30 Mei 2010

Kenyataan Media : Judi bukan budaya mana-mana bangsa.

14 Jamadil Akhir 1431H.


Kenyataan yang tidak bertanggung jawab dari Pemuda BN Perak.



Merujuk kepada Berita dari Sinar Harian pada Khamis, 27 Mei 2010 mukasurat PK4 saya menarik perhatian untuk menyatakan beberapa pendirian saya kepada kenyataan-kenyataan berkaitan dengan Judi Bolasepak yang saya anggap tidak bertanggung jawab dan memerlukan penjelasan dan pembetulan dengan segera.

Antara kenyataan yang saya maksudkan dalam laporan itu ialah :

1. Kononnya Pakatan Rakyat dan pendukung liberalisasi yang mempunyai agenda untuk mengkomersialkan perjudian sekali gus dijadikan senjata untuk memburuk-burukkan kerajaan BN.

2.PAS menentang habis-habisan lesen judi bola sepak Piala Dunia, ini seolah-olah mereka tidak pernah meluluskan lesen judi dan tiada pusat judi di negeri yang ditadbirnya. Tidak pun kita dengar bila ia hendak ditamatkan.

3. Kerajaan Kelantan misalnya, pernah ditanya mengenai lesen arak dan judi dinegeri yang dipimpin ulama PAS itu, namun PAS memberi alasan ia adalah untuk orang bukan Islam dan sudah menjadi budaya mereka yang sukar dihakis.

4."PAS begitu sensitif mengenai isu lesen judi, tetapi boleh pula berkompromi dengan DAP yang menentang Islam".

Kenyataan dan jawapan saya adalah seperti berikut :-

1. Saya menyanggah kenyataan yang tidak bertanggung jawab dengan menuduh Pakatan Rakyat dan pendukung liberalisasi yang mempunyai agenda untuk mengkomersialkan perjudian sekali gus dijadikan senjata untuk memburuk-burukkan kerajaan BN. Sesungguhnya apa yang berlaku sangat jelas bila gelombang yang menentang Judi Bolasepak tidak terbatas kepada kelompok yang disebtukan diatas, malah sangat menyeluruh sehingga melibatkan kelompok yang lebih luas.

Tidakkah yang mengkormersilkan judi adalah Kerajaan BN sendiri yang sangat tidak bertanggung jawab dengan meluluskan lesen. BN sendirilah yang memburukkan wajahnya sediri dengan melakukan dasar-dasar yang bukan sahaja tidak islamik malah bertentangan dengan budaya dan tatasusila masyarat islam secara umumnya.

2. Terima kasih dengan pengkitiran bahawa PAS menentang habis-habisan lesen judi bola sepak Piala Dunia, dan saya anggap merupakan pengiktirafan kepada perjuangan Jemaah islam yang tidak berpura-pura dalam sikap dan tindakannyaq.

Namun tudahan yang mengatakan "seolah-olah mereka tidak pernah meluluskan lesen judi dan tiada pusat judi di negeri yang ditadbirnya. Tidak pun kita dengar bila ia hendak ditamatkan." adalah kenyataan yang tidak berasas dan lari dari fakta yang sebenarnya. Tahukah Pemuda BN bahawa lesen-lesen perjudian adalah kelulusan yang hanya dibawah kuasa Menteri kewangan dan Kerajaan negeri cuma boleh mengawalnya dengan kawasan kelulusan pengunaan permis bangunaan untuk tujuan tersebut.

Malah saya tegaskan semua permis-permis judi yang ada semuanya adalah kesan dari kelulusan lesen judi dan peninggalan dari pemerintahan BN sebelumnya, kerana itu menuduh kami yang meluluskan lesen judi adalah kenyataan orang yang terdesak dan kehabisan modal serta hujjah yang rasional.

3.Saya menyanggah dengan kononnya Kerajaan Kelantan yang pernah ditanya mengenai lesen arak dan judi dinegeri yang dipimpin ulama PAS itu, namun PAS memberi alasan ia adalah untuk orang bukan Islam dan sudah menjadi budaya mereka yang sukar dihakis.

Kenyataan ini adalah pembohongan yang perlu tindakan memohon maaf dengan segera kerana aktiviti judi adalah tidak wajar dikaitkan dengan mana-mana agama , budaya dan bangsa. Tindakan dan tuduhan yang menyatakan judi adalah budaya mana-mana bangsa adalah tuduhan liar yang mesti ditarik dengan segera.

