02 Oktober 2010

Siapakah ADUN Perak Sertai PPP?

22 Syawal 1431 H

IPOH – Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri ini dikatakan akan menyertai Parti Progresif Penduduk (PPP) dalam masa terdekat, sebaik sahaja mendapat lampu hijau dari kepimpinan tertinggi negeri dan pusat.

Menurut Ketua Pemuda PPP Negeri, Mustafar Rahadi, hasrat itu disampaikan ADUN berkenaan beberapa minggu lalu dalam perbincangan dan kata sepakat yang dicapai bersama antara kepimpinan bahagian dan Pemuda PPP negeri.

Katanya, hasil keputusan itu akan dikemukakan ke peringkat Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir bagi mendapat persetujuan serta menetapkan tarikh pengumuman ADUN berkenaan menyertai PPP yang dijangka sehari dua lagi.

“ADUN ini berminat menyertai PPP adalah atas dasar konsep 1 Malaysia yang subur diperjuangkan pemimpin dan ahli PPP peringkat cawangan, bahagian, negeri serta nasional.

“Tambahan pula, dengan kekuatan dan kesatuan pelbagai kaum di bawah PPP, ADUN itu yakin parti ini mampu menjana transformasi kepada rakyat Malaysia,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Mustafar berkata, keputusan ADUN itu menyertai PPP juga adalah atas faktor masa depan karier politiknya.

Kata beliau, pihaknya tidak menjanjikan sebarang kemewahan atau ganjaran, tetapi apa yang pasti sokongan moral akan sentiasa diberikan kepada ADUN berkenaan terus bekerja untuk rakyat.

“Saya tidak boleh dedahkan identiti ADUN itu, sama ada dari komponen BN mahupun Pakatan Rakyat (PR), kita tunggu dan lihat pengumuman yang akan dibuatnya dalam masa terdekat.

“Kemungkinan juga ADUN itu akan dilantik sebagai Ketua Bahagian PPP di Perak sebaik sahaja proses pendaftaran keahlian selesai,” katanya.

Menurut Mustafar, ADUN itu terlalu rapat dengan PPP dan apa sahaja masalah yang dihadapinya akan diluahkan serta diselesaikannya.

“Sebab itulah, beliau merasakan hubungan antara kami tidak pernah dirasai sepanjang bergelar ADUN. Ini juga sebagai bukti kami untuk bersama-sama berusaha memperkasakan PPP demi kepentingan rakyat,” katanya.

Sinar Harian/-

9 ulasan:

Mohd Zulnizam Zakaria berkata...

ADUN Malim Nawar iaitu YB Kashwinder pd hari Ahad ini di Gopeng.

hentian berkata...

biarlah luncai terjun dengan labu-labunya...

Tanpa Nama berkata...

Ex ADUN MALIM NAWAR.....

Tanpa Nama berkata...

Ex ADUN MALIM NAWAR....

Tanpa Nama berkata...

ADUN MALIM NAWAR

Tanpa Nama berkata...

biar le sapa2 nak lompat,lompat la sekarang.supaya tak ada lagi sisa2 pengkhianat rakyat kat perak ni.mudah2an PRU13 nanti takde lagi calon 'tangkap muat' dgn target nak kurgkan majoriti BN je.letak target nak menang & ambik calon2 yang betul2 bukan masuk PR kerana tak dapat keuntungan dalam UMBO/BN.harap yb khalil idham dapat sampaikan kepada pimpinan PR terutamanya pimpinan PR perak.

jemaah bangkit berkata...

dulu kuli penah lawan dr mahathir rebut kerusi presiden umno.dia kalah tipis.najib ketika itu ketua pemuda umno pulak sokong dr mahathir.bini najib juga sebelum nikah dengan rosmah dari kalangan kerabat raja kelantan.krisis dalaman umno makin parah dan tak dapat dielakkan.umno pecah dua dandiharamkan.wujudlah team A yang diketuai dr mahathir dan team B oleh kuli yang juga disokong mantan pm iaitu Allahyarham tunku abdul rahman dan hussein onn.dipercayai hingga ke akhir hayat tidak berada di dalam umno.sama seperti pengasas UMNO Allahyarham Datuk onn jaafar.Rakan-rakan yang sealiran dengan kuli ketika itu rais yatim,ibrahim ali dan shabery chik.pak lah sendiri turut berada dalam team b.kuli cuba menubuhkan parti baru dengan menggunakan nama umno tapi tak dibenarkan dan dr mahathir berjaya menubuhkan parti baru dengan nama menggunakan nama umno.kira umno barulah pasal umno lama dah mati dan telah diharamkan
s46 bertanding dalam pru dengan bekerjasama membentuk angkatan perpaduan ummah dengan PAS dan gagasan rakyat dengan DAP dan PBS.KIMMA ketika itu juga menyokong s46.
Menjelang PRU,media totok memainkan isu sigah lambang saib yang dipakai oleh kuli ketika lawatannya ke sabah.kesannya s46 kalah teruk.bukan ketika ini sahaja umno mainkan isu agama tapi suatu ketika dulu pun umno gunakan kaedah sama.orang melayu takut untuk mengundi s46 kerana isu sigah lambang salib yang dipakai kuli menurut seorang penganalisis politik.jika tidak, tak mustahil s46 memerintah negara dengan rakan-rakan pembangkang dan kuli jadi pm.
cukup teruk kuli dikenakan oleh umno.kemudian seorang demi seorang rakan-rakannya meninggalkan beliau seperti rais yatim,ibrahim ali,shabery chik.mereka diberikan ganjaran timbalan menteri dan ada yang dah jadi menteri.s46 dibubarkan dan kuli akhirnya join umno tetapi hingga ke saat ini tak ditawarkan sebarang jawatan dalam kabinet walaupun satu ketika dulu pernah jadi menteri kewangan dan mengasaskan petronas.kesian....kuli dipinggirkan umno.ketika bawak isu royalti minyak untuk rakyat kelantan,ada pemimpin umno cadangkan dia dipecat daripada umno.inilah masa yang sesuai kuli mengajar kebongkakan pemimpin umno yang pernah mengaibkannya suatu ketika dulu.mahu jadi sesumpah atau hero rakyat kelantan pertahankan royalti minyak.masih belum terlambat untuk kuli buat pilihan.inilah masanya kuli mengajar kebiadapan pemimpin umno terhadapnya suatu ketika dulu.mahu pertahankan kepentingan pemimpin umno atau perjuang nasib rakyat kelantan dan seterusnya jadi hero mereka.terpulanglah kepada kuli menentukannya

Tanpa Nama berkata...

BN sekamin terdesak sehingga terpaksa meletakan org NGO dari pertubuhan yg ala2 kongsi gelap (30, 3 line, 360, dan sebagainya)

PPP Perak juga telah melantik beberapa ketua bahagian yg merupakan Ayahanda dlm pertubuhan haram ini bagi menarik ahli yg ramai...

Elok laaa... BN boleh la bela gangster ramai2 bila dah jadi kes mcm Sosilawati baru laa semua orang x mau ngaku dan lepas tangan...

Siapa yg x kenal Tapa AC51....

Tanpa Nama berkata...

PPP Perak semakin terdesak shingga terpaksa menerima ahli dari kalangan NGO yg tak berdaftar (30, 3 line, 360 dan sebagainya)..

PPP Perak telah mula melantik beberapa ketua bahagian yg merupakan Ayahanda dalam pertubuhan haram ini...

Bagus kalau BN bela gangster... bila jadi kes mcm Sosilawati baru semua buat x tau...lepas tanga...

Siapa tak kenal Tapa AC51......