29 Mei 2010

Majlis tempatan S'gor haramkan pertaruhan sukan

13 Jamadil Akhir 1431H.

Beberapa majlis tempatan di Selangor akan bertindak membekukan lesen premis pertaruhan yang menawarkan judi sukan.

Bermula dengan Majlis Badaraya Petaling Jaya pada Selasa lalu, gerakan berkenaan menjalar ke Selayang, semalam dan hari ini Ampang Jaya pula mengambil tindakan yang sama.

Bercakap pada sidang media selepas mesyuarat majlis berkenaan, ahli majlis, Latheefa Koya berkata mereka bertindak mengikut Seksyen 101, Akta Kerajaan Tempatan yang meliputi isu berhubung kesihatan, keselamatan dan keselesaan.

Latheefa, yang juga ketua penerangan PKR berkata judi sukan memudaratkan kesihatan mental dan menjadikan sukan sebagai aktiviti yang tidak menyihatkan.

Menurut ahli majlis Selayang, Lee Khai Loon, mereka boleh menghalang aktiviti perjudian dengan mengawal pengeluaran lesen premis perniagaan, yang mensyaratkan jenis perniagaan yang mereka jalankan.

"Premis perjudian seperti Sports Toto menyenaraikan loteri sebagai item perniagaan mereka, justeru, pertaruhan sukan bukan dalam senarai itu.


"Untuk menyenaraikan pertaruhan sukan sebagai antara item perniagaan, pengendali perlu membuat permohonan kepada majlis tempatan dan pendirian kami adalah untuk menolak permohonan seumpama itu,” katanya sambil menambah keputusan mereka adalah sebulat suara.

Malah menurut Khai Loon, yang juga adalah ketua penerangan Pemuda PKR, pihak majlis tempatan tidak akan teragak-agak menutup premis yang menawarkan judi sukan.

"Kita mempunyai 24 ahli majlis dan dengan bantuan orang ramai yang juga akan menjadi mata dan telinga untuk Majlis Perbandaran Selayang," katanya.

Malaysiakini/-

4 ulasan:

merbok berkata...

elok semua negeri bawah PR buat mcm tu.. sapa nak berjudi depa kena pi negeri bawah BN!..nanti lama-lama rakyat semua baru nampak kesungguhan kerajaan negeri PR nak banteras judi.. bila semua dah ikut lagi senang, sapa yg nak berjudi kena pi singapura/thailand.

negara kita tak perlukan hasil judi untuk pertumbuhan ekonomi sebab Allah s.w.t anugerahkan kat kita mcm2 hasilbuni.

HPH berkata...

Baguih betul ,ketegasan macam nila kita mahu. Walaupun mereka bukan Islam tapi mereka tahu kesan judi pada masyarakat, sayangnya Melayu UMNO tak kira halal atau haram janji masyukkkkk.

Tanpa Nama berkata...

petaruhan keputusan pilihanraya ...apamacam ??

Tanpa Nama berkata...

so..apa agaknyer komen ibrahim ali....
cbar negeri paktan haram judi..
sknrg dah terbukti...
negeri bawah bn apa dah terjadi..

lu pikir lah sendiri...