12 Mei 2010

PAS BANTAH : Program ‘Melayu Bangkit’ bersifat perkauman

26 Jamadil Awal 1431H.
Harakahdaily/-

KUALA LUMPUR, 11 Mei: PAS melihat program Melayu Bangkit anjuran Gerakan Kebangkitan Rakyat (Gertak) pada 13 Mei ini jelas bersifat perkauman untuk membangkitkan semangat orang Melayu.

Naib Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, program itu tidak sihat dan tidak wajar untuk diadakan dalam keadaan rakyat sedang bersatu ke arah mewujudkan perpaduan.

"Ini sudah tentu satu perkara yang tidak sihat dan tidak wajar untuk diadakan di persada tanah air di saat kita sudah merdeka 50 tahun dan Perdana Menteri membangkitkan slogan 1Malaysia,” katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS di sini, pagi ini.

Beliau merujuk kepada kenyataan Pengerusi Gertak, Razali Idris yang disiarkan di sebuah akhbar semalam yang menyatakan bahawa tarikh 13 Mei dipilih untuk membangkitkan kesedaran orang Melayu dan mengenang peristiwa berdarah yang pernah berlaku pada tarikh tersebut.

"Ini satu kenyataan yang serius yang menyebut secara nyata dan terang memilih tarikh tersebut untuk membangkitkan semangat Melayu ini. PAS memandang tindakan ini sebagai sangat tidak bertamadun," kata Salahuddin.

Justeru, PAS katanya meminta seluruh rakyat menyedari tentang bahaya kumpulan yang cuba mewujudkan sentimen perkauman ini.

"Kita minta rakyat Malaysia sedar dengan kewujudan kumpulan yang sangat berbahaya ini, yang cuba membangkitkan kembali semangat perkauman di negara ini," katanya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.

Beliau juga menegaskan, tidak salah jika Umno BN ingin mengadakan program sedemikian tetapi harus memilih topik yang lebih sihat dan tidak menyentuh sensitiviti perkauman.

"Kita harap program ini diadakan dengan topik yang lebih sihat.

Beliau juga khuatir Institut Integriti Malaysia (IIM) Terengganu yang dilibatkan secara langsung dalam program itu, dipergunakan untuk politik sempit Umno.

"Saya sangat aktif dengan IIM dan banyak perkara yang dibangkitkan dalam IIM. Tapi IIM Terengganu dilibatkan dalam program yang sangat sempit dan ekstrem ini.

"Jadi saya minta Presiden IIM, Datuk Dr Mohd Tap Salleh mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap IIM Terengganu yang boleh dipergunakan oleh puak-puak yang ekstrem ini kerana saya yakin di belakang program ini adalah Umno," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali pula berharap program itu dibatalkan.

Belau berkata, ianya jelas melibatkan Unit Perancang Ekonomi di bawah Kerajaan Negeri Terengganu.

Beliau mempersoalkan Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang dijangka akan menghadiri program itu.

"Saya nak tanya Mahathir, adakah dia nak hidupkan kembali semangat perkauman ini? Dia sebagai negarawan, nak hadir ke program sebegini. Ini yang amat dikesalkan," katanya.

Program itu akan diadakan di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak, Kuala Terengganu.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

SALAM,

MAHATHIRLAH PM MALAYSIA TAHUN 1999 YG TELAH MENSABOTAJ EKONOMI MELAYU TERENGGANU DGN MENJADIKAN ROYALTI (HARTA RAKYAT) MENJADI EHSAN (SEDEKAH)...YG DI AGIH2KAN DI KALANGAN KRONI UMNO TERENGGANU...DAN DIBERI KPD PUTERI UMNO KEDAH, BAIKI KEDIAMAN RASMI MB KEDAH DAN NEGERI 9, LAP TOP SEBIJI SORG KPD JKKK NEGERI BUKAN TERENGGANU-LAPORAN AUDIT,AKHIRNYA SEMUA YG DI BINA PAKAI DUIT EHSAN RUNTUH...ADAKAH RAKYAT TERENGGANU SUDAH LUPA???

SEKARANG MAHATHIR DTG KE TERENGGANU UTK MENGAJAR RAKYAT TERENGGANU TENTANG 'MELAYU BANGKIT'???

ORG2 YG SABOTAJ EKONOMI TERENGGANU MINTAK ORG2 TERENGGANU BANGKIT EKONOMINYA?

BAIKNYA PERANGAI!!!!

ADAKAH MELAYU TERENGGANU MUDAH LUPA!!!

Tanpa Nama berkata...

macam mana melayu nak bangkit? 50 tahun lebih melayu diperbodohkan, ditipu, diracun hingga dah nazak dah. nasib baik apco dtg bagi pertolongan.YANG AKAN MENUJU PUNCAK IALAH ISLAM. BUKAN MELAYU YG KAYA DGN SEMANGAT ASSABIAHNYA.

Tanpa Nama berkata...

orang-orang melayu UMNO-BN bukan ada akai, bodoh macam telor, melayu yang bangsat memang macam tu