4. Kenyataan yang mengatakan DAP adalah anti Islam adalah kenyataan yang jahat tanpa bukti dan tidaklebih dari kenyataan untuk menutup kelemahan dan kemungkaran yang dilakukan oleh pemimpin UMNO dan BN. Kalau kita ingin bercakap mengenai siapa anti Islam saya rasakan semua sudah tahu siapakah yang antia islam, samada pemimpin UMNO atau DAP.

Malah Pakatan Rakyat negeri Perak boleh mengatur satu forum khusus dengan mempertemukan pemimpin DAP dan UMNO untuk berhujah tentang tajuk "siapa antiislam".

KENYATAAN MEDIA, 29 Mei 2010

DRS. KHALIL IDHAM LIM
Setiausaha Sekretariat
Pakatan Rakyat Perak.

3 ulasan:

Sadri berkata...

YB! Lawan tetap lawan. Deme memang kaki putar alam dan putar belit. Peninggalan judi yg ada semua saki baki khazanh BN dulu.Deme beghak, suruh kita cuci. Dah tak idea la tu.

Yang kaitkan DAP tu pasal pulak? UBN lagi kuat tentang Islam dr DAP.Ade ke DAP halang kita berpolitik dlm masjid? Deme dh kecut perut bila kita bkawan dengan DAP...

Teruskan perjuangan kita... Jangan pandang belakang!...

Allah hanya menolong org2 yg menolong agamaNya berkata...

Salam, AKAN Sentiasa ada 1 golongan yg benar2 memperjuangkan Islam (mengikut Al Quran dan Hadith) hingga akhir zaman, yg sentiasa konsisten menyatakan kebenaran Islam dlm percakapan dan tindakan...lawannya golongan yg menentang dan benci dgn hukum2 Allah, mulut2 mereka sentiasa bercakap bohong, menyalahkan org lain, memperbodoh2kan masyarakat dan menyeleweng dari ajaran Islam yg sebenar, mengambil mudah hukum2 Allah.
Mereka sentiasa mempersendakan golongan2 Islam yg benar2 ingin melaksanakan Islam-SETAKAT KEMAMPUAN YG ADA. Mulut mereka adalah jahat, lebih2 lg HATI2 MEREKA (LEBIH JAHAT) DAN TELAH TERTUTUP RAPAT...TIADA CAHAYA.
Mereka memutarbelitkan akan keadaan hukum judi dan arak. Judi sememangnya di haramkan kpd semua tetapi arak di Kelantan di benarkan hanya utk di minum oleh org2 bukan Islam dan mesti mengikut peraturan yg ketat...sebagaimana di Eropah pun seseorang yg meminum arak TIDAK DIBENARKAN MEMANDU KERETA, DON'T DRINK AND DRIVE', kerana membahayakan org lain.
Pd pendapat aku, sebenarnya Pemuda BN Perak dlm keadaan bersalah atau DALAM DILEMA, ditelan mati emak diluah mati bapak...mula2 menyokong haramkan judi, tetapi kerana yg meluluskan judi itu BOS BESAR mereka, maka kena 'cover'lah skit, cari ayat menyalahkan org lain/memperlekehkan usaha org lain.
Itulah perangai buruk Umno DULU, KINI DAN SELAMA2NYA. TAIK DIA BERAK, TAK PERNAH MENGAKU, BILA ADA ORG CUCI TAIK TU, SIAP BG ARAHAN DAN MENGAJAR ORG "HOI ORG PAS, KENA BERSUNGGUHLAH SKIT CUCI TAIK TU, EH APSAL TAK CUCI BETOL2..TU ADA LAGI TU, HARUS CUCI SANA SINI, SIAP TUNJUK LAGI KAT MANA ADA LAGI TAIK DIA YG DIA CIRIT MERATA2 KAT TEMPAT LAIN"...
MACAM KAT SELANGOR ADA BERIBU-RIBU KETUL TAIK DIA TINGGAL MERATA2...SURUH ORG CUCI.
Nabi Muhammad SAW dulu pun mengalami keadaan yg sama, setiap perkara yg baginda buat, akan diejek2 dan diperlekehkan oleh org2 Munafik dan Kafir Quraisy...jadi SEJARAH SENTIASA BERULANG.

Tanpa Nama berkata...

Pada pendapat saya, jika Menteri Kewangan sanggup membatalkan semua lesen judi di negeri pakatan rakyat, maka kerajaan negeri amat berbesar hati dan menyokong penuh pengharaman tersebut tanpa berbelah bahagi.

Pokoknya, sanggupkah Menteri Kewangan membatalkan lesen judi tersebut?

Kepada UMNO, jujurlah ketika berkata dan jangan jadi munafik kerana menyembunyikan sesuatu yang memang telah anda sendiri ketahui.

Sila rujuk Menteri Kewangan.