03 Oktober 2010

APABILA JAHIL, REZEKI ALLAH PUN DITOLAK


23 Syawal 1431H.
Oleh: Mandor

KESIHAN tengok orang-orang tua yang telah diperbodohkan oleh Umno di P.Pinang. Sudahlah mereka dulu azab di bawah Bn, bila tiba masanya mereka ingin merasai sedikit kesenangan dan nikmat di bawah kerajaan PR, mereka dihasut oleh `Syaitan' berwajah manusia. Begitulah nasib apabila kita tidak berilmu, sentiasa diperbodohkan oleh orang.

Bukan banyak pun, cuma dapat seratus ringgit sebagai sumbangan Kerajaan Negeri kepada mereka. Oleh kerana bodoh sombong, mereka pulangkan semula sumbangan itu. Paling menyedihkan, yang menghasut mereka untuk itu adalah sebangsa dengan mereka tetapi mereka itu jauh lebih kaya. Ada di antara mereka itu sudah kekenyangan memakan gaji dan elaun dari Kerajaan Negeri sebagai Adun, tidak pula mereka mengatakan gaji atau elaun mereka hasil dari judi. Mereka mentekedarah semuanya dan memberi makan minum anak bini mereka. Bukankah itu semua datangnya dari kewangan Negeri juga sama seperti seratus ringgit yang diterima oleh orang-orang tua tersebut?

Kerajaan Negeri telah mengesahkan duit itu datangnya dari sumber yang halal, tetapi mereka masih percaya kepada hasutan `Syaitan' bertopengkan manusia itu. Kadangkala ada orang yang sudah biasa makan hasil dari yang haram, mereka tidak lagi mahu menerima hasil dari yang halal. Mungkin memakan bangkai lebih sedap dari memakan binatang halal yang disembelih.

Jika mahu pulangkan juga duit itu, mengapa tidak pulangkan terus kepada Kerajaan Negeri yang memberi wang itu kepadanya? Mengapa mesti menemui bapak penipu itu? Rugikah Kerajaan P.Pinang jika mereka pulangkan semua wang sumbangan itu? Sudah tentu tidak, kerana masih ramai lagi yang suka memakan hasil yang halal walaupun sedikit. /mandor.blogspot.com.

17 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

walaupun bergelar imam atau bilal tapi tahap ilmu agama mereka setakat asas fardu ain saja....lebih daripada itu ......dia blank.

Tanpa Nama berkata...

sy rasa kalau dia seorang imam pun jarang la seorang imam bg tau pada orang ramai yang dia tu imam....rasa macam riak la plk!

Tanpa Nama berkata...

Inilah contoh akhir zaman, yang halal diharamkan dan yang haram dihalalkan..

Kepada Allah kita bertawakal diiringi usaha jatuhkan UMNO. Takbir!!

jamal k.t. berkata...

Dari muda sampai ke tua di perlembukan oleh UMNO yg dah lembu. Rajin-rajinlah ke kuliah yg bertaburan di kawasan anda.
Dimanakah suara Datok Mufti 1 Malaysia? Tolong la beri ulasan sikit dengan isu ini.

anti united malay nut orgi berkata...

kesian dgn org2 tua tu.dari muda smpai tua asyik di perbodohkan oleh pengikut dajal (Umno) sehingga org tua tu pun turut sama jadi pengikut dajal si durjana.kecik2 x nak mampus tua2 hidup menyusahkan org lain.kerajaan PR kasi duit dia pulangkan konon yg malangnya di pulangkan pada pengikut dajal yg mmmg x tau halal haram,si pengikut dajal yg bodoh2 tu dpt publisiti tetapi hilang duit rm 100 yg kenyang si pengikut dajal yg kaya2.kepada org tue bodoh lagi bongok pegi mampus lagi bagus x payah lah kerajaan negeri kasi duit lagi kt engkau org.

Tanpa Nama berkata...

kalau dapat RM100 tapi UMNO upah berlakon dan pulangkan dengan RM1000, bagaimana agaknya? UMNO parti mengupah kekacauan pemilihan PKR

Tanpa Nama berkata...

Jangan bayar elaun ADUN tu... nak tengok apa komen dia.. duit elaun tu pun dari Kerajaan juga.. sesiapa yang pulangkan duit tu jangan guna kemudahan infrastruktur yang dibina kerajaan.. itukan duit haram juga...

Tanpa Nama berkata...

mana senato umno yg hebet 2,jamil khir tak kan pekak n bisu dah,mufti 2 x taulah kan.

jamal k.t. berkata...

Pada Tok Imam yg perolehi bantuan gigi palsu dulu, sila pulangkan gigi tersebut, kerana ianya bersumberkan duit haram.
Mana boleh baca Fatehah cantik tapi peranan yg dilakukan oleh gigi yg datang dari duit haram.
Bila gigi dah tak ada, sebutan pun dah tak lancar, sila letak jawatan. Tenaga anda tidak lagi diperlukan kerana bacaan tak baik.
Dapat duit KWSP, sila pulangkan. Kerana semuanya kerana bersumberkan duit haram.

Raziq Najab berkata...

MB PERAK SEKARANG NI BERSAMA 4 EKOR KATAK DAN RAJA KATAK BRAHIM ALI LEBIH JELAS MAKAN ELAUN HARAM... X NAK KOMEN KE?

guste berkata...

tu ke umno tu halal haram kan

Tanpa Nama berkata...

duit umno je halal duit PKr seme haram

Tanpa Nama berkata...

duit umno je halal, duit pakatan seme hara habis tu krajaan dpt duit cukai arak tu bukan haram, haram punya umno

Tanpa Nama berkata...

KERAjaan BN/UMNO yg meluluskan lesen judi, lesen kilang arak, lesen ternakan babi, lesen kelab malam,cukai judi, cukai arak, cukai kelab malam tu, projek tipu rakyat, bagi duit rakyat kat kroni, rasuah, ambil presen untuk projek dan macam macam lagi yang UMNOngok tipu tu, kira HALAL ke?

Kalau UMNOngok dan BN ni JUJUR dan FAHAM ISLAM...haramkan semua tu, biar duit tu 'bersih'... atau pulangkan duit tu untuk kemudahan rakyat....UMNOngok berani ke?

UMNO ni kalau bodoh jangan bagi tahu orang lain...buat malu je.

Tukang Kata berkata...

Raya posa dah nak habih sikit hari lagi mai la raya deepavali datuk azhar tu dah kumpul duit tu nak bagi kat sapa tuu???? tu ka tak pun dia yang pi gasak duit tu pulak mana tau jenis spesis ni bukan dia kira benda tu hak sapa punya bukan aku mintak depa yang bagi. Apa la gang penang ni dah la tinggal besaq kelemboi dapat rezeki sikit ada pulak badigol yang kata macam2 macam la si badigol tu dapat rezeki halalan toiyiba sangat

Tanpa Nama berkata...

Sudah terang lagi bersuluh...

http://al-ahkam.net/home/index.php?option=com_content&view=article&id=5930%3Amuzakarah-jawatankuasa-fatwa-majlis-kebangsaan-hasil-judi-boleh-diserah-kepada-golongan-fakir-miskin&catid=61%3Afatwa-ulama

drrita berkata...

ehh!..
bukan hari tu PAS cakap judi bola haram..??
sekarang bila khalifah guan eng bagi duit judi boleh la pulak..

apahal ni..
jangan la mengkonfius kan orang..
pendapat bermacam-macam..
aku sebagai orng ISLAM dah konfius!!!
tak tahu mana satu betul..mana satu salah..