19 Julai 2010

Saya tahu siapa jumpa Harussani !

6 Rejab 1431H.
Drs. Khalil Idham Lim

Berikutan dengan kenyataan Mufri Perak, Tan Sri Harussani yang berkata terdapat pemimpin PAS yang datang berjumpa beliau baru-baru ini bagi membincang dan meminta pandangan beliau berhubung cara untuk menyatupadukan PAS dan UMNO

Harussani Zakaria dikatakan mahu terus menyatu padukan orang Islam dan Melayu di negara ini walaupun terdapat pihak yang tidak menyenangi usaha murni beliau .

Namun beliau berkata beliau tidak pernah berputus asa demi mengekalkan kebaikan dan perpaduan umat Islam di negara ini, khususnya antara parti Umno dan PAS.

"Harapan itu ada kerana kedua-duanya (Umno dan PAS) memang hendak bersatu. Itulah cita-cita saya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Melayu Perak anjuran Gagasan Melayu Perak di Ipoh kelmarin.

Sebenarnya saya tahu dengan siapa Harussani bertemu malah tahu di mana pertemuan itu lengkap dengan tarikh dan jam pertemuan.

Matlamat pertemuan itu saya sahkan bukan untuk membincangkan isu perpaduan antara PAS dengan UMNO seperti yang didakwa olehnya.

Tetapi saya masih tidak berhasrat untuk mendedahkan dengan lebih jelas maklumat yang saya miliki ini.

Maklumat yang saya punya ini membuktikan sekali lagi Harussani merosakkan raputasi awam kepada dirinya kepada seorang yang memegang jawatan sebagai mufti yang sepatutnya dihormati.

Namun dia nampaknya sangat berhasrat supaya orang terus mencemuh dan membencinya dengan berulangkali berbohong seperti pernah dilakukan sebelum ini.

26 ulasan:

Kane berkata...

Jumpa Hasan ali, di sebuah hotel.

Jantan Pickup berkata...

Siapa org tersebut??Bagi tahu la..dan klu bukan tujuan bersatu dgn Umno,apa pula tujuan sebenar jumpa Mufti??Kami para pendokong PAS nakkan kebenaran.Takut-takut nanti YB pulak yang sebenarnya kaki Penipu!!

sudirumusibarat berkata...

Salam,

Sepatutnya Tuk Peti tu menasihatkan pemimpin UMNO Melayu tu supaya tukar dasar perjuangan kebangsaan kepada Islam.Jangan hanya risau kuasa Melayu akan melayu dan hilang .Sedar ke tak Tuk Peti tu disebabkan fahaman Melayu itu Islam,Islam itu Melayulah maka bangsa lain di bumi Malaysia takut nak menganut Agama Islam.Juga tolong perbetulkan kepincangan pemerintah negara (yang sering diperkatakan)Tok Peti tolong perbetulkan yang ni dulu.

Lebih 50 tahun bangsa sendiri berkuasa berapa peratuskah keadilan dapat dilonjatkan dan kepincangan cuba dikurangkan.Jangan bila ada segolongan lain yang cuba berjuang dan bercita-cita memerintah lebih baik kita anggap ia sebagai golongan pemusnah perpaduan.

Adalah tak betul bagi seorang mufti menanamkan perasaan curiga terhadap bangsa lain dan pejuang Islam yang bercita-cita untuk menegakkan keadilan.

Masa terus berputar
Ruang tetap diisi
Yang pasti kita ingankan yang lebih adil dikalangan yang adil.Bukankah itu perintah agama.Jangan nafikan !
(sudirumusibarat)

baei berkata...

Selagi mufti itu nak padukan dua parti dalam ertikata perpaduan,selagi itulah tidak akan berjaya. untuk perpaduan kena buang baju parti baru boleh. Selagi UMNO macam tu, tak mungkin boleh bersatu dan menyatukan melayu.

Tanpa Nama berkata...

ustaz jangan menimbulkan dan menambahkan resah dihati penyokong, apa perlunya disembunyikan sapa malaon tu yang gatai pliaq pi jumpa syaitan bisu tu, sapa pon pimpinan yang pi tu, tak kira apa jawatannya dalam parti, dia wajib di sebut supaya kita tau sapa yang selama ni suka buat kerja dalam gelap. la ni bukan lagi masa nak wala' pada pimpinan kalau pimpinan tu sendiri tak boleh di wala'.... ustad pon jangan main teka teki, sat lagi dengan ustad sekali kena 'pi'.....

Tanpa Nama berkata...

tolonglah beritahu..jgn la buat poltik kat msia penuh rashsia sana dan sini!!dah le poltik tempang..semua orang nak tau siapa dan mengapa orang PAS pi jumpa harusani!!

