21 September 2010

Sultan Johor kunjungi Sultan Kelantan

11 Ramadhan 1431H.

KOTA BHARU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini berangkat mengunjungi Sultan Kelantan, Tuanku Muhammad Faris Petra yang dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang baru pada 13 September lalu.

Baginda yang diiringi lapan pemimpin kerajaan Johor tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa di sini dengan pesawat peribadi dari Bangkok, Thailand pada 1.10 tengah hari.

Ketibaan rombongan Diraja itu disambut oleh Tuanku Muhammad Faris Petra, Tengku Bendahara, Tengku Muhammad Faiz Petra, Timbalan Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob serta beberapa barisan pemimpin kerajaan negeri. Sejurus berangkat tiba, Sultan Ibrahim dan Tuanku Muhammad Faris Petra bersama-sama dengan pemimpin yang lain, berdoa sebelum berangkat ke Istana Kota Lama di sini untuk majlis santapan tengah hari.

Tuanku Muhammmad Faris Petra dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang baru pada Isnin lepas bagi menggantikan ayahanda baginda ,Tuanku Ismail Petra ibni Almaryum Sultan Yahya Petra.

3 ulasan:

adam berkata...

peristiwa bersejarah dua sultan baru..sayang tiada gambar

Tanpa Nama berkata...

harap2 sultan johor akan ikut jejak langkah sultan kelantan jadi imam solat jemaah perdana..be simple...boleh ke pakai kain pelekat masuk kampung urghhhh

Wes berkata...

Aku rasa Sultan Johor dah lama buat tu sejak baginda menjadi Tengku Mahkota lagi.