3 Zulkaidah 1431H
Drs. Khalil Idham Lim
Berhubung dengan kemalangan ngeri yang mengkibatkan seramai 12 orang maut dan lebih 40 lagi cedera dalam satu kemalangan membabitkan dua bas, sebuah van dan tiga kereta di Kilometer 223, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Simpang Ampat di sini petang semalam. berikut adalah kenyataan saya dalam perkara yang berkaitan.
1. Dengan ini saya mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga mangsa yang terlibat. Harapan saya semuga semua pihak diberikan kesabaran dan ketabahan dalam menempuh ujian yang getir ini. Khusus bagi yang beragama Islam marilah kita menyedekahkan Al Fatihah kepada mangsa yang meninggal dunia.
2. Bagi semua mangsa yang terlibat samada meninggal dunia dan cedera, bahawa pampasan dan bayaran gantirugi serta kos perubatan yang sewajarnya mestilah diberikan kepada keluarga dan semua yang terlibat.
3. Selain itu satu siasatan yang terperinci mestilah dilakukan dalam semua aspek yang menyebabkan berlakunya kemalangan tersebut. Antaranya struktur jalan lebuhraya, keadaan kenderaan ataupun mengenai kes pemandu yang terlalu letih dan mengantuk mestilah di sahkan dan diumumkan dengan secepat mungkin.
4. Dengan kejadian kemalangan yang sering meragut nyawa rakyat Malaysia dalam jumlah yang ramai dan berlaku pada setiap hari, sudah sampai masanya pihak kerajaan melakukan kajian secara menyeluruh kearah memperbaiki sistem pengangkutan , perhubungan dan lalulintas dinegara kita.

2 ulasan:
Salam.
Al-Fatihah buat yang pergi.
Sesungguhnya, malang memang tidak berbau.
ok aloh la kemalangan lah pulok. Kemalangan tak ader siapa yang nak, tapi kemalangan tetap akan berlaku bila kita cuai dan mungkin ada faktor takdir di situ. Cuma lepas ni ramailah yang akan buat bising kata siasatan akan dijalankan, langkah itu dan langkah ini akan diambil. Ulasan begitu ulasan begini dan untuk menggamatkan lagi suasana mereka yang tidak berkenaan pun akan turut bersuara.
Begitulah Malaysia ku ini apabila berlaku sesuatu tragedi jalanraya atau apa jua tragedi yang meragut nyawa. Bila peristiwa tersebut dah reda dan nilai beritanya dah kurang semua pihak akan senyap dan pelbagai cadangan tindakan itu dan ini hanya tinggal sebagai cadangan, pendapat yang langsung tak punya erti dan maksud.
Takziah buat keluarga mangsa.
Catat Ulasan