KUASA SENTIASA DI GILIRKAN ALLAH, RAJA =>UMNO/BN=>PR berkata...

SALAM,
FIKIR PAKAI KEPALA OTAK, JGN KEPALA LUTUT,

UMNO (PARTI MELAYU) MEMERINTAH MALAYSIA SJK 1957-2008,MAKNANYA UMNO YG MEWAKILI ORG2 MELAYU BERKUASA SELAMA 51 THN & DGN ITU SEPATUTNYA MELAYU...SEKALI LAGI DI TEGASKAN BANGSA MELAYU SEPATUTNYA SGT KUAT DR SEGI POLITIK,EKONOMI & SOSIAL...KERANA PARTI ORG2 MELAYU INI BERKUASA SELAMA 51TAHUN.
TETAPI KENAPA ORG2 MELAYU DIKATAKAN LEMAH SKRG???
SIAPA YG BERSALAH???
SIAPA YG SEPATUTNYA DI PERSALAHKAN???
SIAPA YG TIDAK TUNAI TANGGUNGJAWAB/AMANAH MEMPERKUATKAN MELAYU SELAMA 51 TAHUN???
KALAU UMNO PARTI MELAYU,UMNO BUAT APA SELAMA INI???

KALAU UMNO SEPANJANG 51 TAHUN DGN KUASA PENUH YG ADA DI TANGANNYA, MENUNAIKAN TANGGUNGJAWABNYA MENOLONG ORG2 MELAYU, ADAKAH MELAYU AKAN LEMAH...UMNO CAKAP, MELAYU SKRG LEMAH...INI MENUNJUKKAN BAHAWA UMNO TIDAK MENUNAIKAN TANGGUNGJAWABNYA MENOLONG MELAYU SEBALIKNYA UMNO MEMPERGUNAKAN/MENGEKSPLOITASI ORG2 MELAYU SELAMA 51 TAHUN.

JIKA UMNO MENOLONG MELAYU, MAKA...

MELAYU SEPATUTNYA KAYA RAYA, NOMBOR 1 HINGGA 100 ORG2 TERKAYA DI MALAYSIA IALAH ORG2 MELAYU.

TIDAK ADA KEMISKINAN DI KALANGAN BANGSA MELAYU.

UMNO MENDAPAT SOKONGAN TIDAK BERBELAH BAHAGI DR BANGSA MELAYU DI KAMPUNG DAN DI BANDAR.

SEMUA ORG2 MELAYU ADALAH AHLI UMNO.

TAPI...UMNO MENGKHIANATI AMANAH BANGSA, SEBAB ITULAH MELAYU LEMAH POLITIK, EKONOMI, SOSIAL DI MALAYSIA.

JADI CUKUPLAH 51 TAHUN KUASA DIBERI KPD UMNO, DGN PENYELEWENGAN YG TERLALU BYK, DUIT YG HILANG & MEMBAZIR, PROJEK YG ENTAH APA2...

SLOGAN-SLOGAN YG TERLALU BYK, IMPIAN YG INDAH2, CITA2 YG DIDENDANGKAN KPD RAKYAT... WAWASAN 2020 NEGARA MAJU, REALITINYA MALAYSIA BAKAL BANKRAP 2019.

CUKUPLAH KITA SEMUA DITIPU SELAMA 51 TAHUN, HUMBANKAN MEREKA YG MENIPU KITA INI SUPAYA KITA TAK PERLU LAGI MENDENGAR JANJI2 SYURGA DR MEREKA...YG SEBENARNYA NERAKA.

Tanpa Nama berkata...

satu lagi 'alat' yang digunakan umno..

Tanpa Nama berkata...

kenapa sembunyi
cuba bagitau semua
harunsani tu pembohong atau awak tu yg suka ??

abdullahngah berkata...

Inilah kerja orang yang jadi alat kepada UMNO. Mereka sanggup berbohong asal apa yang dihajati tercapai.

Tak kira dia seorang mufti ke, seorang profesor ke. kalau sudah jadi alat UMNO begitulah kerjanya.

Mereka tidak kira dosa asal dapat memenuhi hasrat hawa nafsu yang selari dengan tuannya.

Tanpa Nama berkata...

ambo nok tanya sikit, dia ni mufti untuk org melayu saja ko? Islam suruh perpaduan melayu ko perpaduan islam. Bangsa lain wat masuk islam nok letak mana? ko kena ada mufti utk org cina, mufti org india, kadazan. biar jadi macam perkasa melayu, perkasa cina dan perkasa india. bagi ambo lebih baik minum Perkasa Plus (herba utk lelaki ) lagi best.

Tanpa Nama berkata...

