09 Ogos 2010

TUTUP PUSAT HIBURAN, BINI MEREKA `TELANJANG'

27 Syaaban 1431H.
Oleh: WFAUZDIN NS

SEMPENA bulan Ramadhan ini nanti, apa kata kita cadangkan kepada semua isteri pemimpin Umno agar menutup aurat mereka masing-masing? Aku bukan apa, cuba nak tiru sikit kempen oleh sekumpulan anak muda yang baru-baru ini berhimpun meminta Kerajaan Selangor menutup semua Pusat Hiburan dan Rumah Urut di Selangor sepanjang Ramadhan ini nanti.

Lojiknya, sebelum kesemua itu ditutup lebih baik tutup dulu `kemaluan' isteri pemimpin-pemimpin Umno yang mengaku Islam itu. Tidak malukah kita bangunan atau Pusat Hiburan dan Rumah Urut ditutup, sedangkan `kemaluan' atau aurat isteri kita `telanjang'. Jika sudah isteri sendiri pun tidak dapat kita kawal, apa cerita mahu kawal yang di luar sana. Itu cadangan sahaja.

Sebenarnya itu kewajipan bukan di Bulan Ramadhan sahaja mahu menutup aurat. Tetapi, sekadar mahu melatih bini-bini mereka yang suka `bertelanjang' ini eloklah bermula di Bulan Ramadhan. Gamaknya, Rosmah dan Shahrizat setuju tak? Dan, apa kata Harussani pula gamaknya ye?/wfauzdin.blogspot.com

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tutup pusat hiburan ?? tak payah nak hypocrite saudara. Lihat sahaja di selangor yg sebelumnya di momokkan dan mengkafirkan orang UMNO kerana disko ... kini setelah berkuasa tiada satu pun berkurang disko tersebut malah kini semakin banyak terutama yg haram , kini orang PAS telah tutup mereka seolah mereka dan menghalalkan segala pusat hiburan tersebut . Inilah yg dipanggil orang munafiq .. jangan menutup mata saudara yg telah hitam tu .

Bercakap mengenai agama tapi penuh nafsu syaitan . Mengapa sangat hina hati saudara dengan mengatakan mengenai perkataan "telanjang" . Adakah ini bermaksud muslimah yg menyokong eli wong sambil menangis kerana terkangkang dan berzina dengan orang Islam itu semua adalah terkangkang didepan anak bini mereka semua , termasuk bini saudara ... tak perlu jadi munafiq saudara

Tanpa Nama berkata...

tanpa nama 8/08/2010 3:37 AM

tipikal org umno..xleh terima org tegur kemungkaran pemimpin die..esok mati, ko tanggung la ye dosa2 pemimpin yg ko sokong tu..pusat hiburan tu semua wujud ms zmn umno pgg lg dh, tp media xbongkar sbb semua tkut kecut perut sbb umno berkuasa..skng media arus perdana beranila bongkar kan sbb dpt arahan dr umno utk burukkn kerajaan PR di selangor, x gitu?

psl terkangkang tu apa yg kome merepek yop? tak phm teman bacanye..yg tmn tau, ade org psg kamera utk ngintai eli wong dlm umah..die bogel dlm umah, kene ngendap ng kamera,tu mksd die dianiaya. tp bini2 pemimpin umno dedah aurat kt awam scr sengaja, bercium dgn shahrukh khan scr sengaja kt public, tu xtruk ke yop? ni teman nk tanya, antara dianiaya dgn gmbr telanjang dgn sukarela muncul di tmpt2 awam dgn telanjang, mn satu yg teruk yop?

Tanpa Nama berkata...

bulan puasa adalah bulan yang mulia bulan yang penuh berkat dan menuntut kita buat amalan yg baik muga dapat rahmat allah betul kata penulis blog ini saya mengingati diri saya dan semualah yg begelar suami supaya nasihatlah anak atau isteri kita supaya menutup aurat agar tidak mengurangkan pahala puasa orang lain FAHAMMMMMMM

Tanpa Nama berkata...

Apa lagi YB Noh & PM Najib, suruhlah isteri2 YB melaksanakan perintah Allah... Kalau dah isteri sendiri tak terjaga jangan sibuk hal org lain. Memalukan diri sendiri sahaja