21 Jun 2010

Asri masuk UMNO ? , apa isu sebenarnya.

Drs. Khalil Idham Lim

Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin disebut-sebut akan menyertai Umno bersama 100 ulama muda lain Jumaat ini.

Mengulas mengenai perkara berkenaan, Setiausaha Kerja Umno, Datuk Abd. Rauf Yusof ketika dihubungi mStar Online di sini hari ini berkata: "Ya, tunggulah Jumaat ini."

Sebelum itu, beliau berkata, barisan ulama berkenaan akan menyertai parti menerusi Cawangan Dataran Merdeka, Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Sementara itu bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin menjelaskan bahawa beliau belum membuat apa-apa keputusan untuk menyertai mana-mana parti politik.

"Saya mengharapkan semua pihak tidak membuat andaian yang terlalu cepat terhadap kenyataan mana-mana pihak mengenai isu ini," tulis beliau dalam blognya.

Apakah sebenarnya disebalik berita yang saya kira sengaja dihebohkan ini ?

Hakikat yang kita sedia maklum ialah UMNO sekarang ini dalam keadaan cukup nazak dan kapalnya sudah hampir karam. Isu-isu nasional yang muncul sejak akhir-akhir ini mengesahkan UMNO semakin terdesak dan membukti sebagai pengkhianat kepada agama dan bangsanya sendiri.

Dua contoh besar ialah pengkhianatan UMNO kepada agama ialah dengan kelulusan lesen judi bolasepak yang jelas membuak mata banyak pihak bukan sahaja pelbagai bangsa dalam Pakatan Rakyat namun pihak di dalam UMNO sendiri yang merasa begitu tidak selesa dengan kelulusan lesen judi tersebut.

Gelombang kemarahan rakyat kepada "menghalalkan" judi tersebut jauh sekali bertentangan dengan tatasusila dalam agama Islam yang selama ini dilakonkan oleh UMNO merekalah sebagai pejuangnya.

Dengan isu ini kebenaran terselah dengan sendiri hasil dari kerja UMNO sendiri bahawa yang membela islam adalah PAS bukannya UMNO.

Penyerahan blok L dan M kepada Kerajaan Brunei yang menyebabkan kerugian sebanyak RM 320 billion menyebabkan rakyat nampak betapa pemimpin UMNO mudah sekali menggadai tanah air kepada orang asing. Tidak berapa lama sesudah itu penggadaian tanah KTM kepada kerajaan Singapura berlaku dalam keadaan isu Blok L dan M masih belum reda.

Saya mengira Najib sudah dapat mencium bau bahawa isu yang boleh menaikkan kembali dia ke persada rakyat tidak lain dengan isu agama. Bukankah Pak Lah naik dengan isu ini. Slogan Islam hadhari selepas menjadi PM mampu melonjakkan sokongan rakyat kepada UMNO dan BN.

Apatah lagi 1malaysia tidak cukup untuk menyakinkan rakyat mengenai keberadaan dan manfaatnya untuk rakyat dan negara.

Walaupun sudah banyak wang dibelanjakan nampaknya 1Malayia tidak dapat menyakin sepenuhnya rakyat khususnya kaum melayu kepada Najib. Apalagi masalah-masalah lapuk yang membelik kehidupan Najib bila-bila masa boleh dimainkan oleh Pakatan Rakyat.

Kerana itu kena ada sesuatu yang mesti dan perlu dilakukan iaitu mengembalikan Najib kepada Imej Islam walaupun kejaannya pun saya nampak agak tidak jelas. Yang penting itulah yang saya nampak, bila Dr. Asri dikatakan ingin masuk UMNO bersama 100 lagi ahli agama dan ada dikalangannya berkelulusan PHD.

Semacam ingin digambarkan UMNO sudah benar-benar Islamik sehingga begitu ramai ilmuan Islam yang ingin menyertainya.

Inilah kerja-kerja akhir hayat yang dilakukan UMNO untuk menipu rakyat, dalam keadaan semua sudah tahu bahawa bagaimanapun Umno di"makeup" dia sudah sangat tua untuk menngatakan ia membela Islam tentulah sudah sangat terlambat dan buktinya terbentang didepan mata rakyat bahawa UMNO adalah penghianat kepada agamanya sendiri.

Malanglah jika benar ada orang agama yang ingin masuk UMNO dalam keadaan orang yang jahil dalam UMNOpun sudah lari meninggalkan UMNO.

14 ulasan:

Mohd Saad Ismail berkata...

memang benar dan tepat ulasan yb dlm hal ini UMNO memang pengkhianat kepada agama nya sendiri. juga kepada bangsanyajadi bahan permainnan public opinion sahaja.

Tanpa Nama berkata...

salam izin celahan,

maaf banyak2 sbb saya mungkin berpandangan sedikit berbeza..

dlm keadaan ketika umat islam memerlukan organisasi khusus yg boleh diyakini mampu mengembalikan identiti dan ruh Islam di negara ini, ramai yg melihat PAS bukanlah pilihan yg terbaik..begitu juga, UMNO bkn yg terbaik..namun, ramai sbnrnya lebih yakin UMNO mampu dipulihkan dan menjadi entiti terpenting untuk membela umat Islam secara solid berbanding PAS..mungkin apa yg akan dilakukan oleh 100 ulamak muda ini adalah detiknya, jika benarlah..

Mohd Hanyzan Al Muari berkata...

assalam...

Biarkanlah mereka yang nak masuk dalam UMNO/BN itu tak jadi apa pun,lihat la ulama ulama yang ada pun senyap membisu seribu bahasa...lagi lagi tentang judi bola sepaknya ulama UMNO yang ada pun tak berani nak bersuara...

Tanpa Nama berkata...

ulama' pondok yang terbaik

Tanpa Nama berkata...

Hmmm... mengapa tidak terus diperkukuhkan PAS bersama "100 ulamak muda" tersebut. Namun, bukan mudah mengumpul "100 ulamak muda" ynag ikhlas berjuang tanpa imbuhan....... wa Allah hu 'alam.

Tanpa Nama berkata...

Yb
Masuklah ulamak seramai mana pun, kalau pergerakan & perlembagaan parti tidak berlandaskan Islam..akhirnya tak akan kemana,, melainkan Islamkan parti itu dulu,Sejarah tidak pernah menipu, berapa banyak Ulamak yang menyertainya... TEWAS Di perjalanan.

Tanpa Nama berkata...

ulamak muda bodoh sahaja yg masuk umno...ehh..ulama pe jadahnye...baru ngaji timur tengah dan iktiraf diri ulamak mudalah ilmuan islamlah.....tgk pointer dululah...setakat dpt maqbul dah kecoh ngaku ulamak..

anti org muda ngaku ulamak tp bodoh

No Nama berkata...

kalau masuk PAS mana boleh cari makan....

abdullahngah berkata...

Tak perlu sedih dengan perkembangan seumpama itu, kerana orang berilmu terbabagi kepada dua golongan.

Rasulullah SAW pernah sebut ulamak ada yang baik dan ada yang jahat. Kalau ulamak ada yang baik dan ada yang jahat apalah sangat dengan seorang yang ada gelaran DR yang dibuat di Universiti selama tiga atau lima tahun itu.

Jika ulamak yang hafiz Quran ada yang jadi jahat, apa yang hendak dihairankan jika Dr Mohd Asri Zainal Abidin Masuk UMNO.

Memang jiwanya sesuai dengan dasar UMNO. Kalau tidak mana mungkin dia masuk UMNO yang Islamnya dipuak ke 72 itu.

Tanpa Nama berkata...

Entah2 dia masuk NGO..hehehe, mana tahu kan..isu Mavi Marmara yang intternasional tu pun NGO yang backup...UMNO atau B.ENDDD atau PAS kat ne????? Benarlah hasan Albanna memilih NGO!

Penyokong erdogan

ANAKSENGAT' ( aku tak rela diperdaya umNO) berkata...

teman adepandangan tersendiri....lojik gak asri masuk umNO..dunia dah nakkiamat..http://anaksengat.blogspot.com/

Tanpa Nama berkata...

AsSalam...

Kadang2 terfikir jgk...biarkan ulamak tu bersama UMNO...mugkn dpt merobah UMNO...InsyakAllah...jgn kite mengakui mmg kite yg benar2 Islam, mgkn UMNO hendak berubah...kite berdoa shj pada Allah agar UMNO berubah...Taubat Nasuha...

Tp....boleh caya ke pun?

Harap2 lah..Amiiiin

Kem Pas berkata...

Apa masalahnya DrMAZA hendak masuk UMNO sebagaimana kita tidak pernah kisah pun org2 mempunyai latar belakang agama masuk PKR sekalipun perlembagaan menjadi alasan. Atau kita yg mempunyai double standard dlm penerimaan perlembagaan.Biarkan DrMAZA join UMNO, biarkan DrBA join PKR, biarkan...biarkan...biarkan.

Tanpa Nama berkata...

ular masuk semak ke?