11 Julai 2010

Artikel Altantuya: Cikgu Bard ditahan polis

27 Rejab 1431H.

Seorang ahli majlis pimpinan pusat PKR Badrul Hisham Shaharin ditahan polis di Seremban antaranya ekoran tulisannya dalam blog mengenai Altantuya Shariibu.

Badrul yang juga dikenali sebagai Chegubard berkata, beliau ditahan di pejabat PKR Negeri Sembilan di Seremban ketika hendak mempengerusikan mesyuarat PKR cabang Rembau kira-kira jam 9 malam pada Jumaat.

“Baru nak pengerusikan mesyuarat cabang Rembau, sekumpulan 15 orang angggota polis serbu dan ambil Chegubard, ditahan dan dalam perjalanan ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Seremban,” tulisnya dalam laman blog mikro Twitter.

Badrul yang juga pengarang buku Di Sebalik misteri pembunuhan Altantuya juga menulis bahawa rumahnya di Bukit Chedang, Seremban digeledah polis selepas beliau ditahan.

Beliau memberitahu dibawa sekali ketika operasi itu dijalankan.

Polis kemudian merakamkan kenyataannya di IPD berkenaan, tulisnya lagi.

Ketika dihubungi Malaysiakini selepas dibebaskan dengan jaminan polis hampir jam 12 tengah malam tadi, Badrul mengesahkan laporan-laporan di Twitter berkaitan penahanannya.

Katanya, pihak berkuasa memberitahunya, beliau disiasat bawah akta hasutan kerana terdapat beberapa laporan polis dibuat terhadapnya dan ekoran kenyataannya di blog dan pentas ceramah.

“Saya ditunjukkan dan disoal berkaitan artikel di blog, antaranya berkaitan Altantuya dan raja.

"Ya, saya mengaku saya yang tulis,” katanya.

Ditanya tentang penggeledahan rumahnya oleh pihak polis, Badrul yang juga jurucakap NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) berkata:

“Saya juga tidak jelas apa yang mereka (polis) cari. Tiada apa-apa diambil. Cuma polis mengambil gambar ruang kerja saya di rumah.”

malaysiakini/-

2 ulasan:

MALAYSIA MENUJU NEGARA FASIS berkata...

Salam YB,
Dipetik dari
Malaysiakini Versi English Jul 11, 10 8:10am:

http://www.malaysiakini.com/news/136987

MINISTRY OF TRUTH, MALAYSIAN-STYLE
'Malaysia's 27 million people can feel much secured, now that we have three persons identified by the government who will tell us what is right and wrong, and what is true and false.'

Hisham, Nazri, Rais to head anti-false news panel

Au fait: The dissemination of false news is done every minute by the mainstream media. These three stooges - Hishammuddin Hussein, Mohd Nazri Abdul Aziz and Rais Yatim - will have a tough time trying to formulate communication strategies to counter alternative news operators like Malaysiakini and the opposition papers.

I believe the actual terms of reference for these three stooges are to ensure that truth will not be told to the rakyat and more false news be churned out. The discerning rakyat will not listen anymore to the mainstream media because we now have non-thinking leaders amidst a thinking rakyat.

Umno has thrown up three stooges to be our guardians of truth. One of them is none other than our minister of propaganda,
The second member of the inquisition is the tough-talking Nazri, the Clint Eastwood of Umno, who would shoot from the hip, and call a mamak a mamak.
The third, Hishammuddin, is the 'wunderbar' of the Home Ministry. This chap is in the running with Ibrahim Ali for the National Buffoon Award. Not long ago, he banned comics, suspecting they could harbour certain dangerous falsehoods that will turn the people against the BN-Umno government.

Negara kita maju setapak lagi ke arah negara maju dgn adanya 3 Menteri yang di tugaskan memberitahu kpd semua rakya Malaysia apa yg betol dan apa yg salah, apa yang benar apa yg bohong...mungkin inilah 1Malaysia, iaitu hanya ada 1 kebenaran sahaja, Kerajaan Malaysia (dibaca : Umco) tahu apa yg benar/sahih/betul untuk rakyat Malaysia. Kementerian 3 Menteri ini akan memandu rakyat ke arah KEBENARAN YG HAKIKI DIDUNIA INI (AKHIRAT TAK TERMASUK).

MALAYSIA MENUJU NEGARA FASIS??? berkata...

DENGAR CERITA BERITA TV HONG KONG DAN PERANCHIS AKAN SIARKAN DAN BUAT FILEM TTG AL TAN TUYA DAN DIHEBAHKAN DI SELURUH DUNIA...??? BETOL KE.

MUNGKIN SEBAB INILAH UMNONGOK TAK NAK BERI AKHBAR PAKATAN RAKYAT PERMIT...TAKUT AKHBAR2 PAKATAN RAKYAT SIARKAN...ULAS BERITA/FILEM TTG AL TAN TUYA TU KOT???

MAKNANYA BIAR UTUSAN MUNA FIK DAN BERITA HARUAN (MAKAN ANAK-MELAYU) ITU ULAS UTK DIPUTAR BELIT KPD RAKYAT 1MALAYSIA.

RAKYAT DIDAHULUKENAKAN(SAMAN EKOR BLACKLIST, JUDI,BANGKRAP 2019,MINYAK NAIK,GULA XDER, MASJIDRUNTUH,SPEAKER-PERAK-KENA-USUNG....