23 September 2010

Sekolah mengandung: Apabila nasihat ditolak, inilah akibatnya!

13 Syawal 1431 H
http:mutaligat.blogspot.com

Apabila saya mengkritik pembukaan Sekolah Mengandung ramai pengampu Ali Rustam melenting menyatakan bahawa PAS hanya pandai mengkritik dan tidak berbuat apa-apa. Persoalannya sekarang siapa yang berkuasa di Melaka ini?

PAS sejak dari dahulu kini dan selama mencadang dan menasihatkan kerajaan negeri supaya menutup semua pusat maksiat dan menghentikan program maksiat supaya punca-punca maksiat ini dapat dikurang dan dibasmikan.

Kerajaan negeri Melaka yang mentadbir dan menguasai negeri mempunyai kuasa untuk menutup semua pusat maksiat seperti kelab malam, pub, rumah urut, pusat pelacuran, night club, dangdut, Spa dan sebagainya. Selain itu program-program maksiat yang melibatkan percampuran dan pergaulan bebas lelaki dan perempuan mesti dihentikan serta merta.

Pada masa yang sama kerajaan negeri mesti memperbanyakkan kelas-kelas pengajian agama di masjid dan surau, memperbanyakkan sekolah agama, menambah peruntukan untuk progam agama Islam dalam bajet negeri dan sebagainya.

Namun semua nasihat dan cadangan yang kita ajukan ditolak mentah-mentah malah kerajaan negeri menggalakkan pula program-program maksiat di negeri ini.

Cuba tuan-puan melawat Taman Melaka Raya pada malam hari .......sudah pasti tuan-puan akan melihat ianya bagaikan tempat pesta maksiat yang tidak kawal. Hotel-hotel murah yang menjadi tempat melampias nafsu tumbuh bagaikan cendawan tumbuh. Itu semua menjadi tempat maksiat dan zina yang sesetengahnya melahirkan anak luar nikah.....

PAS yang tidak mempunyai kuasa di negeri Melaka ini sememangnya hanya pandai bercakap dan menasihat sahaja kerana kami tidak ada kuasa. Namun kita hendaklah merujuk kepada Hadis Nabi....Barangsiapa yang melihat kemungkaran hendaklah dicegah dengan kuasa, Jika tiada kuasa cegahlah dengan lisan, jika tidak berkuasa dengan lisan bencilah dalam hati....itu adalah selemah-lemah iman.

Harakahdaily/-

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Alahai Ali anak Rustam............

Ano Nyme berkata...

saya ada menulis perkara yang sama tentang kes termengandung ini. Sila bacanya di sini, http://idhamlim.blogspot.com/2010/09/sekolah-mengandung-apabila-nasihat.html#comments

Tanpa Nama berkata...

Saya org melaka pun malu dgn pemimpin-pemimpin negeri sejak kes Rahim Tamby Chik lagi... Kes anak luar nikah dgn bohsia Tanjung Keling tahun 90an. Memalukan rakyat melaka saja..

Dah pemimpin nye pun 2X5, malanglah rakyat Melaka. Bukan nak bendung kejadian zina & anak luar nikah tp membela lagi pesalah2. Sunah mana ntah Ali Rustam ni ikut. Takpelah, akhirat nanti jawab, harta kekayaan bukan jaminan untuk selamat.

FARISZ@AZ.Com berkata...

Daripada ‘Abdullah bin ‘Amru bin al-‘As RA, sabda Nabi SAW:

لا تقوم الساعة حتى يتسافدوا في الطريق تسافد الحمير . قلت : إن ذلك لكائن ؟ قال : نعم ليكونن.

