13 Jamadil Akhir 1431 H
Harga petrol mungkin dinaikkan buat permulaannya 15 sen bagi setiap liter daripada harga sekarang pada tahun ini.
Harga petrol RON 95 ketika ini dijual pada harga 1.80 ringgit bagi setiap liter.
Harga baru itu berikutan cadangan sebuah badan yang bertanggungjawab menasihatkan kerajaan berhubung cara-cara mengurangkan subsidi, iaitu Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU).
Cadangan itu dibuat pada Hari Terbuka Makmal Rasionalisasi Subsidi dalam usaha awal kerajaan untuk mengurang defisit dalam belanjawan negara yang kini pada tahap tertinggi bagi tempoh 20 tahun.
Mengikut cadangan yang dikemukakan kepada lembaga penasihat itu, harga petrol akan dinaikkan tahun ini dan diikuti dengan dua lagi kenaikkan pada kadar 20 sen setiap liter setiap kenaikkan pada 2011 dan dua lagi kenaikan, juga pada kadar 20 sen bagi setiap kenaikkan pada 2012.
Sepanjang 2013-2015, kenaikan harga minyak dijangka bergerak perlahan dan pada penghujung 2015, harga RON95 diandaikan berada pada 2.60 ringgit bagi setiap liter.
Bagaimanapun rancangan kenaikkan yang dicadangkan itu masih belum diluluskan oleh kerajaan.
Ramalan itu adalah berdasarkan harga minyak mentah pada harga $73.06 bagi setiap tong pada 2011 dan $79.41-$94.52 bagi 2013-2015.
Cadangan pengurangan subsidi
Kerajaan juga dijangka akan menaikkan harga petrol, gas dan tol lebuhraya di bawah rancangan pengurangan subsidi selama lima tahun yang dibuat oleh Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU), sebuah badan yang menasihatkan kerajan mengenai cara-cara mengurangkan subsidi.
Bagaimanapun belum ada keputusan yang dibuat dan kerajaan dijangka tidak akan bertindak dalam jangkamasa terdekat ini.
Pengurangan dan pemotongan subsidi itu juga membabitkan 12 perkara:
Petrol
Harga petrol dinaikan 15 sen pada Jun-Dis 2010, diikuti kenaikan 10 sen setiap enam bulan antara Jan 2011-Dis 2012 dan jumlah kenaikkan yang kecil bagi tahun-tahun berikutnya.
Harga petrol pada
2011 - RM2.16
2012 - RM2.20
2013 - RM2.34
2014 - RM2.52
2015 - RM2.60
Tol
Perbincangan semula dengan lebihraya pada 2010 dan dengan LDP pada 2013.
Cadangan - semua perjanjian konsesi akan diteruskan tanpa pemberian subsidi, yang bakal menyebabkan kenaikkan harga antara 10-67 peratus pada 2010.
Gas
Harga gas dinaikkan pada kadar tetap RM3/MMBTU bagi setiap enam bulan daripada harga sekarang bagi sektor tenaga dan sektor bukan tenaga.
Kenaikkan harga gas pada RM3/MMBTU setiap enam bulan serentak dengan kenaikkan tarif elektrik 1.6 sen/kWh bagi setiap enam bulan.
Malaysiakini/-

12 ulasan:
asyik2 bagi alasan negara akan bankrup klu tanggung subsidi untuk rakyat. Bukan bankrup tanggung subsidi utk rakyat, tapi sbb tggg subsidi utk kroni..
Kalau dah tak reti memerintah, turun la oiiii!! Rakyat dah menyampah tgk muka BN ni...
NAIK JANGAN TAK NAIK!!!
Haaaa...tak kesah pun apa orang BN nak kata. Tapi aku heran kenapelah pembangkang tak buat keja lagi, tak nampak pun pembangkang reti mainkan peranan sebagai penyelamat. setakat nak kondem BN aku pun boleh. Pembangkang kena buktikan yang pembangkang betul2 boleh jadi alternatif. PAS sibuk asyik nak ajak orang berdebat, tak perlu....buang masa je berdebat ngan orang bodoh...lainle...kalau PAS iktiraf ilmu orang yang bodoh tu.
