7 Syaaban 1431H.
Harakahdaily.
PASIR MAS, 18 Julai: Bekas Adun Tendong, Haji Wan Othman Wan Yusof, 76, telah kembali ke rahmatullah kira-kira pukul 2.00 pagi tadi.
Allahyarham meninggalkan seorang balu, Hajjah Wan Zainab Wan Abdul Rashid, enam orang anak kesemuanya perempuan, 26 orang cucu, 13 lelaki dan 13 perempuan serta seorang cicit.
Allahyarham meninggal dunia di hadapan empat orang anaknya, Wan Mahani, Wan Maheran, Wan Mahizan, Wan Mastura serta menantunya.
Allahyarham sebelum ini menghidap penyakit masaalah saraf sejak beberapa tahun lalu.
“Selepas kesihatan ayah tiga bulan lalu begitu merosot, beberapa hari lalu ayah kembali sehat semula,” ujar Wan Maheran.
Bagaimanapun, menurutnya kesihatan ayahnya tiba-tiba kembali merosot sejak semalam.
Jelas Maheran lagi, Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, adalah antara pemimpin yang tidak pernah jemu menziarahi arwah ayahnya sepanjang allahyarham sakit.
Katanya, setiap kali Tuan Guru bertandang menziarahi allahyarham, beliau sering membawa buah tangan berupa makanan kesihatan untuk diberikan kepada ayahnya.
Antara pemimpin tertinggi yang menziarahi allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaacob, Exco kerajaan negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah serta wakil-wakil rakyat.
Solat jenazah diimamkan oleh Datuk Ahmad Yaacob selepas solat Zohor tadi.
Mustafa ketika ditemui menyifatkan kematian allahyarham begitu sukar dicari ganti.
“Secara peribadinya saya mengenali allahyarham khususnya sewaktu allahyarham memegang jawatan bendahari PAS negeri.
“Allahyarham telah banyak menaburkan bakti serta jasanya pada perjuangan Islam ini khususnya pada PAS Kelantan,” ujarnya.
Sehubungan itu, PAS Pusat mengucapkan takziah kepada seluruh anggota keluarga allahyarham.
Menurutnya, semoga keluarga bersabar menghadapi ujian itu di samping berdoa semoga roh allahyarham ditempatkan di kalangan insan yang soleh.
Allahyarham yang berasal dari Kampung Tendong Pasir Mas, mula memegang jawatan bendahari PAS negeri sejak tahun 1988 hingga 2004 dan Adun Tendong dari 1999 hingga 2004.

1 ulasan:
Innalillah,berjumpa lah dia dengan PENCIPTAnya
yang akan menghisab segala perbuatan didunia.
Catat Ulasan