26 Jamadil Awal 1431H.
Ahmad Baei Jaafar
Tiba-tiba saja semalam saya terbaca kenyataan bahawa sambut hari ibu haram kerana perayaan itu mula disambut oleh orang kafir iaitu masyarakat yang beragama Kristian. Kononnya Greek kuno memanggilnya sebagai hari cybele iaitu ibu kepada dewa-dewa mereka. Manakala Roman kuno pula meraikan hari matronalia sebagai tanda memperingati dewa juno iaitu mak kepada juventas, vulcan dan mars.
Persoalannya adakah Greek kuno dan Roman kuno beragama Kristian? Kalau begitu jawapannya, sah hari ibu itu diasaskan oleh orang Kristian. Tetapi kalau benarlah diasaskan oleh Kristian, tidak bolehkah kita mencontohinya? Apakah sambutan hari ibu itu terdapat pengaruh agama Kristian atau atas kesedaran mereka sendiri yang tiada kaitan dengan agama?
Dr. Yusuf al-Qaradhawi pernah berkata, “Hari ibu ini timbul kerana pihak orentalis/doktrin barat memikirkan bahawa inilah cara yang terbaik untuk mereka menarik minat anak-anak remaja barat agar menghormati orang tua mereka. Umumnya kita tahu bahawa masyarakat barat amat tipis dengan adab tatasusila, jadi dengan mengadakan/mengkhususkan hari-hari tertentu sekaligus dapat memupuk remaja mereka agar menyayangi dan menghormati orang tua mereka.”
Pendapat Dr Yusuf itu mengesahkan bahawa sambutan hari ibu itu tiada kaitan dengan agama Kristian tetapi timbul kesedaran masyarakat barat betapa perlunya mereka menyayangi ibu. Pada mereka kalau tidak boleh setiap hari kenang ibu, cukuplah sehari yang khususkan untuk ibu.
Jadi, kalau sambutan ini tiada kaitan dengan agama, sudah tentu tidak salah kita mencontoh sesuatu yang baik daripada orang lain. Tetapi kalau memang ada kaitan dengan agama Kristian tidak bolehkah kita mengambilnya sebagai contoh tetapi pengisiannya kita sesuaikan dengan Islam?
Sebenarnya sambutan hari ibu seperti yang disambut oleh masyarakat dunia tiada langsung kaitan dengan agama. Pengajur memilih hari ibu sesuai dengan keadaan negara. Negara kita memilih setiap hari Ahad minggu kedua bulan Mei.
Walau bagaimanapun bagi orang Islam, setiap kerja dan usaha kita pasti dinilai sebagai ibadah termasuk menyambut hari ibu. Maka kalau kita ikut panduannya kita akan beroleh pahala dan dinilai sebagai kerja agama. Jadi, sambutan hari ibu walaupun orang lain sebagai sambutan biasa, kita diberi pahala oleh Allah. Kalau begitu, bagaimana kita menghukumkan sambutan hari ibu sebagai haram?
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ah”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.” (Surah al-Israa’, Ayat 23 hingga 24)
Selain ayat ini terdapat banyak hadis yang menyebut tentang perintah menghormati ibu. Dalam sebuah hadis yang masyhor, sahabat bertanya rasul siapa yang harus mereka hormati dan memberi ketaatan, rasul menjawab ibu, mereka tanya lagi siapa lepas itu, baginda jawab ibu. Soalan yang sama diulang untuk kali ketiga, dan jawapan baginda tetap ibu. Cuma yang keempat barulah disebut bapa.
Jelas di sini, kita yang lebih patut menyambut hari ibu berbanding orang lain. Sayang kita kepada ibu sepatutnya berganda berbanding orang lain. Oleh sebab itu, sambutlah hari ibu dengan memberi penghormatan kepadanya. Berikah kasih sayang yang paling tinggi pada hari tersebut. Namun pada hari-hari lain, kasih dan sayang kepada ibu harus dikekalkan setiap hari. Menghormati ibu tidak ada musim cutinya. Inilah yang membezakan Islam dengan bukan Islam.
--
Dicatat Oleh Ahmad Baei Jaafar ke Fikrah Islamiah

5 ulasan:
doa utk ibu setiap hari.....selesai!. Pening kepala org2 awam byk sangat huraian yg berbeza pendapat...mana satu nk ikut.?
hari ibu ???kita sayang ibu hari-hari,baru betul tu...
Bukannya apa, orang kita hari ini suka sangat ikut cara orang bukan islam. Orang bukan islam rasanya lebih kepada mengikut cara islam. Persoalan sekarang ini mengapalah orang islam suka sangat nak amal islam ikut cara bagaimana orang bukan islam amal islam? Renung-renngkanlah, orang islam tak yah lah disalahkan, yang patut disalahkan ialah orang islam itu sendiri.
doa tidak terangkat jika sengaja2 tidak mendoakan utk 2 ibubapa setiap kali selesai solat 5 w x 365 hari.. kata guru ku
"Hari Ibu" ialah..., setiap hari-hari yang berlalu dan mendatang kepada seorang anak yang soleh...! Hari-hari ialah "Hari Ibu", bukan khusus pada satu hari ini sahaja...! Setiap masa dan saat menjadi hari seorang ibu kepada anaknya... Anak-anak perlu sentiasa ambil tahu dan ucapkan rasa kasih sayang kepada ibu sepan...jang masa..........!!! Berilah hadiah ingatan setiap hari dan luahkanlah rasa sayang sepanjang masa, wahai anak-anak...!!!
http://dakwah.org/blog/?p=135
http://www.facebook.com/#!/note.php?note_id=120820987937560&id=109822995712140&ref=mf
Catat Ulasan