20 September 2010

Kemalangan yang menggerikan...

10 Syawal 1431H.

"Barangsiapa yang berbuat sesuai dengan hidayah (Allah), maka sesungguhnya dia berbuat itu untuk (keselamatan) dirinya sendiri; dan barangsiapa yang sesat maka sesungguhnya dia tersesat bagi (kerugian) dirinya sendiri” (QS. Al Isra: 15).

Menyaksikan kemalangan dijalanraya, seketika muncul rasa ngeri dan takut. Lebih ngeri lagi kalau diri kita sendiri yang mengalaminya. Sesungguhnya kalau direnungi, tidak sedikit manusia mengalami kemalangan setiap hari. Malah Indek kematian dari kemalangan maut sehingga jumaat lepas ialah 16.2 orang dalam tempoh sehari di Malaysia.

Begitu juga dalam melakukan perjalanan hidupnya, manusia terus menerus melanggar batas-batas yang telah digariskan dalam ajaran Allah. Begitulah kehidupan manusia yang tidak mendapat hidayah dan petunjuk dari Allah.

Menurut sebahagian ulama, antara manusia dengan hidayah ibarat mata dengan cahaya matahari. Meskipun manusia mempunyai mata, manusia akan susah berjalan di alam ini bila tidak ada cahaya matahari. Sebaliknya, akan susah juga berjalan bila ada cahaya matahari tetapi tidak punya mata. Dengan demikian, manusia memerlukan cahaya untuk memudahkan melakukan perjalanan dan tidak mengalami kemalangan dalam hidup ini.

Tentunya, cahaya dari Allah selalu ada. Agar bisa memanfaatkannya, manusia tidak boleh selalu tertidur. Perlu membuka matanya lebar-lebar untuk menemukan cahaya dari Allah. Namun demikian, Allah menegaskan bahwa tidak akan diberikan hidayah kepada orang-orang yang menempuh jalan kefasikan dan kezaliman atau kejahatan lainnya. Kerana itu, penting sekali berusaha membersihkan jalan kita ini untuk mendapatkan hidayah dari Allah.

Semuga Ramadhan yang telah berlalu selama 10 hari lepas telah meninggalkan kesan yang sangat mendalam dalam menididik rohani dan jasmani kita kearah lebih taat kepada Allah dan sentiasa merasa ngeri kepada dosa-dosa sekiranya kita melanggar batas-natas yang telah ditentrukan oleh Allah.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

BN perintah malaysia hanya nak kutip wang bukan nak jaga keselamatan rakyat

Tanpa Nama berkata...

saman ekor bukan nak didik rakyat tapi nak cari wang untuk meneruskan pemerintahan UMNO di malaysia

Tanpa Nama berkata...

selagi BN perintah malaysia rakyat tak selamat hanya BN dan pemimpin UMNO selamat