27 Jun 2010

PAS tidak gentar ribuan orang agama sertai Umno

Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 26 Jun: Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad (gambar) menegaskan, parti itu tidak gentar dengan kemasukan 40 orang yang berlatar belakang agama menyertai Umno.

Katanya, kalau beribu-ribu menyertai Umno pun PAS tidak takut, lebih-lebih lagi yang menyerahkan borang semalam adalah mereka yang tidak diketahui langsung dari mana kedudukan mereka di tengah-tengah masyarakat.

“Saya cuba hubungi rakan di Fakulti Islam UKM untuk bertanya seorang yang masuk menyertai Umno itu pensyarah Fakulti Islam, rakan saya beritahu, beliau pun tidak kenal,” ujarnya.

“Jikalau beliau yang menjadi pensyarah senior di Fakulti Islam UKM pun tidak kenal, macam mana pula Pak Mat di Dabong, Gua Musang dan Mak Minah di Hulu Tembeling Pahang hendak kenal,” ujarnya sinis.

Tegasnya, perjuangan PAS bukan menentang peribadi tetapi menentang dasar Umno.

Menurutnya, sesiapa sahaja yang memimpin Umno, PAS akan tentang selagi mempertahankan dasar Umno yang membawa perkara munkar dan mengkhianati amanah negara dan rakyat.

PAS, jelasnya tidak pernah berundur walau setapak untuk menyatakan Umno parti yang tidak betul.

Beliau berkata, PAS yakin mereka yang berlatar belakang agama dalam Umno tidak ke mana akhirnya kerana hanya akan menjadi kupang tembaga yang digunakan ketika hendak melawan hujah PAS.

“Itu pun bukan secara berdepan. Mereka hanya berani bercakap ketika seorang diri tanpa di pihak lawan. Beberapa kali PAS ajak berdebat sampai hari ini tidak pernah disahut,” katanya lagi.

Tambahnya, PAS juga yakin bahawa Umno bukan tempat untuk orang agama berjuang.

Sekadar menyebut beberapa nama mereka di dalam Umno yang mempunyai kelulusan yang lebih tinggi dan pengaruh yang lebih hebat daripada 40 orang yang baru menyerah borang menyertai Umno, beliau bertanya ke mana perginya mereka yang berkenaan.

Antaranya ialah Dr Hamid Othman (bekas Prof Madya UKM BA Azhar, Phd UK) , Dr Abdullah Mohd Zin (bekas Prof Universiti Sains Islam Malaysia USIM, BA Madinah, Phd UK), Dr Yusof Nor (bekas Prof Madya UKM, Phd Mesir), Brg Jeneral Hamid Zainal Abidin, Dr Ismail Mat (UKM), Ustaz Nakhaei Haji Ahmad di persada politik umno.

Justeru, ujarnya PAS merasa hairan ketika kapal Umno hendak tenggelam dan penyakit barah Umno sudah sampai kepada peringkat keempat untuk ditalqinkan, tiba-tiba ada mereka yang berlatar belakang agama bersama-sama dengan Umno untuk karam sama.

“Sewaktu anak-anak muda yang memakai subang sebelah dan wanita yang tidak bertudung bersama gerakan untuk menukar kerajaan BN kepada kerajaaan Pakatan Rakyat, tiba-tiba mereka yang belajar agama boleh bersekongkol dengan Umno.

“Parti yang rapuh, penuh dengan sarat rasuah, moral yang rendah, mengkhianat wang rakyat dan pembaziran, mengambil APCO Yahudi sebagai penasihat, hak milik negara digadai kepada Singapura dan Brunei,” katanya.

Tegasnya, PAS yang berpegang kepada dasar Islam, ulama yang muttaqin menjadi rujukan akan terus mara ke hadapan untuk menyelamatkan rakyat dan negara daripada kehancuran.

Malaysiakini/.-

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

takbir

Tanpa Nama berkata...

40 org tu ade tauliah dak tu..?

Tanpa Nama berkata...

UMNO sedang mencari siapa yang ada serban, janggut, muda, dan dapat dijual beli untuk dijadikan ulama UMNO... JAWATAN KOSONG UMNO 1 MALAYSIA

Tanpa Nama berkata...

setakat jadi ulama barua UMNO dah banyak ulama barua da dalam UMNO, tak berani mengatakan kebenaran, judi pun tak berani tentang, jauh sekali ISA

Tanpa Nama berkata...

bukan boleh jadi PM, setakat TPM, anwar pun kena tendang sebab tak ikut selera UMNO

Tanpa Nama berkata...

nak dipergunakan UMNO,ramainya ulama muda ni nak jual agama dan halalkan judi agaknya?

Tanpa Nama berkata...

ramai lagi ulama muda yang nak hapuskan UMNO, ISA dan PTPTN

Tanpa Nama berkata...

gimik politik UMNO lagi nak tunjuk orang muda sokong UMNO, selepas tipu daftar pengundi bawa orang muda luar mengundi dalam beberapa pilihanraya kecil yang lalu... tumbangkan UMNO dan BN matlamat utama orang muda dimalaysia, insyaallah

Tanpa Nama berkata...

UMNO memperggunakan orang muda untuk menunjukkan mereka ada sokongan, pakatan wajar hidupkan Gerakan Mansuh ISA dan Gerakan BERSIH semula

Tanpa Nama berkata...

mengata kat orang ni sedap...cuba tengok diri sendiri takat mana...takut kopiah pun x pernah pakai...kalau hati dah busuk..dia akan nampak perkara buruk aja....x nampak kebaikan lansung...kmk rasa hampa tu lg terukkkkkkkkkk

Tanpa Nama berkata...

cuba bersangka baik.....kalau hampa solat...kalau x solat ikut hampalah.....?????