“Tidak akan berlaku kiamat itu sehingga orang berzina di jalanan sebagaimana keldai. Aku bertanya: Sesungguhnya itu akan terjadi? Jawab baginda: Ya, nescaya akan terjadi”. (Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan al-Tabarani, hadith sahih)


Daripada Maimunah RA berkata : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda :

لا تزال أمتي بخير ما لم يفش فيهم ولد الزنا فإذا فشا فيهم ولد الزنا فأوشك أن يعمهم الله بعذاب

“Umatku akan terus berada dalam kebaikan selama tidak tersebar luas anak zina di kalangan mereka. Apabila anak zina tersebar luas di kalangan mereka, maka hampir sahaja Allah ‘Azza wajalla akan menurunkan azab siksa kepada mereka seluruhnya.” (Riwayat Ahmad, kata al-Munziri - 3/265: isnadnya hasan)


Rasulullah SAW bersabda : “Apabila zahir/nyata zina dan riba dalam sesebuah tempat, maka penduduk tempat itu telah menghalalkan untuk diri mereka azab dan siksa Allah”. (Riwayat al-Hakim, dan katanya; sahih isnadnya)

Mungkin mencabar kuasa Allah.Harap mereka saja yang menimpa balasan tersebut.

Tanpa Nama berkata...

tuan, kalau benar seperti apa yang dikatakan, mohon tuan uruskan dahulu di selangor (dibawah pimpinan rakan seangkatan tuan)yang saya kira masih dituntut janjinya untuk menutup sarang maksiat. sekurang2nya ada juga inisiatif kerajaan negeri melaka.pihak tuan ada kuasa di selangor kan
p/s berpolitik tiada masalah, tapi biarlah ke arah penyatuan..

Tanpa Nama berkata...

Assalamu Alaikum. Sabarlah wei, memang bila seseorang itu ditutup hatinya oleh Allah swt, maka walauapapun bukti kita berikan kepada mereka, mereka tidak juga akan faham. Kerana hanya itu sajalah ilmu mereka.

Apa nak buat? Buat seperti Nabi agar hati mereka dibukakan oleh Allah swt.

cicit ngah layor berkata...

pengusaha kantin sekolah mesati tak untung banyak,sebab yang laris hanya asam masin,jeruk mampelam n minyak angin.Lingkup dibuatnyer.....itu kater laki mak teman.

um**ku ker.. berkata...

bru jer PR memerintah..lum lgu setahun jagung..man mann aaa klu nk wat perubahan..tu tu yg dh 50thn memerintah apa yg dia bwat...renung renungkan laa..selamat beramall...

JIKA BILANGANNYA MAKIN BERTAMBAH, MCMANA? berkata...

PADA PENDAPAT AKU, INI SEMUA TERJADI KERANA PEMIMPIN2 KITA TERDIRI DRPD PEMIMPIN YG BERMATA SATU, DAN BERTELINGA SEBELAH...

INILAH PEMIMPIN2 YG MENYEDIAKAN RACUN (HIBURAN MELAMPAU, ISLAM PULA DIPINGGIRKAN) KPD RAKYAT DAN SETELAH RAKYAT MENELANNYA DAN MULUT DAH BERBUIH2 MAKA DI SEDIAKAN PULA UBAT LUPUT TARIKH (SUDAH BERACUN) KPD RAKYATNYA, YG NATIJAHNYA MASALAH INI AKAN SENTIASA BERTAMBAH. INI BUKAN CARA ISLAM, CARA MCM INI ORG KAFIR PON BOLEH BUAT. TETAPI KERANA DUIT/LOBI DR MEDIA HIBURAN/PENAJA, MAKA KERAJAAN TUTUP MATA (SEBELAH) MATA SEBELAH LG NMPK RM RM.

SEPATUTNYA DAKWAH ISLAM DISEBARKAN, PAKAIAN MENUTUP AURAT DIWAJIBKAN OLEH PEMERINTAH SEBAGAIMANA DI ACHEH, EKONOMI NEGERI/NEGARA DI KUASAI DAN DIPASTIKAN DIKUASAI OLEH ORG2 ISLAM SUPAYA ANAK2 ORG ISLAM DPT BEKERJA DLM PERSEKITARAN YG SESUAI DGN ISLAM, ANAK2 GADIS SENTIASA DI KAWAL MANAKALA ANAK2 LELAKI DI PERSIBUKKAN DGN DAKWAH ISLAM...MASJID DI HIDUPKAN...