oleh : ibnuirfadzil.blogspot.com
Lukisan suasana Masjid al Azhar, pusat menimba ilmuSepertimana yang telah diberitakan, seramai 100 orang yang dikatakan sebagai ulama akan menyertai UMNO. Baru diberitakan sebentar tadi, seramai 40 orang telah pun menyertainya. Dan isu yang ingin saya bangkitkan di sini bukanlah “kepartian”, tetapi isu Agama Islam dan kezaliman.
Sepertimana yang telah kita ketahui sebelum ini, beberapa unsur percanggahan dengan Agama Islam telah jelas dan terang dilakukan oleh parti tersebut. Bahkan unsur kezaliman juga telah banyak berlaku dan jelas di hadapan mata kita.
Antara bentuk percanggahan dengan Islam ialah perjuangan sekularisme, liberalisme, nasionalisme dan sebagainya. Manakala unsur yang berbentuk kezaliman ialah menolak pelaksanaan hudud, judi, arak, mempermainkan hukum Allah, kehilangan duit negara berbillion-billion ringgit dan sebagainya. Tidak perlu diulas panjang di sini.
Bertambah pelik apabila 40 orang yang dikatakan sebagai ulama telah menyertai parti ini. Bahkan dijangka lagi 60 orang yang dikatakan sebagai ulama akan menyertainya juga.
Maka, sebagai makluman untuk 40 orang yang telah menyertai ini, kami di Mesir, khususnya pengajian Islam di al Azhar sudah bersedia untuk berhadapan dengan ulama-ulama yang menyokong kezaliman ini.
Dan nasihat daripada saya, anda akan menanggung dosa-dosa kezaliman tersebut, dan anda “berpotensi” untuk bergelar ulama bisu. Kalau betul anda menyertainya untuk menyebarkan dakwah Islam, bermakna anda sudah tersilap pilih jalan untuk menyebarkannya.
Saya ingin bertanya, “kenapa baru sekarang terhegeh-hegeh nak mendaftar untuk menjadi ahli?” Kenapa anda tidak perjuangkannya sejak di tempat pengajian anda lagi? Adakah anda menyangka perjuangan untuk menegakkan kezaliman dan percanggahan dengan Islam ini sebagai perjuangan yang suci?
Adakah anda mengamalkan pegangan “taqiyyah” yang diamalkan oleh syi’ah? Adakah anda berani berhadapan dengan azab Allah kepada mereka yang menyokong kezaliman? Adakah anda ingin merealisasikan konsep “terjun dalam lubang najis, untuk bersihkan najis?”. Akhirnya anda akan lemas dengan najis tersebut.
Adakah anda tidak tahu, selama ini perjuangan parti tersebut sudah bercanggah dengan Islam? Adakah anda tidak tahu, sebelum ini parti tersebut pernah menghina sunnah Nabi yang anda perjuangkan? Adakah anda tidak tahu, parti tersebut menolak pelaksanaan hukum Allah?
Atau anda sengaja buat-buat tidak tahu, atau ada udang di sebalik batu? Saya selaku Mahasiswa Universiti al Azhar menantikan ulasan dan hujah anda untuk membolehkan perkara yang haram, dan mengeluarkan dalil untuk bercanggah dengan Islam.
Sekadar inilah nasihat yang mampu saya berikan untuk golongan ini. Ingat, anda perlu kenal musuh sebenar, dan membezakan di antara usul dan furu'. Anda juga perlu tahu kebenaran yang sebenar, dan kebenaran yang palsu.
Kalau anda berselisih pandangan, jangan sampai memilih perkara yang batil. Sepertimana yang saya sebutkan sebelum ini, bezakan antara hitam dan putih dahulu sebelum anda bezakan antara biru dan hijau.
Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
ibnuirfadzil.blogspot.com

Tiada ulasan:
Catat Ulasan