15 Jun 2010

'Jangan ambil ringan propaganda Umno'

1 Rejab 1431 H
Oleh: Hazlan Zakaria

Ketua Dewan Pemuda PAS Nasrudin Hassan hari ini menggesa pemimpin parti itu supaya tidak mengambil ringan hakisan Melayu sokongan terhadap parti Islam itu dan persepsi yang ia mengabaikan akar umbi Melayu.

Bercakap sewaktu sesi penggulungan muktamar PAS ke-56 di Pengkalan Chepa Kelantan, Nasruddin (kiri) mengingatkan bahawa adalah satu kesilapan sekiranya PAS menganggap propaganda lawan politiknya - Umno - mengenai perkara itu, tidak memberi sebarang kesan.

Nasrudin berkata, sejak 2008 hingga sekarang, PAS semakin kehilangan sokongan orang Melayu, khususnya berkaitan hubungan PAS dengan DAP sehingga ada yang mendakwa parti itu menjadi boneka DAP dan telah meninggalkan perjuangannya.

Menurut Nasrudin lagi, perang psikologi Umno itu mempengaruhi tanggapan NGO Melayu terhadap PAS.

Atas alasan itu, kata Nasruddin, parti harus merapatkan dirinya dengan NGO dan masyarakat Melayu bagi membetulkan salah tanggapan tersebut.

Sehubungan itu, katanya, Pemuda PAS akan melancarkan gerakan mendaftar ahli dan pengundi baru (Gempa) untuk mendekati masyarakat dan memperluaskan sokongan terhadap parti itu.

Malaysiakini/-

Tiada ulasan: