3 Ramadhan 1431 H
Oleh: safarizal saleh
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) merakamkan ucapan tahniah kepada Majlis Belia Negeri (MBN) Perak yang telah menganjurkan Forum Wacana Pemikir Muda pada 9 Ogos yang lalu di Institut Tadbiran Islam Perak (INTIM), Ipoh yang telah membariskan panelis-panelis berwibawa seperti Ahli Parlimen Parit Drs Mohd Nizar Haji Zakaria, Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri Perak Dr Raja Ahmad Al-Hiss dan Presiden MBN Perak sendiri iaitu Khairul Anwar El Shazalli Haji Musa.
Forum yang bertajuk 'Perpaduan Generasi Muda: Gaza sebagai teladan' tersebut telah membuka pendekatan baru bagi mendidik generasi belia di dalam suasana politik yang lebih matang di dalam negeri ini.
Walaupun panelis yang ditampilkan sebagai seorang politik, namun mesej yang ingin dibawa ialah kesedaran politik bagi generasi muda sekarang ini. Bagi DPPN Pk, ini adalah salah satu kejayaan forum tersebut dan berharap ianya akan diadakan lagi di masa hadapan.
Bagi DPPN Pk, forum seperti ini amat dinanti-nantikan sebagai satu ruang untuk memberikan pendidikan politik yang telus kepada generasi muda sekarang ini.
DPPN Pk juga berharap langkap yang sama perlu diambil teladan oleh Pergerakan Pemuda Umno Negeri Perak bagi menyatakan hakikat sebenar politik terutama di dalam negeri Perak ini.
DPPN Pk berharap penganjuran forum oleh MBN Perak ini tidak terhenti di sini sahaja dan berharap usaha seperti ini dapat diteruskan lagi.
DPPN Pk sekali lagi bersedia bekerjasama dengan MBN Perak dalam menganjurkan forum yang sama pada bila-bila masa dan berharap Pemuda Umno Perak akan turut bersama sekiranya dijemput kelak.

6 ulasan:
Salam saudara,
Saya tiada ulasan cuma memberitahu bahawa site anda sekarang ada amaran virus. Mungkin ada orang sengaja meletakkan virus disini supaya orang lain tidak dapat mengunjunginya. Saya tiada masalah kerana saya menggunakan koputer mac. Sekian.
PAS patut lancar Gerakan Bantu Peneroka FELDA yang lama ditindas UMNO dan BN
Pas juga patut lancarkan Gerakan Bantu Mahasiswa yang dicengkam PTPTN dan AUKU
Tahniah pemimpin Pas semakin perihatin dengan rakyat berbanding UMNO yang asyik buat fitnah, ada pula surat teoh bunuh diri?
salam YB...
kita tunggu plak kut2 ada terjumpa surat dari kocek bekas adun permatang..
Mungkin ada rakaman wacana tersebut....mana boleh dapatkannya?
Catat Ulasan