BN - "barang naik" semua faham dengan istilah. Oleh itu tidak hairan jika apa apa barang minyak ke gula ke naik dan naik.
Ini juga sesuai dengan slogan "rakyat didahulukan" pencapaian diutamakan. Rakyat didahulukan tanggung beban atas sebab kerajaan utamakan pencapaian untuk penuh saku kroni.
Bayangkan jika subsidi barang kawalan dimansuhkan. Siapa yang akan tanggung beban ini?
Sudah tentu rakyat yang didahulukan.Yang diatas senyum kerana negara mencapai kejayaan. Manakala rakyat pula yang kecewa terpaksa tanggung beban berat tekanan demi tekanan.
Demikianlah rakyat didahulukan.
Salam
Aku suka jugak harga minyak naik, biarla pencemar2 alam sekitar ni semua terasa beratnya tanggungan. Xpenah rs cukup dan bersyukur, dah ada satu kereta, nak tambah lagi dua tiga kereta (terutama yg mewah2), alasannya taraf hisup meningkat.. Dimulut kununya bersyukur dengan pemberian Allah, tp jauh disudut hati, riak sebab ada kereta besar dan banyak... Cubalah rezeki lebih kurniaan Allah digunakan untuk jln yg lebih bermanfaat...
Yang benar,
Pejalan Kaki
Salam Jumaat...
Ini memang alasan kerajaan haprak...konon takut bangkrap...tu...bayar gaji polis...naik bonus polis...gaji 2 bulan bonus...tu kapal selam beli tak menyelam...MMR2 retak...tanggung kos...beli kapal selam...mahal...beli helicopter mahal dari harga pasaran...memang kerajaan nak bahlulkan rakyat....tunggu kome...pilihanraya nanti kami kempen habis-habisan...tumpourlah Be End....
TAKUT,TAKUT NANTI NEGARA NI AMBIL DUIT RAKYAT YG BANYAK DLM TABUNG HAJI SAMPAI TAHAP MCM TU.
La ni minyak nak naik ;Lepas ni JOHOR pula kena gadai kat sgapura
tq beri mklumt ptg....
hrp plhnry akn dtg b'laku prubhn bsr...
tp tmpt ku msh da gol y setia bodoh...
xnmpk dgn mata ht jst tau dr pepar arus p'dana sj...mmg mrk ni bodoh..
pnrikn subsdi lbh beri impk negatif dr positif..
wt bek b'pada2 wt jgn smpi rkyt y jd mgsa at lst neg hancur(nauzubillah)
vienam negara yg mundur akibat peperangan. lihat lah skrg',kejar malaysia dari belakang. suatu hari nanti vienam akan lebih maju dari malaysia.semua negara asia tenggara up up up hanya malaysia down down down.nak bankrap lagi.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Perubahan etiap zaman melibatkan perubahan besar dalam sistem manusia itu sendiri. Namun Al-Quran kekal hingga ke hari Kiamat. Namun, di dalam menghadapi dunia yang semakin mencabar dan penuh dengan tipu daya, sejauh mana kita memainkan peranan untuk memberi kesedaran dan membantu malah mendoakan saudara seagama ke arah penerimaan hidayah dan perubahan sahsiah berlandaskan syariah?
Kita mungkin terlalu pandai sehingga suka sngat berkata hanya pada andaian dan tanggapan sendiri.
Bila kita sendiri sudah diberi kuasa,kedudukan dan PELUANG, satu apa pun masih tidak berlaku, mengelrukan, tidak ada perubahan dan hanya berda di takuk lama.
Macam mana rakyat Malaysia hendak mempercayai dan YAKIN dengan pimpinan parti alternatif pembangkang,jika negeri-negeri yang di bawah kekuasaan pembangkang pun hanya sekadar "mengikut arus" dan "bermain dengan isu lama dengan pelbagai andaian dan hujah yang sejak dari dahulu lagi diperkatakan".
