26 September 2010

Umno patut malu, mereka lulus lesen judi

17 Syawal 1431H.

KEPALA BATAS, 25 Sept: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menafikan dakwaan yang telah dibuat oleh Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican semalam yang mendakwa Kerajaan Negeri menggunakan wang dari sumber judi Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang untuk program miskin tegar.

Semalam, Reezal dalam sidang media beliau di Kepala Batas telah mendakwa kerajaan negeri memperolehi wang dari sumber judi sebanyak RM500 ribu dari kelab tersebut sebagai sumber untuk membiayai program membasmi kemiskinan tegar di Pulau Pinang.

Guan Eng berkata, sejumlah 90 peratus dari mereka yang tergolong dalam miskin tegar adalah masyarakat Melayu.

Namun begitu, katanya harus diketahui bahawa baki sebanyak 10 peratus lagi adalah di kalangan masyarakat bukan Melayu dan bukannya beragama Islam.

"Jumlah yang kita gunakan untuk masyarakat bukan Islam tidak harus dipertikaikan. Manakala bagi masyarakat Islam kita sedia maklum apa yang baik untuk mereka dan apa pula yang sebaliknya.

"Oleh kerana itu, maka usaha Umno memburukkan kerajaan negeri yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat (PR) ini sebenarnya tidak akan menjadi nyata kerana rakyat sudah tahu dan faham mengenai usaha mereka untuk menjatuhkan serta mencalarkan imej kerajaan negeri," katanya.

Menurut beliau lagi, jika sebelum ini Umno melalui Reezal juga telah menuduh kerajaan negeri menggunakan wang dari sumber judi untuk pemberian RM100 kepada warga emas dan tidak menjadi kenyataan setelah dinafikan dengan fakta, kini mereka beralih pula kepada wang kepada penerima miskin tegar.

Kata Lim lagi, adalah tidak munasabah untuk Kerajaan Negeri memberi sumbangan dari sumber judi kepada masyarakat Islam di negeri ini.

"Kita juga tahu apa yang boleh dan tidak boleh untuk diberikan sebagai sumbangan kepada masyarakat Islam. Oleh kerana itu janganlah Umno menjadikan isu ini sebagai modal politik mereka walaupun hendak mencari semula pengaruh yang hilang.

"Umno sepatutnya malu dengan kenyataan ini kerana merekalah sebenarnya yang menguasai kepimpinan Kerajaan Pusat bersama Barisan Nasional (BN) yang meluluskan kesemua lesen judi yang ada di seluruh negara ini.

"Bak kata pepatah menepuk air ke dulang terkena muka sendiri. Inilah umpama yang patut saya nyatakan kepada Umno dan BN yang cuba mencari kesalahan PR sejak kita mula memenangi pilihan raya 2008 yang lalu sehinggalah ke hari ini," tegasnya lagi.

Beliau berkata demikian kepada media selepas melancarkan program 'Pembersihan Pantai Antarabangsa' di Pantai Robina, Teluk Air Tawar, Butterworth pagi tadi.

Harakahdaily/-

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Si Reezal Merican patut toleh ke belakanglah baik manapun nasib orang-orang melayu Pulau Pinang di bawah pemerntahanBN dulu. Bagi Pakatan Rakyat, didoakan semoga perjuangan diteruskan dan hendaknya hubungan sesama part di dalam Pakatan Rakyat diperkuatkan, memandangkan sejak kebelakangan ini serangan yang dihadapi angkara musuh-musuh anda.....Selamat berjuang buat Pakatan Rakyat!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

HIUDP GUANG ENG. SMOGA ALLAH SAJA YANG TAHU APA YANG TERSIRAT DI HATI DATUK111

Tanpa Nama berkata...

90% miskin tegar di pulau pinang adalah terdiri dari orang melayu. Apa umno/bn telah buat selama lebih 53 tahun memerentah, kononnya umno memperjuangkan hak dan membela melayu, melayu mana satu yang umno bela. Inilah pembohongan umno selama ini, kalau orang melayu masih mahu menyokong umno lagi memang sahlah spesis ini adalah merupakan manusia yang terbodoh sekali dalam dunia.

Tanpa Nama berkata...

Reezal Merican buat-buat bodoh atau memang bodoh? Baik kau dedahkan kemana hasil wang lesen judi telah dibelanjakan.

Tanpa Nama berkata...

Rezal Merican talibarut UMNO, Jgn mudah percaya.
Dia & kuncu2 ye seronok dapat duit sogokkan dari Najib... Kalau Rezal Merican & UMNO ikhlas nak tolong org melayu Penang, kenapa baru sekarang bersuara? Selama Penang di bawah BN dulu, duit judi tak bercampur ke? Kalau bersih dari mana pulak dulu?

UMNO jgn nak tipu rakyat... rakyat dah bosan.
Melayu tak hilang kuasa tp UMNO akan hilang kuasa kalau PR memerintah. Jom pakat simpan duit kat luar negara takut nanti kena audit bila PR memerintah. Jom tiru MB Sarawak & Ex MB Selangor yang kena tangkap sbb bawa duit ke luar negara, last2 dilepaskan sbb tak faham bahasa Inggeris. Macammane boleh jd MB tak pandai Bahasa Inggeris? Bekas posmen pun boleh kaya, buat banglo ala2 istana kat klang, last2 mati mengejutlepas PR menang kat Selangor. Sbb duit dah byk habis utk keluar utk berkempen anak menantu. Nasib anak menantu dia pun kalah. Kalau tidak plan buat banglo ala2 istana no 2 kat klang.

Nampak sangat rakyat selangor dulu bodoh pilih pemimpin.