KUALA LUMPUR, 15 Okt: Program Permata yang dipopularkan oleh Datin Seri Rosmah Mansor, isteri kepada Perdana Menteri turut mendapat manfaat dari Bajet 2011.
Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan I mengumumkan sebanyak RM111 juta diperuntukkan bagi agenda Permata memperkasa pendidikan awal negara.
Peruntukan itu meliputi projek pembinaan Fasa II Kompleks Sekolah Permata Pintar, membina 32 Pusat Anak Permata Negara (PAPN) serta membiayai operasi 52 PAPN yang telah siap.
Peruntukan itu turut meliputi program Permata yang lain seperti Permata Pintar, Seni, Insan dan Remaja.
Walaupun Rosmah tidak mempunyai sebarang jawatan rasmii dalam kerajaan, khususnya Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Kementerian Pelajaran Malaysia tetapi program Permata yang diuruskannya nampaknya seakan mendapat bajet 'istemewa'.
Ini kerana, pertadbiran Najib hanya memperuntukan RM95 juta sebagai bantuan perkapita untuk sekolah-sekolah agama rakyat (SAR) rendah dan menengah.
Harakahdaily/-

5 ulasan:
baru lah kita tahu isi hati perdana menteri kita,ibarat kata sambil meyelam minum air,sambil minum tangkap lah ikan
Budak pintar ni ibarat kata, campak di manapun dia boleh hidup. Aleh2 diperabih begitu banyak dengan program istimewa...Dasar perampas gelaran `first lady'... serba-serbi tak cerdik dan tak tahu malu!
wah...byknya kak RM ni dpt RM...
dulu dapat RM600,000 shopping kat Dubai, kali ni boleh round dunia la shopping peghabih Rm111 juta."DUNIA INI ANA YANG PUNYA"
mcm mana nak masukkan anak aku kat PERMATA ni..tak pernah nampak pun...kat bandar tempat org2 kaya jer ker yang ada
Catat Ulasan