Kita sanggup menerima kehadiran orang bukan Islam dengan penuh harapan dan doa, agar mereka akan menerima kehebatan Islam itu sendiri. Namun, betapa sempitnya pemikiran dengan saudara seagama yang mungkin dan telah terkeluar dari landasan islam,mudah kita hina,caci dan lemparkan pelbagai tuduhan.
Saya percaya,ramai di luar sana, mereka yang pro-kerajaan, dan "atas pagar" yang menilai prestasi kedua dua pihak secara rapat. Mereka tidak hina, mereka bukan bodoh, mereka bukan tidak tahu, tetapi apabila tiba masa untuk memilih/mengundi kemudian, mereka masih tidak yakin SEPENUHNYA akan kemampuan pembangkang untuk mentadbir negara.
Sekarang sudah kita lihat betapa "rapuhnya" hubungan antara parti-parti komponen yang ada dalam barisan alternatif. Saling bercakaran, prinsip berbeza tidak mengapa tapi apabila ada isu yang memabitkan agama Islam,jelas betapa tidak ikhlasnya DAP dan PKR dalam isu ini,yg sering membuat umat Islam di Malaysia ini saling bercakaran,berantakan dan hilang pedoman hidup.
Walaupun kadang2 ada isu yang memang kerajaan benar-benar ambil berat dan tahu,dan sedang menyelesaikannya,kita mudah menuduh pihak di sana balik-balik dengan isu KRONI, RASUAH, TIDAK AMANAH dan lain-lain. Sampai kebaikan manusia yang seagama sendiri pun tidak kita terima hanya semata-mata kita telah membuat KEPUTUSAN dan MENILAI seawalnya,lalu membenci sesama agama.
Oleh itu, imej PAS mahupun PKR perlu lebih profesional, terbuka (dalam erti kata org bukan Islam sendiri "benar-benar" yakin dan terima akan keindahan Islam,bukan takut dengan penampilan dan tindakan EKSTREM), barulah mereka yang atas pagar dan pro-kerajaan akan nampak "keyakinan" tersebut.
Kiita bukan tidak tahu,betapa banyak masalah dalaman dalam parti-parti pembangkang. Kita juga gunakan pendekatan yang sama, jika ada berlaku khilaf,konflik atau percanggahan pendapat,kita perlu bermusyuwwarah dan berbincang dalam parti, byk yang didebatkan dan dibincangkan. Kita sendiri tidak mahu terima kelemahan itu,kita tak nak akui ada byk berlaku perkara tersebut.
Namun ingat,jika kita terlalu byk memberi peluang kepada org kafir,membuat domba dan mempermainkan isu berkenaan Islam,sehingga membuat org kafir malah org Islam di Malaysia ini sendiri keliru dengan hujah-hujah "ilmuan/ulama" pemabangkang, akhirnya kita sendiri yang akan terpaksa menanggung beban di kemudian hari atas "kealpaan" dan "kepentingan" diri sendiri.
Memang benar, dapatkan kuasa dahuou, baru boleh nak ubah banyak, namun ingat, sekarang ni pun, dah banyak cara yang salah kita halalkan hanya untuk mencapai matlamat.
Jika itu pendekatan yang diambil oleh parti pembangkang, apa bezanya pembangkang dengan kerajaan?
Sebab itu, dalam sedar atau tidak, satu hari nanti, jgn terkejut jika ada ahli parti-parti pembangkang sendiri yang akan "melontar tombak" dan "menghunus pedang" kepada pemimpin yang mereka kagumi sebelum ini.
Semoaga Allah membuka hati-hati kita semua, untuk melihat akan keindahan dan dan contoh akhlak peribadi Rasulullah dalam menangani maslahah seperti ini.
Kita lupa......kdg2 kita byk ckp tapi byk juga buat dosa......cakap cakap juga tapi susah juga kalau tak bikin-bikin....
Catat Ulasan