30 Mei 2010

M'sia bankrap 9 tahun lagi sekiranya BN terus memerintah

14 Jamadil Akhir 1431H.
Drs. Khalil Idham Lim

Terkejut besar dengan kenyataan dari menteri yang satu masa dulu jaga kapalterbang bila katanya Malaysia menghadapi risiko menjadi negara Greece kecuali rakyatnya menelan hakikat pahit bahawa pengurangan subsidi akan menyaksikan harga petrol, makanan, elektrik dan beberapa barang keperluan tidak dapat dielakkan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala, yang juga ketua pegawai eksekutif Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU) - sebuah badan yang ditubuhkan bagi mengurangkan bebanan subsidi negara sambil menerangkannya kepada rakyat berkata hutang negara akan meningkat 100 peratus daripada keluaran dalam negara kasar menjelang tahun 2019 jika pemberian subsidi diteruskan.

Satu kenyataan yang saya sifatkan tidak lebih dari menghalalkan tindakan BN yang akan menyusahkan rakyat. Namun tahukah Idris bahawa apa yang disubsidikan oleh kerajaan sebenarnya datang dari rakyat juga, jadi apalah salahnya subsidi ? yang jelas bagi saya negara akan bengkrap bukan kerana subsidi tetapi kerana rasuah berterusan oleh pemimpin BN sehingga wang rakyat sebenarnya banyak yang masuk poket orang politik malah lebih banyak dari subsidi yang diberikan kepada rakyat.

Bayangkan bagaimana Malaysia boleh jadi bengkrap dengan pengurusan wang dan khazanah negara seperti dibawah bila

1- Negara kehilangan hasil Minyak RM320 billion dengan penyerahan Blok L dan M kepada Brunai.
2- Sime darby rugi lebih RM1 billion
3- Komisen kapalselam kepada individu lebih RM500 juta...
4- PKFZ rugi beratus billion..
5- Pos Malaysia pun rugi lebih RM200 juta...
6- Kerajaan berbelanja RM6.89 juta setahun membayar kepada Putrajaya Holdings bagi menyewa Seri Perdana dan Seri Satria iaitu kediaman resmi PM dan TPM kita.Seri Perdana disewa pada kadar RM4.15 juta setahun ataupun RM345, 833.33 sebulan atau RM11,527.77 sehari! Manakala Seri Satria pula RM2.74 juta setahun ataupun RM228 333.33 sebulan atau RM7,611.11 sehari. Tidak lagi termasuk wang pengurusan yang juga mencecah jutaan ringgit setahu.

Senarai diatas adalah beberapa pratus dari banyak lagi penyelewangan dan pembaziran wang kerajaan yang akan menbengkrapkan negara bukannya kerana subsidi.

Termasuklah bagaimana MAS yang pernah dijaga Idris rugia dan akan bengkrap bila 3 buah lukisan yang menghiasi dinding di pejabat Pengerui MAS yang bernilai RM1.5 juta dan seorang Pengurus Kanan MAS bernama Chris Andrews, seorang warga asing yang dibayar gaji RM7,525 sehari! (bersamaan hampir suku juta sebulan ataupun RM2.7 juta setahun!)

Semuga rakyat tidak termakan usaha Idris untuk memperbodohkan rakyat itu, yang penting lagi cepat BN disungkurkan lagi cepat negara kita akan tidak bengkrap. malah bukanNya sampai kena tunggu 9 tahun, bagi saya negara kita telahpun bengkrap kerana kerakusan pemimpin BN mengambil harta rakyat setiap kali mandat diberikan.

11 ulasan:

SUARA RAKYAT KUNAK berkata...

Jika Rakyat tak pandai sedar dengan permainan pemimpjn atasan dan bawahan, Rasuah ada di mana mana setiap langkah Pemimpin BN, Rakyat harus menghukum mereka BN dalam PRU ke 13.

Part Timer berkata...

saya sangat setuju dgn artikel ni. Negara bankrup bukan kerana subsidi, tapi kerana korupsi...

Jom la kita pakat tukar kerjaan BN ni. Bg peluang kat Pakatan Rakyat pulak.

medit berkata...

masha allah...

baei berkata...

Kalau begitu, sedarkan rakyat malaysia dengan pelbagai cara dari sekarang. tunjukkan kemampuan kita mentadbiran Malaysia dengan tidak memberi perluang mereka mencari kelemahan kita mentadbir negeri.

sudirumusibarat berkata...

Salam Drs

Saya CP ke blog Dr MIM, biar Doc tu baca dan buka mata!

Terima Kasih

Tanpa Nama berkata...

Maju dan mundurnya sesebuah negara terletak kepada pemimpin negara yang memacu ke arah kemajuan.Rakyat bertanggungjawab menjalankan amanah yang diberikan.Teraju negaralah yang mengurus kewangan dengan bijak.Penyelewengan,rasuah dan pengaliran wang kepada orang-orang tertentu sahaja yang akan menyebabkan kerugian yang amat besar dan bahaya.Subsidi tidak seharusnya dimansuhkan.Wang subsidi itu wang rakyat dan pastinya wang itu dibelanjakan dalam negara.Apatah lagi wang tersebut berada di tangan rakyat miskin.Banyak manakah wang yang mereka perolehi.Fikir-fikirkanlah!.

Abdullah Ngah berkata...

kenyataan Idris Jala bahawa hanya 9 bulan sahaja lagi negara akan bangkrap jika subsidi barang kawalan tidak di mansuhkan semata mata untuk naikkan harga barang keperluan hidup rakyat didahulukan.