YB tolong beri tahu siapa orangnya saya nak tahu ni.

Tanpa Nama berkata...

aku tak suka harussani bkn kerana dia sokong umno. tp kerana meragui keupayaan beliau membuat analisis fiqh peringkat tinggi. tidak pernah ku jumpa fatwanya yg teliti dgn hujah yg konkrit mengikut disiplin usul fiqh..cuma kata harus, wajib, sunat makruh denga alasn tak sampai 2 baris...

~PakKaramu~ berkata...

SAYA RASA DIA HANYA HENDAK MELAKUKAN SESUATU YANG MENGKUCAR KACIRKAN PERPADUAN DIANTARA PARTI DIKALANGAN PR

Tanpa Nama berkata...

UMNO sepatutnya tidak meroyan sebegitu rupa sehingga rakyat memandang UMNO ini seperti sudah hilang tali untuk bergantung. Ini semua dilakukan bagi menakut-nakutkan Parti Bukan Melayu agar berhati-hati mengeluarkan kenyataan.

Semua rakyat hendakkan perubahan akan tetapi UMNO bijak + bodoh menangani masalah sekiranya kuasa tergugat. Semua rakyat tahu, UMNO akan jadi gila sementara sebelum menjelangnya PRU. Setiap kali ada PRU, UMNO akan cuba jadi baik sebaik-baiknya terhadap semua bangsa dan agama bagi memenangi dan menjuarai apa sahaja isu dan maslah yang timbul. Mereka ( UMNO ) sudah bertapak dan mungkin akan bertapak di Malaysia tanpa ada kesudahannya. Tanyalah siapa-siapa kakitangan kerajaan yang mahu Pakatan Rakyat memerintah. Semua mereka itu tidak mahu lubang-lubang mereka pecah seperti mana berlaku di negeri Pakatan Rakyat. Mungkin ada di antara mereka yang pernah rasuah,meluluskan projek untuk kroni,belanja sesuka hati,boros dan sebagainya sehingga boleh mengundang bencana sekiranya Malaysia diperintah Pakatan Rakyat. Selagi mereka tidak sedar, selagi itu kuasa masih berlegar dalam BN. Kakitangan seperti inilah yang menarik minat UMNO untuk dibelai sampai mati. Mereka yang ada masalah memang menjadi idaman hati UMNO agar boleh dipegang dan dikeronyok demi kepentingan mereka.

Berapa ramai yang bermasalah dalam kabinet dinaikkan pangkat? Berapa ramai pemimpin UMNO bermasalah mendapat perhatian untuk dijadikan lembu cucuk hidung? Yang bermasalah akan bantu UMNO untuk terus berkuasa kerana mereka-mereka ini pun bermasalah juga sebelum dinaikkan pangkat. Jadi,kalau tak nak kerajaan pecah lubang masalah mereka, ikut saja kata pemerintah walaupun bertentangan dengan Perlembagaan atau pun Agama Islam. Ini yang berlaku. Ini yang payah Pakatan mahu duduk ditampuk pemerintahan pusat mahupun negeri seperti di Perak. Melainkan mereka memberontak dalam diam atau terang-terangan. Semua umum mengetahui, UMNO memang bijak dalam hal-hal mencari mereka yang bermasalah untuk dicucuk hidung.

Kalau Pakatan mahu memerintah,Pakatan perlu ubah pemikiran rakyat dari akar umbi. Ibarat mahu berperang. Hantar perisik. Sudah tahu bagaimana mahu serang, buat cara lembut. Cara yang orang kata diam-diam berisi. Kalau pergi ke Felda-Felda berapa ramai peneroka yang sokong Pakatan. Mereka semua hati biru dan ungu sampai bila-bila. Susah mahu pulihkan warna mereka. Sudah melekat! Sendat! Padat! Kelat! Walaupun mereka tahu mereka kekadang susah nak makan tapi biru dan ungu lebih menawan. Lebih-lebih lagi bila masa mereka dalam kesusahan, biru dan ungu jua yang datang menghulurkan gula-gula. Pakatan datang juga tapi lambat sejam daripada biru dan ungu.

Apa yang penting, kerja Pakatan lebih-lebih lagi PAS perlu selalu mencari pakar-pakar perisik yang sememagnya pakar dalam hal merisik untuk mengetahui kelemahan mereka yang suka akan warna biru dan ungu ini. Pecahkan kombinasi mereka seperti mana Spain berjaya memecahkan kombinasi penyerang Jerman sehingga Spain menjadi juara. Kucar-kacir Jerman apabila penyerang mereka tidak boleh mendapat kerjasama dari orang bawahan ( pertahanan ) seperti mereka kalahkan England dan Argentina. Kadang-kadang teknik & taktikal bolasepak menarik juga untuk kita praktikkan dalam sesebuah parti.

