01 Oktober 2010

Hilangnya sebiji permata : Jenazah Pak Teh selamat disemadikan.



22 Syawal 1431H.

PENGKALAN HULU, 30 Sept.:-Ribuan umat Islam dari pelusuk negeri Perak dan sebahagiannya dari Kedah membanjiri pondok Pak Teh di Kg Kuak Luar, Pengkalan Hulu. Penghormatan terakhir diberikan oleh umat Islam ke atas Al Marhum Pak Teh (Tuan Guru Hj Abdul Latif Abdul Rahman) yang telah kembali ke Rahmatullah kira-kira jam 12.30 pagi kelmarin. Kebetulan tarikh kematiannya bersamaan dengan tarikh kelahiranya pada 30.09.1938. Beliau meninggalkan seorang balu dan 11 orang anak dan meninggalkan ratusan murid yang masih berguru dengannya di pondok dan ribuan lagi di merata tempat dan ribuan bekas-bekas muridnya dari seluruh pelusuk negara.

Pemergiannya sangat mengejutkan ribuan umat Islam yang berguru dengannya, kerana malamnya beliau masih lagi mengajar di pondok sehingga hampir pukul 10 malam. Beliau sebenarnya sering keuzuran sejak ditimpa kemalangan tempoh hari, tetapi semangat dan cintanya pada ilmu mengatasi segala keuzuran yang dialaminya, walaupun uzur selagi ada kudrat dan selagi masih boleh bercakap, beliau tetap akan mengajar di merata tempat. Demikian menurut salah seorang anak muridnya yang sempat saya temui.

Sewaktu Kerajaan Pakatan Rakyat memerintah Negeri Perak, YAB Dato' Seri Hj Nizar sebagai Menteri Besar ketika itu telah meluluskan permohonan 45 ekar tanah kepada Pak Teh untuk sebahagianya bagi menjana pendapatan melalui tanaman getah, dan sebahagiannya untuk membesarkan lagi kawasan pondok pengajian.

PAS Perak pula telah memanfaatkan ilmunya kepada pimpinan PAS di semua peringkat dalam program Kuliah Tafaqquh Fiddin yang diadakan sebulan sekali di Surau Ustaz Zahid, Paya Renggam, Padang Renggas. Begitu juga PAS Kawasan Gerik sering menjemput beliau dalam program Ijtima' bulanannya di Markaz PAS Kerunai.

Solat Jenazah telah disempurnakan di surau tempat pengajiannya di Pondok Pak Teh kira-kira jam 11.45 pagi tadi diimami oleh anak saudaranya sendiri. Turut kelihatan Syeikh Mohd Noor Mansor (Pengarah JAIP), Ust. Shuiad Din (Ketua Dewan Ulama PAS Perak), Tuan Guru Hj Salleh dari Pondok Sik, Baling, YB Hj Taib Azamuddin (Ahli Parlimen Baling), Ust. Azezan Desa (Tim.Ketua Dewan Ulama PAS Perak), dan ramai lagi Adun & pimpinan PAS negeri dan kawasan-kawasan yang hadir. Beberapa pimpinan UMNO Bahagian Gerik juga turut kelihatan termasuk beberapa Adun & bekas Ahli Parlimen Gerik.

Dato'Mufti Perak, Ustaz Zamri Hashim (Timbalan Mufti Perak) dan beberapa pegawai dari Jaip dan Pejabat Mufti Perak juga kelihatan hadir.

Solat Jenazah kali ke 2 turut diadakan di Masjid Jamek Kg. Kuar Luar kira-kira jam 12.30 tengahari bagi memberi peluang ribuan lagi umat Islam mengerjakan solat Jenazah. Jenazah Al Marhum disambut tangan ke tangan dari tempat kediamannya sehinggalah sampai ke Masjid Jamek kira-kira 500 meter dari kediamannya.

Semuga rohnya ditempatkan bersama para anbiya, sahabat dan solehin. Amin. Al Fatehah.
(http://misabah.blogspot.com)%20(gambar/ dari blog ADUN Gunung Semanggol)













































5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Semoga roh tuan guru di tempatkan bersama roh para sudaha dan orang-orang soleh..InsyaAllah..
Perginya seorang ulama sukar dicari ganti...tetapi matinya seorang pembohong, penipu, penyangat seribu lagi sedia menjadi pengganti...!!!! Inilah fenomina di akhir zaman. Sama-samalah kita kembali kepada perintah Allah....dan menjauhi larangannya..!

Abu Ajwad berkata...

Walaupun tak pernah menadah kitab ngan pak teh, namun kenangan pak teh datang masa kenduri kahwin kami dan bersalam ngan dia masih lagi dalam ingatan. patutnya pak teh yang jalankan akad nikah, namun kerana lewat pulang dari satu seminar, arwah abah yg selesaikan. anyway, mudah2an Allah bagi balasan yang sebaik2nya kepada arwah Pak Teh.

Nazihani ImRanFal berkata...

Semoga segala ilmu dan ajaranya akan kekal sepanjang masa sehingga akhirnya.Sebagai anak jati kampung kuak hulu saya amat terasa kehilangannya.... Al-Fatihah

Nazihani ImRanFal berkata...

Semoga segala ilmu dan ajaranya dapat dimanfaatkan oleh semua dimana sahaja sehingga ke akhirnya... sebagai anak jati kuak hulu saya amat merasai kehilangan beliau... AL-Fatihah...

Tanpa Nama berkata...

pemergianmu kini maasih d rasai