamadil Akhir 1431H.
Drs. Khalil Idham Lim
Saya sangat terkejut dan sangat merasa hairan apabila sorang Ahli parlimen Melayu yang beragama Islam dari Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan (gambar) mempertahankan tindakan kerajaan membenarkan pertaruhan bolasepak Paiala Dunia 2010 ini seperti yang idsiarkan dalan edisi malaysiakini
Rahman mempertahankan tidakan terbaru kementerian kewangan dengan katanya bertujuan untuk memantau pergerakkan pertaruhan sukan itu supaya tidak berlaku penipuan. Satu kenyataan yang saya lihat untuk mempertahankan bosnya, Najib walaupun ternyata Rahman menampakkan kebodohannya bila dia cuba menggadaikan prinsip Islam dengan alasan yang cukup dangkal.
“Kita perlu praktikal. Jangan politikkan isu ini. Kerajaan tidak akan membenarkan permintaan yang baru. Itulah antara kenyataan Rahman sebagaimana yang disiarkan.
Rahman berkata selain tujuan memantau pertaruhan itu agar penipuan tidak berlaku, adalah lebih baik wang pertaruhan tidak disalurkan ke kumpulan kongsi gelap yang terbabit dengan pelbagai aktiviti haram lain.
"Lagipun perjudian haram banyak melibatkan sindiket jenayah, jadi kami cuba untuk mengurangkan jenayah itu berlaku.
“Kenapa mesti berikan duit itu kepada underground yang mempunyai hubung kait dengan jenayah. Lebih baik kerajaan yang pantau agar penipuan tidak berlaku."
Rahman berkata meskipun lesen judi baru itu dikeluarkan, kerajaan tidak pernah mengabaikan pembangunan Islam.
Katanya, pihak pembangkang sengaja mengeksploitasikan isu berkenaan bagi kepentingan politik mereka.
Demikian lah antara kenyataan Rahman yang tidak lain untuk menghalalkan judi yang jelas banyak membawa masalah . Tidakkah dia sedar bahawa tindakan kerajaan yang memberikan lesen judi untuk perjudian bolasepak menggambarkan betapa BN hanya mementingkan hal-hal yang berkaitan dengan pemberian lesen tanpa menrenung ke bawah bahawa orang Melayu dan rakyat malaysia yang terlibat dengan berbagai jenis judi di malaysia sedang membawa masalah sampingan yang lain kepada masayarakat dan negara.
Rahman kena sedar bahawa judi adalah satu masalah kepada masyarakat dan negara bila dia mengundang kepada kes-kes kecurian, rompak, samun, dan berbagai masalah sosial lain. Malah banyak yang bunuh diri kena kalah judi.
11 Mei lalu, Kementeri Kewangan secara rasminya memberi lesen judi berkenaan kepada Kumpulan BERJAYA.
Sehubungan keputusan itu, pertaruhan secara sah boleh dilakukan sebelum kejohanan bolasepak Piala Dunia bermula pada 11 Jun ini.
Sejak pengumuman itu dibuat, pelbagai pihak termasuk daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO), parti-parti politik, pertubuhan agama dan juga orang perseorangan membidas tindakan kerajaan itu.

12 ulasan:
ya Allah..selamatkan Malaysia
kerajaan malaysia yang diterajui YAB Datuk Seri Mohd Najib Razak sudah terdesak tidak cukup wang untuk memerintah, mahu tidak mahu buatlah apa yang boleh mendatangkan hasil.
Perolehan hasil negara semakin hari semakin mengecil sebagai jalan pintas dan mudah untuk mendapat hasil judi bola sepak satu satu perolehan besar.
Soal halal haram tiada halangan. Lebih lebih lagi halal haram tiada dalam kamus mereka ini.
Jika arak yang jelas haram boleh dilesenkan, tidak mustahil judi bola turut dilesenkan semata untuk mendaptkan wang untuk tampung dan tutup lubang yang tiris dan bocor disana sini.
Demikian juga judi ekor dan spot TOTO dan Big Sweet yang jelas haram disisi Islam. Islam mengharamkan semua itu, tetapi kerajaan menghalalkan agar perolehan hasil negara seimbang dengan baget yang diluluskan.
Soal halal dan haram tolak ketepi, yang penting perolehan hasil negara agar kroni kroninya hidup mereka disamping dapay mengumpulkan harta untuk dijadikan bekalan diakhirat selepas mati nanti.
Suatu masa dahulu dalam satu tulisan saya- saya pernah sebut bahawa pelacuran juga akan dilesekankan dengan alasan agar kegiatan maksiat itu dapat dikawal dan dipantau.
Soal halal dan haram bukan soal pokok. Lebih lebih lagi nnegara malaysia ini bukan sebuah negara islam. Ia cuma negara orang Islam yang menjadi ketuanya sahaja. Tidak lebih dari itu.
Salam Yb.
Ok gak cdangan tu. bg mengelkan pelacuran haram..krajaan kena bg lesen utk pusat placuran.. utk elakn pengdaran dadah scra haram..krjaan kena dakan pusat hisap dadah mcm dulu ada kedai todi kerajaan di bawah kawaln pihak kastam... kah kah kah kah..tk lama lgi kita akan ada disco smpai pg...
if u can't beat them..u should join thm...hncus..kah kah kah
salam
Drs
Dia tu bagi alasan kerana dia juga nak joint buat betting. Dia cari keuntungan didunia kerana bagi beliau akhirat tu tak nampak lagi dan dia ada alasan nak jawab dengan ALLAH. Lihat betapa bodonnya manusia ni.
Macam ni pepimpin Melayu Islam ? Tapi kalau datang dari kepompong UMNO dah tak heran dah... Cina DAP lebih fahan dari Melayu UMNO islam ni... Moga melayu UMNO di peringkat akar umbi bukak mata seluasnya.... Tengoklah gelagat dan minda sekular pemimpin anda
Salam,
Drs
Perkara yg amat memalukan.Sayapun tak tahu apa yg ada dlm kepala awang adek dan MP Kota Belud.Terfikir juga saya jahil sangat ke mereka ini, hanya Allah yang tahu....
Masa di PRK hulu s,gor bkn main lagi kutuk zaid, skrg tgk apa dah jadi....
Ya Allah selamatkan lah hambamu ini .Amin....
yb, tolong usul buat pusat perlacuran berlesen,,pusat hisap dadah berlesen,
pusat gay berlesen, pusat judi dah ada,,pusat apa lagi ye
pusat buang anak berlesen....
bukan apa ,,,senang nak control,,
alasan ikut hukum akal....
bangang tahap gaban....dah tak mau ikut quran dan sunnah senang je....istihar je nak jadi pengikut setan....
Ungngul...mana pang meandak otak..kat luntuhot kot
aku nak sangat sangat tunggu ulasan Sahibul Samahah Harussani.mungkin judi dah jadi harus
MARI SAMA2 KITA PAKAT LAWAN BN (BARISAN NAZI) SEBELUM NEGARA INI DITURUN BALA....
Firman ALLAH : PELIHARALAH DIRI KAMU DAN KELUARGA KAMU DARI API NERAKA.
maslahat umum , darurah, kot...tolong tanya Ustaz jamil kat jpm tu
aikkk...nak ngelak penipuan...bior betul. brape byk dah keluarga musnah dek kerana judi ni tak kira tipu ke tak tipu( mmg tipu pun)
Catat Ulasan