03 Oktober 2010

Siapa ketuai BN di Galas? Ku Li terus berteka-teki

23 Syawal 1431H.

Soalan siapa akan mengetuai jentera pilihan raya BN semasa kempen di dewang undangan negeri Galas terus menjadi teka-teki apabila pemimpin veteran Umno yang dipertanggungjawabkan tugas itu, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, beliau belum berkata 'ya ataupun tidak'.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Selasa lalu mengumumkan bahawa Tengku Razaleigh telah bersetuju memikul tugas itu, tetapi ahli parlimen Gua Musang - hari ini pada halaman Twitter - menafikan perkara itu.

"Rakan, rakan, saya tidak berkata ya ataupun tidak. Saya akan menjelaskan berhubung Galas apabila saya pulang ke Malaysia,” tulisnya pada jam 6.35 waktu tempatan.

Tengku Razaleigh kini berada di Ireland, bagi melawat universiti di mana beliau mendapat pendidikannya - Queen's University di Belfast. Beliau dijadualkan pulang pada 9 Oktober ini.

Namun pada awalnya, tidak dapat dipastikan sama ada Tengku Razaleigh merujuk kepada pengumuman kenyataan Muhyiddin atau cadangan dari pihak lain yang beliau dilantik sebagai pengarah pilihan raya BN.

Bagaimanapun, gambaran semakin jelas, apabila seorang daripada pengikutnya mengemukakan soalan di Twitter kepadanya: "Harap maaf Tengku, tetapi kenapa TPM asyik berkata bahawa anda telah persetujui? Bukan sekali tetapi hampir setiap hari.”

Menjawab soalan itu, Razaleigh menyerahkan perkara berkenaan kepada Muhyiddin dengan berkata beliau belum memberi sebarang persetujuan berhubung jawatan berkenaan.

"Itu, kita kena tanya beliau. Saya setakat ini belum membuat sebarang kenyataan,” jawab Razaleigh.

Malaysiakini/-

5 ulasan:

UMNO BOLEH GULUNG TIKAR, ROYALTI MANA? berkata...

TPM MUHYIDDIN MASA PILIHANRAYA KECIL MANEK URAI DULU PON SAMA JUGAK, BERJANJI BERSETUJU NK BAWA CEO PETRONAS MENERANGKAN KEDUDUKAN 3 BATU NAUTIKA KPD PENDUDUK MANEK URAI...ADA DIA BAWA CEO PETRONAS TU???

SEKARANG BOLEH CKP KU LI SETUJU SEDANGKAN TUAN PUNYA DIRI (KU LI SEENDIRI) TAK BERI TAHU APA-APA KEPUTUSAN SAMA ADA SETUJU ATAU TIDAK...

INI PD PENDAPAT SY, SATU PENGHINAAN KPD KU LI DAN JUGA SATU PEMBOHONGAN (DH BYK KALI SGT BOHONGNYA) YG KELUAR DR MULUT TPM MALAYSIA...

BEGITULAH PEMIMPIN2 UMNO SKRG, YANG TIDAK MENGHORMATI PEMIMPIN2 VETERAN UMNO TERDAHULU YG MASIH LAGI BOLEH DIPERCAYAI PENDIRIANNYA, BERANI KERANA BENAR DLM HAL ROYALTI MINYAK...

TPM MUHYIDDIN NI KITA BOLEH GELARKAN TPM 'MUHYIDDIN 3 BATU NAUTIKA, BELUM BERJUANG DAH GULUNG TIKAR'...

Tanpa Nama berkata...

Pemimpin veteren UMNO memang tak layak diingati dan dihormati...buat apa...hampeh semua...kaki buat duit, tibum harta,bersara dgn senang lkenang kaya raya...kami rakyat tetap papa kedana...tengok depa...ada anak dah jadi menteri...ada pupu jadi menteri ISA, ada sanak sdra jadi AJK bahagaian, ketua umno, su umno sesama sanak sdre!engkau melayu bawah jadiu KULI,tukaang undi...kasi depa senang

Raziq Najab berkata...

MUHYIDDIN... WAKIL YAHUDI/ AMERIKA YANG MENUKAR CUTI NEGERI JOHOR JUMAAT KE AHAD

Tanpa Nama berkata...

kelakar giller.

mahyudin kata ku li dah setuju. ku li pula kata dia tak kata "ya" pun.

tak kan selamanya umno nak bergantung pada ku li. nak ambil balik kelantan dari pas satu masa dulu atas bantuan pengaruh ku li, kini nak ambil balik galas pun nak minta tolong ku li juga.

berjuang lah atas kekuatan sendiri. besok2 bila ku li dah tak ada lagi, siapa pula yang umno nak harapkan. tak kan lah tak ada tokoh2 muda dalam umno kelantan untuk diturunkan sebagai calon.

bukan apa, kesihan dengan ku li. masa dia bergabung dengan pas dalam isu royalti minyak, orang umno juga yang hentam dia depan belakang, sampai ada yang desak suruh ambil tindakan.

sekarang bila dah tersepit dan terdesak, terhegeh2 patah balik pergi cari ku li nak minta tolong.

orang lama berkata...

Penderhaka kepada Sultan Johor iaitu Wak Din Sembab buat pengumuman merbahaya kepada ugama islam yg juga ugama rasmi negara ini iaitu - pelaksanaan pendidikan ' SEKS ' peringkat kebangsaan!!!

http://www.thestar.com.my/news/story.asp?sec=nation&file=%2F2010%2F10%2F2%2Fnation%2F7145488

http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=gUQJsRG4tOE

*Awas saudara saudari semua, puak2 ajaran sesat idealogi pluralisme dan liberalisme dan puak2 fasik munafik yg menyokong mereka telah menyerang dan mengancam akidah dan syariah umat islam di negara ini! berhati2 dan jangan mudah termakan umpan puak2 ini.