11 Jun 2010

Pemuda bimbang isu lompat serang parti

27 Jamadil Akhir 1431H.
Mohd Nor Yahya

KOTA BHARU, 10 Jun: Pemuda PAS mengambil sikap berhati-hati dalam membuat pemilihan calon untuk pilihan raya akan datang dan berharap pimpinan parti memandang serius isu lompat parti yang berlaku masa kini.

Demikian dijelaskan oleh Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hasan pada sidang media selepas menyampaikan ucapan dasar Muktamar Pemuda kali ke-51 hari ini.

Nasrudin mengulas kebimbangan pemuda PAS agar tidak berlaku dalam parti seperti tangkap muat atau tunjuk muka ketika memilih calon

"Calon yang akan bertanding dalam pilihan raya adalah merupakan seorang bakal pemimpin dan ia semestinya melalui proses pentarbiyahan yang mantap terlebih dahulu dan berdasarkan merit," ujar beliau lagi.

Bagi merealisasikan pentarbiyahan terancang, katanya, Pemuda PAS akan menubuhkan Akademi Tarbiyah Pemuda untuk melahirkan penggerak tarbiyah yang mahir di setiap organ dan peringkat dewan pemuda.

Pemuda PAS, tambahnya melalui lajnah tarbiyahnya berjaya menubuhkan Majlis Naqibun Nuqaba yang berperanan sebagai skuad khas dan penggerak utama Amal Tarbawi.

Beliau juga berkata, isu lompat parti berlaku kerana calon maupun wakil-wakil rakyat tersebut tidak mempunyai prinsip perjuangan yang kukuh dan ini berlaku kerana ketiadaan tarbiyah yang kukuh.

Menyentuh seruan, beliau kepada beberapa tokoh dalam Umno masa kini yang dulunya pernah berada dalam jemaah PAS, beliau berkata seruan tersebut dibuat kerana mereka ini pernah mempunyai fikrah dan perjuangan PAS.

"Biasalah seruan itu dibuat, dalam rumahtangga sendiripun ada yang berlaku penceraian dan bila dipujuk dan nampak kebenarannya, selepas edah boleh rujuk semula," kata beliau lagi.

Harakahdaily/-

Tiada ulasan: