18 Julai 2010

Hapus cukai 5 tahun jika Pakatan jadi kerajaan

6 Syaaban 1431H.
Harakahdaily.

KUALA KRAI, 17 Julai: Pakatan Rakyat sedia mencari jalan untuk memansuhkan cukai selama lima tahun sekiranya rakyat sedia memberi mandat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kelak.

Demikian tawaran AJK PAS Pusat yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan, Datuk Husam Musa (gambar) semalam pada suatu majlis Pakatan Rakyat negeri di sini.

"Kalau Pakatan Rakyat dapat ambil alih (kerajaan) Pusat lepas PRU13, cukai pendapatan akan dimansuhkan sepenggal atau sekurang-kurangnya kakitangan kerajaan tak perlu bayar sepenggal," ujar beliau.

Menurut beliau, kepemimpinan Pakatan Rakyat mempunyai formula tersendiri untuk urus tadbir kewangan negara secara adil, dinamik dan tidak membebankan rakyat.

Disebabkan itu, beliau menganggap langkah pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri menaikkan harga barangan asasi rakyat sebagai tindakan yang tidak bijak serta tidak menguntungkan rakyat.

Katanya lagi, kerajaan sepatutnya mengutamakan keperluan rakyat dengan menangguhkan beberapa projek mega yang nyata menguntungkan pihak tertentu semata-mata.

Tidak cukup dengan itu, beliau turut menganggap pentadbiran Najib bertindak menipu rakyat kerana tidak terlebih dahulu membawa cadangan menaikkan harga minyak RON95, diesel, gula dan petroleum gas cecair (LPG) ke Dewan Rakyat baru-baru ini.

Tambahnya, indakan Najib yang juga Menteri Kewangan I mengumumkan kenaikan harga beberapa barangan tersebut sejurus selesai sidang Dewan Rakyat seolah-olah tidak mengiktiraf kedudukan Dewan Rakyat dalam sistem demokrasi negara.

Impak dari kenaikan harga beberapa komoditi tersebut, katanya lagi, meninggalkan kesan berantai seperti inflasi yang nyata cukup menghimpit kehidupan kaum nelayan, petani, peniaga hatta pengguna sendiri.

Turut hadir mengisi pentas bantahan adalah Ketua Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latif Abdul Rahman (Adun Mengkebang), Bendahari PAS Pusat, Dr. Mohd Hatta Ramli (Ahli Parlimen Kuala Krai) serta Tony Phua (Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara).

Ulasan Cina Islam : Saya fikir kenyataan diatas bukan lah rethorik dan omong kosong kerana ianya tidak mustahil untuk dilaksanakan sekiranya macdat rakyat telah berada ditangan Pakatan Rakyat.

Bayangkan tahi hutang peninggalan UBN di kelantan telah dapat dilunasi secara lancar dan baik di Kelantan, merupakan satu realiti yang saya kira menyakin Dato' Husam mengeluarkan pandangan diatas..

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Insyaallah...moga-moga PRU 13 ni menjadi satu wadah serta titik tolak kepada perubahan dan penolakan rakyat terhadap BN secara total...

Ayuh para pengundi semua,sama-sama lah kita menolak kepimpinan kerajaan BN yang lebih 50 tahun menjajah minda rakyat Malaysia dengan mengamalkan rasuah,fahaman kebangsaan,menolak syariat islam serta melakukan segala bentuk kemungkaran dan kerosakan diatas bumi Allah S.W.T...

Allahhuakbar..
Membangun Bersama Islam..