Apa-apa pun, selamat berjuang dunia & akhirat. Semoga ALLAH SWT memakbulkan doa-doa pendokong/penyokong Pakatan Rakyat. Kita mahu lihat rakyat Malaysia peroleh satu kenikmatan yang terbaik suatu hari nanti. Aminnnnnnnn....

karawilak berkata...

sebagai pejuang PAS,memang islam suruh kita berhati2,tapi jgn smpi menimbulkan wasangka,tetamu kita layan la...xperlu takut.kita xkan bersatu gan AMNO.

jawa klang berkata...

SEBAGAI ORANG YG SAYANGKAN ISLAM DAN PAS SAYA HARAP YB DR NYATAKAN SIAPA ORANG YG JUMPA MUFTI TU....? SAYA BERHAK UTK TAHU SO JANGAN NAFIKAN HAK SAYA...

Tanpa Nama berkata...

Dari dia dok heboh-heboh pasal perpaduan Melayu. Lebih baik si mufta tu keluarkan fatwa berkenaan tilikan Paul Si Sotong.

Barang kali mufta ni perlu dikahwinkan serentak dengan anak dara 16 tahun dari tiga bangsa di Malaysia. Baru dia boleh duduk diam sikit dari dok merapu tah apa-apa.

Tanpa Nama berkata...

1. PRU 13 dah hampir, harusani cuba nak pecahbelahkan PR - AWAS.

2. kalau pertemuan dua insan tu benar berlaku tetapi cerita (perbincangan) yang dilaporkan tu tak benar, bererti bohong, berbohong itu antara sifat orang munafik. Tak kan mufti nak jak jadi golongan munafik?

3. umno kuasai negara sudah (2010-1957)53 tahun, berteraskan kebangsaan (berdasarkan bangsa melayu), tak kan 53 tahun berlalu melayu tak padu atau tak bersatu lagi. kalau benar begitu, dasar yang dibawa oleh umno tak betul, maka yang tak betul itu perlu dibaiki atau ditinggalkan. Saya menyeru kepada semua pengikut umno supaya tinggalkan umno dan bernaung atas dasar Islam. Janganlah berterusan tinggal dalam jemaah mensyirikkan ALLAH. Wallahualam.

Tanpa Nama berkata...

Salam
Cakap apa gitu jawa klang... jangan tunjuk tak cerdik...orang kata bo** . Ni orang panggil bo** empat lapis, ada lagi perangai gini dalam PAS...buang2lah perangai tu

Tanpa Nama berkata...

ini lah org2 yang kecewa,dulu bila PR memerintah Perak,keluar kenyataan Sure Heboh haram,tup2 bile BN rompak,sure heboh keluar,menikus bawah jamban,seorang mufti yang idea dan prinsip tidak ada.ikut angin,kemana angin pergi kesitu dia pergi....

jin.guragas berkata...

hehe YB.. jangan bagi tau lagi lah.. tunggu bila patut bagitau baru bagi tau.. UMNO dah gelabah biawak, pasal tu meracau tak tentu hala. Harusani patutny ajar dan ajak org UMNO join PAS. Islam Adil Untuk Semua..

mufti perlis dulu berkata...

mufti takder degree..kadang2 bijak tp selalunye bodoh..maaf yer

suprie08 berkata...

yg mufti ni duk sibuk sangat pasai apa..siapa dia...apa kaitan dia dengan umno..umno tu parti dah mampus ..skrg sibuk cari talian hayat..dulu masa dia kuat dia tak pandang pun dgn pas..dia aniaya pas semasa pas perintah terangganu...dia zalami pas dikelantan dr dulu sampai skrg...ini parti yg nak ajak pas bersatu,aku harap lepas pru 13 nanti..umno dikebumikan dan dijadikan bahan sejarah...lepas tu kita tenguk apa nasib pemimpin umno..

Tanpa Nama berkata...

Saudara,

Jangan cerita separuh2, akan hanya membawa fitnah kepada saudara akhirnya. Sila cerita dengan jelas agar semua orang boleh menilai kenyataan saudara ini.

Wallahu a'lam

ipoh mali berkata...

banyak benda @ perkara yang mufti ni buat tak tanya habih.
- kes takaful n####nal
- kes tanah bagi kat sklh c#na zaman nizar
- kes tanah bagi kat sklh agama rakyat.

macam2 lagi,bila tanya kat dia,jawap dia "oooo macam tu ke? tak tahu pulak saya. Dema kata lain kat saya. nanti le saya siasat. Tak tahu le kalu dia main 'taichi' pulak.