Sebab itu para menteri senyum manis dengan kenyataan itu. Yang kecewanya ialah rakyat yang didahulukan. Mereka tetap akan tanggung beban buat selama lamanya dek karenah BN yang memerintah negara.

kenyataan itu juga seolah olah meminta sempati rakyat didahulukan agar jangan membantah atau marah marah jika barangan dinaikan.

maka tunggulah masa dan ketikanya harga barang keperluan hari akan dinaikkan apabila rakyat didahulukn ini tak buat apa apa.

Tanpa Nama berkata...

Salam,
SEPATUTNYA MANIFESTO UMNO/BE END PRU-13 BERBUNYI : MALAYSIA BANKRAP 9 TAHUN LG (2019) = (JIKA RAKYAT MEMANGKAH UMNO/BN LAGI)
RAKYAT WAJIB TANYA, MANA JANJI NEGARA MAJU 2020 WAHAI MAHATHIR/NAJIB???

55 TAHUN DAHULU (1955), PRU-1, MANIFESTO PARTI PERIKATAN/UMNO BERBUNYI : MENCAPAI KEMERDEKAAN DLM MASA 4 TAHUN TELAH MEMBERI KEMENANGAN YG BESAR KPD UMNO IAITU 51 KERUSI PARLIMEN DRPD 52, 1 DI MENANGI PAS.
JADI MANIFESTO BN/UMNO YG AKAN DTG SEPATUTNYA BERBUNYI MEMERINTAH SAMPAI BANKRAP/MUFLIS DLM MASA 9 TAHUN.(MUNGKIN BANGKRAP LEBIH AWAL SEBAB PERANGAI UMNO TIDAK BERUBAH MALAH SKRG LEBIH TERUK)

PERSOALANNYA SKRG, APA YG HARUS DI LAKUKAN RAKYAT UTK ELAK NEGARA DR BANGKRAP...
1)MENOLAK PARTI PERKAUMAN UMNO/MCA/MIC-BUKAN TIRIS, BOCOR-TP PECAH AMANAH DUIT RAKYAT SELAMA 55 TAHUN INI PD PRU-13
2)BERSATU HATI MEMBERI UNDI KPD PR (PAS,DAP,PKR) SEBAGAIMANA RAKYAT BERSATU HATI BERI UNDI KPD PERIKATAN PRU-1(1955)UTK MERDEKA.
3)PEMUDA PR DGN ISU JUDI, ROYALTI DLL, PD PENDAPAT SY PEMIMPIN2 PR PULA CERAMAH ISU MALAYSIA BANKRAP 2019, KERANA TAJUK INI PASTI MENGGERUNKAN RAKYAT, "MALAYSIA BANGKRAP 2019, APA TINDAKAN KITA SBG RAKYAT".
4)MEMBAWA PAKAR2 EKONOMI DLM CERAMAH, YG DPT TERANG SECARA MUDAH KENAPA UMNO/BN WAJIB DI TOLAK DLM PRU-13 UTK ELAK NEGARA BANKRAP.
5)RAKYAT WAJIB MEMPERTAHANKAN SUBSIDI, JIKA TIDAK KITA DI BEBANI INFLASI BERGANDA, SEMUA BRG AKAN NAIK AKIBAT DR NAIKNYA HARGA MINYAK.

MEMANG BENARLAH, UMNO/BE END SUDAH TIDAK RELEVAN LAGI, MEREKA MASIH BERMENTALITI TAHUN 60-AN-70-AN DAHULU, UTK MEMERINTAH PD ZAMAN TEKNOLOGI MAKLUMAT INI, PENGAMPU/PEMBODEK YG OTAKNYA KOSONG DIPILIH MEMERINTAH NEGARA... MANA TAK BANKRAPNYA!

55 TAHUN MEMERINTAH, NEGARA MENUJU BANKRAP, ADAKAH BOLEH DI KATAKAN PEMERINTAHAN YG CEKAP?

TUGAS WAKIL2 RAKYAT PR SKRG IALAH MENUNJUKKAN KPD RAKYAT KITA PRIHATIN "SENTIASA TURUN KE AKAR UMBI, BEKERJA UTK RAKYAT" SAMBIL UMNO DGN KERETA MEWAHNYA DAN PROJEK2 MEMBAZIRNYA ITU...

PM NAJIB=UMAR B ABD AZIZ??? berkata...

JADI ISTILAH TERBARU YG DIPAKAI UTK BN IALAH :

BN = BANKRAPKAN NEGARA MENJELANG 2019
(MANA JANJI NEGARA MAJU MENJELANG 2020 WAHAI PEMIMPIN2 UMNO YG BANGANG YG TAK TAHU MEMERINTAH?)

budak pencen berkata...

nak hapus subsidi barang kawalan untok rakyat jangan disegerakan.apa yang kerajaan kena buat
dulu ialah hapuskan subsidi kepada konsesi lebuh raya dan IPP yang nyata menguntungkan mereka2 yang menerajuinya.apalah sangat dgn jumlah subsidi barang2 kawalan berbanding perjanjian menguntungkan sabelah pihak kepada pemilik Lebuhraya dan IPP.sedarlah menteri2,rakyat nak beli beras dan gula pun payah dan sukarnya untok mencari sesuap nasi.

Tanpa Nama berkata...

Untuk mengelakkan Malaysia menjadi bangkrup, kita perlu dan wajib menukar pemimpin yang telah menjadikan Malaysia hampir bengkrup itu. Beri peluang kepada pemimpin lain yang boleh menjauhkan Malaysia jadi bangkrup.

Kenapa kita hampir bangkrup??
1.beli kapal selam tak boleh selam
2.beli kapal perang harga lebih tinggi
3.pkfz
4.formula 1
5.beli katak lompat
6.beli undi prk
7.dan senaraikanlah sendiri........