04 Oktober 2010

Galas: Umno mahu hina Tengku Razaleigh?

24 Syawal 1431H.
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 2 Okt: Bendahari PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli menyifatkan cadangan Tan Sri Muhyidin Yassin agar Tengku Razaleigh Hamzah dipilih sebagai calon BN di Galas adalah satu penghinaan kepada Ketua Umno Gua Musang itu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai berkata, tindakan Umno itu juga adalah cubaan menghilangkan pengaruh Tengku Razaleigh yang dahulunya satu nama besar dalam sejarah Umno.

"Cadangan ini satu penghinaan kepada Ku Li selepas jadi menteri kini di minta duduk dalm Dun jadi Adun pembangkang pula," katanya.

Bagi beliau, nilai Razaleigh adalah jawatan Perdana Menteri dan tidak layak untuk jawatan yang lebih rendah daripada itu.

Oleh itu, apabila Muhyidin mencadangkan beliau menjadi calon, ia bukan untuk kepentingan Ku Li tetapi menjaga kepentingan politik Umno semata-mata.

"Muhyidin ingat Ku Li boleh menyelamatkan maruah Umno tetapi dalam masa yang sama dia tidak sedar ini satu penghinaan kepada Ku Li," kata Hatta lagi.

Selepas dilantik sebagai pengarah pilihan raya kecil Dun Galas, Razaleigh yang juga Ahli Parlimen Gua Musang dicadangkan menjadi calon pula.

Ini kerana, kata beliau, Muhyidin yakin hanya Razaleigh yang boleh memenangkan Umno dalam pilihan raya kecil ini.

Sehingga kini, Razaleigh yang masih berada di luar negara belum memberi sebarang respons sama ada menerima cadangan berkenaan atau sebaliknya.

Bagi PAS pula, mereka kini sudah mengenal pasti calon yang bakal diketengahkan dan senarai pendek calon akan dibincangkan dalam mesyuarat jawatan kuasa parti petang esok.


5 ulasan:

HANG TUAH DAN HANG JEBAT, PENENTUNYA UNDI RAKYAT berkata...

PADA PENDAPAT SAYA INI SATU PERANCANGAN UMNO UTK MENG'AIBKAN KU LI, SUPAYA KU LI MENENTANG PAKATAN RAKYAT...ISU YG PASTI KEDENGARAN NANTI PASTILAH ANTARANYA ISU ROYALTI/WANG EHSAN...

KU LI BOLEH TERIMA DAN JUGA BOLEH TIDAK TERIMA. WALAUAPAPON TERJADI,YG PALING RUGI IALAH UMNONGOK DI KELANTAN...

UMNO PUSAT BERLEPAS TANGAN, (BUKTINYA)DAN KEMUNGKINAN BESAR MUHYIDDIN TIDAK AKAN BERANI MENUNJUK MUKA DI SINI, KERANA JANJI NAK BAWA CEO PETRONAS UTK ISU 3 BATU NAUTIKA DAHULU MASIH LAGI DI INGATI PENDUDUK KELANTAN...PASTI ADA BANNER YG MENANTI MUHYIDDIN DI SINI...

KALU UMNO MENANG, MEREKA MENANG ATAS FAKTOR KU LI SEMATA2, BUKANLAH SBB UMNO YG KUAT (INI KWS KU LI) JIKA KALAH, PASTILAH KU LI PULA AKAN DIPERSALAHKAN, DAN DIWAR2KAN SUDAH HILANG PENGARUH DI PARLIMEN GUA MUSANG. INI SEAKAN2 PERISTIWA HANG TUAH BERTIKAM DGN HANG JEBAT.

SETELAH TUAH DISINGKIRKAN, TUAH PULA DISURUH BERHADAPAN DGN HANG JEBAT...

MUNGKIN TUAH AKAN BERGABUNG DGN HANG JEBAT MELAWAN RAJA MELAKA, ATAU HANG TUAH MENGULANGI SEJARAH PERTIKAMAN DGN HANG JEBAT DI DUN GALAS MANAKALA YG MENJADI PENENTUNYA/REBUTANNYA IALAH KERIS TAMING SARI IAITU UNDI RAKYAT KELANTAN DI DUN GALAS...

SEMUANYA BERADA DI TANGAN KU LI, RAKYAT KELANTAN TERUTAMA DI DUN GALAS INGIN MELIHAT KEADILAN UTK RAKYAT IAITU 'RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DI UTAMAKAN' BENAR2 DI AMALKAN OLEH PEMIMPIN2 UMNO, BUKAN SATU RETORIK/SLOGAN PROPAGANDA JEPON* UTK MENIPU RAKYAT SELAMA 53 TAHUN KITA MERDEKA...

*-ASIA UNTUK ASIA, KAWASAN KESEMAKMURAN TIMUR ASIA, JEPON PENYELAMAT ASIA' =SEMUANYA SLOGAN PROPAGANDA MENIPU...

Hang Tuah Versi Johor Lawan Hang Tuah Versi Kelantan berkata...

Hikayat Hang Tuah tu Hikayat Hang Tuah Versi Johor ditulis mengikut sifat dan sikap org2 Umno Johor yg setia membuta tuli(tukang bodek/pengampu) kpd Umno sama mcm perangai ahli2 Umno sekarang termasuk pemimpin2 Umno kat Kelantan yg terpengaruh dgn perangai org2 Umno Johor...Sebab tu di Johor tidak ada kebebasan bersuara, negeri dah macam pemerintahan 1Parti.

Tetapi Ku Li bersifat Melayu Kelantan yg berprinsip (Kebenaran didahulukan, kepentingan rakyat dipertahankan -Rujuk Isu Royalti-wang Ehsan) walaupon Ku Li ahli Umno tetapi tidak bersifat setia membuta tuli kpd Umno macam ahli2 Umno sekarang...natijahnya penderitaan rakyat tidak dipedulikan, kekayaan dibahagikan sesama suku sakat Umno, buktinya royalti Teganu.

Jadi Ku Li pastilah tidak seperti Hang Tuah Melaka (Versi Johor) tetapi akan menjadi Hang Tuah Pulau Melaka (Versi Kelantan)...hehehe

Mungkin Ku Li akan PEKENA BALIK Umnongok TERUTAMA MAT SEMBAB yg cuba untuk meng'aibkan beliau...

Kita tunggu dan lihat akan kebijaksanaan anak Raja Kelantan itu, insya'Allah...

Memori Pejuang Muda berkata...

tak kira sapa calon umno , tapi yg penting islam terus berdaulat di bumi serambi mekah itu.

Tanpa Nama berkata...

Tengku razaleigh tentu nya ada prinsip perjuangan, dan maruah diri, kalau ingin rakyat didahulukan beliau mestilah memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat, bukan hak umno, lagi pun beliau tidak lagi menjadi orang penting dalam barisan kepimpinan umno hari ini.

sekarang paloh ingin melagakan gua musang dengan kerajaan negeri kelantan, sebab Tengku razaleigh beria-ia menyokong tuntutan royalti minyak kelantan dan pusat hendak menyerahkan tugas kepada gua musang untuk menentang kelantan, pusat ingin melepaskan tangan dari menanganinya.

apa pun rakyat mesti bijak, saya kira rakyat galas tidak seperti rakyat paloh dan pekan, yang majoriti pengundinya tidak berapa 'cerdik'.

Abdullah Ngah berkata...

Hina bukan jadi hitungan pada umno. Yang penting menang.Dapat duit.boleh projek jadi kayaraya.

Kalau rasuah dan riba jadi amalan, apalah sangat dengan kedudukan seseorang yang dianggap rendah dan boleh menjadi hina itu.